Ahad, 26 Ogos 2012

RESEPI IKAN BAKAR (TALAPIA)



 gambar dari pak cik google (^__^)


Ikan Talapia bakar
Bahan-bahan untuk disediakan : -

1 meter Daun Pisang
1 sudu teh Kicap Sotong (guna kicap lain pun boleh)
5 sudu makan Gula
Garam Secukup Rasa
1 labu Bawang Besar
5 biji Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1 inci Halia
8 helai Daun Kesum
5 batang Serai
1 inci Lengkuas
3 sudu makan Cili Giling
5 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan ( hiriskan halus-halus )
1 biji limau kasturi atau limau nipis ( untuk di perah atas ikan bagi menyedapkan rasa dan menghilangkan hanyir ikan)

Cara untuk membakar : -

Kisar semua bahan di atas sehingga halus. Perapkan bahan yang sudah di blender pada ikan dan balutkan dengan daun pisang. Perap selama 20 minit.
Bakar sehingga daun pisang kelihatan sedikit hangus dan jangan lupa untuk membuatkan perahan limau kasturi atau limau nipis ke atas ikan yang sedang kita bakar. letakkan juga 5 helai daun limau purut ke atas badan ikan dan juga taburkan sedikit hirisan bunga kantan untuk mengeluarkan aroma yang sangat menyelerakan..
Bakar ikan dengan menggunakan api sederhana sehingga masak..

p/s: nak cuba sebelum balik ke Tanjong Malim...keh3


2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails