Ahad, 22 April 2012

PUNYA 4 IMPIAN



Berhabuk dah ke blog aku nie? hohohoh

Asalam semua.. hopefully sihat la yup... (^__^)
Petang ahad yang damai.. mungkin..huhhu,  walau bermacam perkara yang berlaku di Tanjong Malim...
entah la, tak tau nak kata apa... apa yang pasti semuanya kehendak Allah s.w.t....

Lupakan seketika...

Semester ini saya punya impian yang tinggi untuk dicapai. Semuanya akan dirancang dalam jangka masa yang panjang. Berbaki 4 Semester di Bumi Pendidikan yang bertuah ini, saya mencuba yang terbaik untuk diri saya dan rakan2 seperjuangan yang lain.

1. Menjadikan Persatuan Seni visual sebagai Persatuan yang terbaik.
2. Mencuba untuk mencapai pointer 4.0 pada semester ini memandangkan jam kredit yang teramat 
    sedikit..ahah
3. Pada semester 6 mahu mengadakan Annual Dinner besar2an luar daripada Tanjong Malim untuk batch 
    aku.
4. Mahu membuat misi kemasyarakatan di Kemboja pada Sem 8....

Dengan nawaitu yang baik ini, Doakan aku supaya mampu melaksanakannya...amin

Ahad, 15 April 2012

ANAK SAUDARA YANG NAKAL (^__^)


Ni anak saudara sulung aku, dah besar dah budak ngade2 yang aku sayang nie...ahaahah. Kalau korang ade bace post2 terdahulu. Inilah orangnye,,, bulan 5 ni cukup umurnya 3tahun... DAN baru je dapat anak saudara yang kedua. pompuan jugak... t tunggu post yang seterusnya.. terima kasih sbb sudi view my video (^__^)

Rabu, 4 April 2012

ADAB BERSAHABAT...


Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya, iaitu :

1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum brkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.

3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4. Menutup keaiban sahabatnya.

5. Berdiam daripada menyampaikan perkata orang lain yang mencela sahabatnya.

6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.

7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabat ketika ia bercakap-cakap.

8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.

9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.

10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.

11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.

13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.

14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.

15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati.

16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabat selepas daripada kematian sahabatnya.

17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.

18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.

19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.

21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.

22. Hendaklah ia bangkit menghantar sahabatnya itu ( sehingga sampai ke pintu rumahnya ) ketika ia keluar dari rumahnya.

23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang barcakap-cakap.

Ringkas kata, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya seperti cara yang ia sukai orang lain bermuamalah dengannya. Maka sesiapa yang tidak mencintai untuk sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan masih tidak ikhlas dan masih mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Maka inilah adab-adab yang mesti engkau jaga pada hak saudaramu yang engkau jadi sahabat akan dia.

Isnin, 2 April 2012

SELAGI LANGIT MASIH BIRU #1 : AKU DAN CERITA

       
          Mata ini masih belum mahu lelap. Jemari pula teruja untuk menaip setiap luahan idea dari akal kurniaan Allah. Pada hematnya, malam ini aku lalui seperti malam-malam yang biasa. Jam tepat 1.30 minit pagi, aku berada pada katil yang tidak bercadar dengan bantal yang koyak di bahagian tepi sehingga terkeluar kapasnya. Entah la, padahal aku sendiri boleh jahit benda alah tu tapi aku sekadar lihat sahaja sejak bantal busuk aku itu mula terkoyak... (^__^)

          Sesekali aku memandang facebook yang tersedia log in tu. Kejap aku klik Home kejap aku klik page aku. Aku tak pasti dengan apa yang aku buat. Dalam memikirkan tugasan yang masih belum siap dan tiada langsung tindakan yang dilakukan. Bila masa yang semakin singkat dengan jadual yang tidak disusun, DAN ianya sentiasa berulang-ulang tanpa dipedulikan oleh sang pelaksana, SATU perkara takkan pernah selesai. Aku semacam tak mahu fikir lagi mengenainya.

          Semester 4 kali ini pada hematnya aku lihat sangat laju. Pejam celik, dalam sedar atau tidak sekarang sudah minggu ke 7 dan minggu hadapan cuti pertengahan sem bermula. Seminggu diperuntukkan oleh pihak universiti kepada mahasiswa untuk merehatkan minda. Kali ini peluang bercuti langsung aku tidak lepaskan. Mengulangi keriangan bersama adik-adik aku. Kali ini, memori aku melihat senyuman adik-adik aku betul-betul terimbau dalam fikiran. Mungkin ikatan saudara dan kasih sayang yang kuat membuatkan aku merasainya. Kebetulan aku mendapat mesej daripada adik lelaki aku yang ayat mesejnya simple tapi jelas terkesan.

"Abe, nanti balik, kita pergi jalan-jalan ya. Lama dah abe tak bawak chik ngan adik g jalan-jalan ataupun berkelah kat pantai..."
Dan ianya benar..!! Sudah hampir dua tahun aku tidak lakukan kebiasaan itu. Bagaimana pula pada masa depan...?

          Langkah pada kali ini, aku rasa sungguh berbeza. Rasa takut untuk menghadapi masa depan sesekali melintas difikiranku. Usiaku bukan lagi hijau muda, barangkali sudah hampir ke hijau tua umurnya. Tambahan pula sejak punya anak saudara, aku juga merasakan aku sudah punya anak sendiri... Aku tersenyum sendiri untuk menghadapi realitinya..ahahah. Sinis aku tersenyum bahawa aku sudah ada gelaran Ayah... Ayah Ngah (^__^). Sekali terimbas suara anak saudaraku yang sekarang berusia 4 tahun dan bakal dapat adik pada bulan ini jangkaanya. Nama dia Nurdania Marissa. Orangnya comel dan suka bercakap.

Ani ( nama timangan yang aku je yang panggil ) : Ayah Ngah nak pegi ane (mana) nak itot (ikut)...!!

Hahah...suaranya cukup membuatkan aku rindu mahu  berjumpa dia. (^__^).



....bersambung

Ahad, 1 April 2012

ADAKAH IANYA "APRIL FOOL"...?

Asalam blogger sekalian.

Sekarang jam 4.41 minit pagi. Aku masih tidak melelapkan mata. Baru je sampai ke Kolej...
Seharian berjalan seorang diri merayau di Kota Metropolitan.... Kamera bawak tapi mase naik komuter nak balik Tanjong Malim, baru aku bukak..haahah.

Alkisahnya...
Hari ni aku naik train baru... cantik, luas, kemas, laju....kaannnn..hu4.

Komuter SCS

Perjalanan balik ke Tanjong Malim...hurmmm ok la pada mulanya, smooth je xde masalah. TETAPI nak dipendekkan cerita, sampai je kat Stesen Sg. Buloh jam 10.30 malam, Komuter SCS ni sistemnyer terpadam....huh...!!

mamat bangla nie tetiba angkat kepala n pandang kat kamera aku siot...!!ahahh

Ingatnye kejap je.. Tapi berlanjutan sehingga jam 1pagi.. adoi.. tension siot tapi muka time tu still selamba seyy...ahahah

Pada masa tu para penumpang mula bersungut tak puas hati sebab difahamkan oleh pihak komuter, perkhidmatan ditamatkan di Sg Buloh.. laaa.. apa kejadah nak tido kat situ...Bas dah xde, kereta sapu plak tetiba kasi harga tambang BAIK PUNYER...!!

Penumpang dah mula melilau tak tau nak kemana...hhihihihi

Keadaan di Stesen Sg Buloh makin gamat bila ade penumpang yang menjerit2 ala-ala demo kat Pintu Utama UPSI (tokok tambah kasi sedap cerita,,,ahah) tak puas hati atas apa yang berlaku. Mana tidaknyer, Train baru kot.. putih bersih berkilau lagi tau... boleh plak buat hal....

Tetiba...aku terdengar perbualan budak2 mane ntah. Budak skolah  kot sbb tgok diorg pegang goodies bag "Jom Masuk U". Diorg cakap.. ni pihak Komuter nak buat APRIL FOOL ka kat semua penumpang....ahahah.. aku tergelak sesorang...ahahah. Boleh pulak difikir budak2 nie.... (^__^)


Komuter SCS kosong, lampu terpadam dan pintu terbukak...

Sekali aku tgok pegawai2 Komuter kt Sg Buloh hampir semua kena marah, kutuk2 oleh penumpang sampai aku tgok diorg pun macm blur2 tak tau nk buat apa. Pastu, boleh pulak semua train tu di jadikan Train Hibrid dan ditarik ke KL Sentral untuk ambil penumpang dan patah balik ke Sg. Buloh..... Alkisahnya... Sejuk siot duduk kat stesen tu...huk3. Nasib baik aku bawak sweater...

Macam2 ulasan aku dengar dari para penumpang. Itu ini begitu begini, kononnya hebat merancang la katakan..ahaha. Tapi persoalannya, nak salahkan siapa? Komuter SCS yang baru beroperasi boleh mengalami kegagalan sistem. Katanya ada kabel laluan yang meletup, entah ya entah tidak.... Tapi para pegawai still berusaha supaya semua penumpang dapat meneruskan perjalanan walaupun tersangat lewat..!!    


Terima kasih Pegawai KTM Komuter

Aku setting kamera cam gampang...ahhaha..
Masa ni pegawai Komuter sedang menyambung kepala Train untuk dijadikan Train Hybrid...

p/s : Si batu api ni memang nak kena lempang, orang cakap sabar..dia nya ada je nak suh orang lain panas hati...shiall.. kan sebutkan nanti jadi isu perkauman pulak...huk3. Peace No War... (^__^)

Penat kakiku berjalan membawa aku melihat Kotaraya...
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails