Ahad, 12 Oktober 2014

3 SEKAWAN

Semua orang akan dewasa. Banyak kisah yang dilalui dengan bermacam2 liku.
Terasa bagai baru semalam kenal tapi rupanya sudah 4 tahun berlalu. 3 Sahabat sepengajian yang menyingkap banyak kisah.

Air dicincang takkan putus. Betul pepatah tu. Kami berselisih faham tapi masing2 senyap. Dan akhirnya buat hal masing-masing. Tapi ada satu chemistry yang tak mampu pisahkan kami. Susah payah, suka duka, rasa sengkek, jelek, serabut, segala macam yang ada membuatkan kami saling teringat dalam diam.

Akan ada satu peristiwa yang membawa kami semua kembali bersatu. Dan berharap akan kekal persahabatan ini hingga ke Jannah...

Tahniah Alip dan Ain

dari kami Matt dan Mirul


Jumaat, 10 Oktober 2014

AKAD NIKAH

Semua orang akan kahwin walaupun ada yang tak mahu kahwin. Bila sampai waktunya, tiada apa yang dapat menghalang melainkan ketentuan Allah semata-mata.
Malam ni sahabat baik aku.. akan akad nikah di Tasek Chini. Aku? Tak sempat nak pergi kerana ada hal mustahak di Tanjong Malim. Ikut perancangan asal sepatutnya jam 4petang aku dah gerak ke sana.
Sedikit kecewa, bukan sikit la tapi banyak sebenarnya. Mana mungkin kita tiada dihari penting kawan baik kita ni tapi apakan daya, aku tak dapat pegi...
Aku doakan mereka dipermudahkan segala urusan. Semoga berbahagia hingga ke jannah....
Alif & Ain 11 Oktober 2014

LEWAT MALAM @ AWAL PAGI?

Mata masih belum lelap... Rasa mengantok dan penat meresap ke segenap tubuh tapi akal masih gigih berjalan.

Semua perkara lalu diimbas kembali. Terasa bagaikan satu tekanan yang perit untuk di tanggung. Nak telan xkena, nak ludah pun sama...

Aku tak pasti keadaan aku sekarang. Bercampur baur antara resah dan gelisah. Semuanya serba tidak kena. Ada satu kemungkinan yang tidak boleh dirungkai lagi setakat ini.

Kosong yang betul-betul kosong. Mana silapnya aku sendiri pun tidak yakin untuk menjelaskannya. Akhirnya aku begini... Mata tidak tidur dan fikir tidak berhenti berfikir.

Penat...

Khamis, 9 Oktober 2014

NAFAS BIASA

 

Hampir setahun tidak berada dalam kebiasaan. Kesibukan barangkali...
Sibuk atas perkara apapun aku tidak pasti... Hari dan semalam dalam bulan ini dan bulan-bulan sebelumnya tidak banyak beza. Melalui hari-hari dengan nafas yang biasa.

Membina karakter yang pada dasarnya sedikit payah tapi akan cuba memastikan yang terbaik walaupun sekelumit. Nama aku Wan Mohammad... Boleh panggil aku Che Mat ataupun Wan... Berasal dari kampung pinggir bandar di salah sebuah daerah di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Mula bertitik tolak membawa diri sepenuhnya ke Bumi Mualim atau lebih dikenali sebagai Tanjong Malim sejak 2010. Ia merupakan sebuah pekan koboi dihujung negeri Perak bersempadan dengan negeri Selangor.

Sudah lama tidak serius dalam alam blogger. Ada kisah yang mahu dikongsi. Ada cerita yang mahu ditulis disini. NARSIS. sebuah epilog cerpen yang tidak selesai sepenuhnya tetapi akan diperhalusi semula satu persatu. Doakan ia menemui jalan penyelesaian yang terbaik... 15 Cerpen bakal bermula...
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails