Sabtu, 19 Jun 2010

Kembali Melangkah

Dahulu aku sentiasa melangkah dan melangkah, gembira tatkala suasana yang ceria dan hampir sempurna. Namun aku lupa seketika siapa aku sebenarnya. Lantas, aku "jatuh" rebah menyembah bumi, begitu lama aku rebah di situ. Dalam hati aku kecewa kerana aku ketinggalan dengan sendirian apabila rakan-rakan mula melangkah laju ke hadapan.



Pada saat itu, aku cuba lari dari tekanan itu selaju dan sejauh yang mungkin. aku terus berlari dan berlari sehingga tiba satu ketika aku terpaksa berhenti kerana aku berfikir sampai bila aku harus berlari dan lari dari kekecewaan.

Lantaran itu, aku bangkit kembali, dan berpatah balik untuk menyambut tekanan itu menjadi cabaran yang ditukar menjadi peluang supaya kekecewaan yang aku hadapi dapat ditebus balik.



dan akhirnya aku BERJAYA melangkah ke hadapan seiring rakan-rakan seperjuangan ku yang lain.




AKU KEMBALI MELANGKAH,,,,,,,,,,,,,

Selasa, 15 Jun 2010

Keputusan UPU 2010/2011


Semakan permohonan UPU lepasan STPM, Diploma, Matrik dan Asasi boleh dibuat pada 18 Jun 2010 jam 12.30 tengah hari secara online di upu.mohe.gov.my. Calon juga boleh membuat semakan melalui sms dengan menaip UPU RESULT <> no ic dan hantar ke 15888.

Calon perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum 25 Jun 2010.

Calon yang gagal pula boleh membuat rayuan melalui e-rayuan sebelum 28 Jun 2010
Keputusan rayuan pada 1 Julai 2010

Ahad, 6 Jun 2010

Lambaian Menara Gading

Salam kepada semua, alhamdulillah pada kali ini,,ambo mampu lagi mencari idea dalam mengisi blog ambo yang masih sehijau warna daun ini। Pada tarikh 4 sehingga 6 jun 2010 ambo telah mengikuti program Lambaian Menara Gading anjuran Markaz Siswazah Kelantan yang bertempat di Kem Kijang Kota Bharu.


Sudah lama ambo tidak mengikuti sebarang program yang berkaitan kerohanian. Sebelum ini ambo pernah terfikir, insyallah pada tahun ini ambo akan menjejakkan kaki ke Universiti tapi persiapan yang bagaimana ambo perlukan untuk menghadapi alam universiti. Pada ketika itulah ambo menerima 1 mesej dari seorang teman yang mengajak ambo mengikuti program ini. Pada mulanya pelbagai persoalan yang timbul berkaitan program ini dan ambo tekad untuk tidak menyertainya. Walau bagaimanapun, ambo dengan sendirinya mengemas pakaian dan pergi menyertainya. Sungguh tidak dijangka program ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dalam kekosongan diri ini, ambo mengikutinya dengan hati yang tenang.

Program ini disertai oleh bekas2 pelajar sekolah aliran agama/arab dan kebanyakkannya adalah lepasan SPM, STAM, Diploma dan Matrik. Ambo pula lepasan STPM, terasa kecil diri ini kerana majoriti yang hadir adalah mempunyai taraf pendidikan agama yang kuat berbanding ambo yang lemah ini.

Pengisian yang diberi sepanjang program ini cukup bermakna। Motivasi Santai yang disampaikan oleh Wan Mohd Ruzaimin Wan Ariffin ( Pak Uda ) iaitu Presiden Persatuan AMAL. penyampaiannya memang teramat santai dan menyeronokkan, penyampaian yang berkesan dan mudah difahami. Bagaimanapun, ceramahnya tidak sempat dihabiskan kerana kesuntukan masa. Ambo cukup tertarik dengan kata-kata pujangga ini yang diselit semasa ceramah oleh Pak Uda iaitu
Kadang-kadang ALLAH tidak beri apa yang kita HARAPkan, tapi DIA beri apa yang kita PERLUkan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka,,,tapi jauh diatas segalanya, DIA sedang mengatur yang TERBAIK dalam Kehidupan kita.

Cukup memberi makna kepada ambo.


p/s : gmbr xdpt diupload krn sumber belum mghntar kpd admin,,TQ

Rabu, 2 Jun 2010

One Day - Matisyahu


ONE DAY
MATISYAHU

sometimes I lay
under the moon
and thank God I'm breathing
then I pray
don't take me soon
cause I am here for a reason
sometimes in my tears I drown
but I never let it get me down
so when negativity surrounds
I know some day it'll all turn around
because
all my life I've been waiting for
I've been praying for
for the people to say
that we don't wanna fight no more
they'll be no more wars
and our children will play
one day x6
it's not about
win or lose
we all lose
when they feed on the souls of the innocent
blood drenched pavement
keep on moving though the waters stay raging
in this maze you can lose your way (your way)
it might drive you crazy but don't let it faze you no way (no way)
sometimes in my tears I drown
but I never let it get me down
so when negativity surrounds
I know some day it'll all turn around
because
all my life I've been waiting for
I've been praying for
for the people to say
that we don't wanna fight no more
they'll be no more wars
and our children will play
one day x6
one day this all will change
treat people the same
stop with the violence
down with the hate
one day we'll all be free
and proud to be
under the same sun
singing songs of freedom like
one day x4
all my life I've been waiting for
I've been praying for
for the people to say
that we don't wanna fight no more
they'll be no more wars
and our children will play
one day x6
ooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Langkah Pertama


Salam permulaan kepada semua, ART OF MOTION memaparkan kehidupan sejagat yang adakalanya dinilai dalam bentuk seni, dalam menerajui dunia melalui blog, ambo mengharapkan kebaikan berterusan. Sekiranya ada sebarang komen, pendapat atau seumpamanya, boleh memberitahu ambo. Mungkin ianya boleh membantu ambo untuk mahir dalam komunikasi serta matang dalam berfikir. Terima Kasih
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails