Selasa, 30 Ogos 2011

MOOD RAYA : CORETAN LENSA

Salam Syawal kepada semua, seronokkan dapat bersama keluarga. Konsep entri kali ni juga adalah wordless, just view my family photo,,,hu3,, so happy go lucky laaaa,,,,  untung dapat abang ipar yang mempunyai minat yang sama, banyak yang aku belajar dari dia mengenai DLSR tapi aku takde la expert sangat macam abg ipar aku,,,,,,,ahah


Adik lelaki aku 

Isnin, 29 Ogos 2011

MOOD RAYA : SIMPLE TAPI SERONOK

Simple tapi seronok.
Dua perkataan yang mudah. Kemeriahan raya untuk tahun ini bagi keluarga aku seperti biasa, bila semua berkumpul ianya adalah suatu yang menyeronokkan,, konsep untuk entri kali ini adelah wordless,,,hi3,,

Abah dan lemangnyer,,, :P

SALAM AIDILFITRI

Alhamdulillah, kita semua masih sempat merasa kemeriahan aidilfitri dan semestinya Ramadhan yang berlalu pergi membawa seribu makna buat kita. Tidak semua yang kita impikan akan kita dapat nikmati tetapi, percayalah, apa yang berlaku sebelum ini ada hikmah dan pengajaran buat kita.


Raikan kemeriahan ini bersama keluarga yang tersayang, kepada teman-teman semoga sentiasa sihat sejahtera dan bersiap sedia untuk memulakan semester baharu.... kemeriahan dirasai, kegembiraan dikongsi.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

ikhlas dari Matt (^__^)

Ahad, 28 Ogos 2011

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN...


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Janganmempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Rabu, 24 Ogos 2011

My Lovely Black + White Cat

Tetiba je teringat kt kucing aku,, kecik je si mamat itam nih,,, last aku tgok my kitten 2 bulan y lepas,,, rindu sngat2,, sebab klau balik umah kompem kena gigit ngan dia,,,haahah,,,, xleh nak belai-belai pom,, klau tangan aku tak tercalar xsah, klau tak gigit kaki orang time kite bjalan memng xsah. Tak kira la dlam umah ke,, kt halaman umah ke,, dlam keta ker ( sebok nak ikut org naik kete,,, ),,,hurmmm,,, kucing aku ....aha.






Seekor kucing yg nakal, suka kejar orang kalau orang tu berjalan depan dia, lepas tu gigit,,,,hu3,,, xsuka makan ikan busuk dan suka sangat minum susu...hu3. Kucing ni abah aku amek kat tepi longkang mase abah aku tengah keja. Comot je dulu, sekarang dah sihat nakal,,,,hu3,,,

Tu je,,,, (^__^)


Kad Raya untuk Sahabat

Raya hanya setahun sekali,,,,,betul.
Kemeriahannya pasti berbeza dengan ceritanya yang berbeza. Sedar atau tidak, kita sudah ke penghujung Ramadhan.Sekejap saja suasana Ramadhan berlalu. Tahun ini begitu banyak berbeza perasaan ambo dalam menempuhi bulan yang mulia. Terasa perbezaannya.
Mengapa? Hanya Allah saja yang tahu...

Kad Raya untuk Sahabat,,
Tidak pernah rasa keinginan untuk menghantar kad raya kepada sahabat2 sebelum ini. Entah la,, ambo lihat perkara itu sebagai perkara yang biasa-biasa saja,,,,Tetapi sejak ambo mengenali Cik Zura, Memy Zul, M Amirul Osman ( blog ), Amir Batrisya ( blog ) dan azlee. Pertemuan dengan mereka menceritakan banyak kisah yang secara langsung membuka minda ambo mengenai kehidupan, persahabatan, perhubungan, percakapan, hormat dan adab kemanusiaan,, mengapa? kerana ambo seorang yang biasa-biasa sahaja yang jarang untuk mengetahui dan memahami perkara yang ambo tidak suka ambil tahu. Atas sebab perkara itu, ambo merasekan sahabat ambo ini perlu diberi penghargaan walau xseberapa nilainya...(^__^)

Terima Kasih,,
Belajar untuk berterima kasih sangat seronok sebenarnya. Ianya membuatkan satu pengiktirafan yang tinggi nilainya dari manusia kepada manusia lain, tidak kiralah pekerjaan yang dibuat itu atau pertolongan yang diterima itu besar ataupun tidak,,,, so, Terima kasih Sahabat dan KAd raya untuk sahabat akan dihantar secepat yang mungkin,,,!!!ahahah



*p/s : Sahabat-sahabat lain juga tidak dilupakan, kenapa ambo mention name mereka-mereka ini? Sebab ade kisah bermakna buat ambo, Jangan risau, sahabat2 lain juga ambo takkan pernah lupa,,,,tak akan,,,!! (^__^)


Selasa, 23 Ogos 2011

Erti Merdeka : seolah tiada siapa yang ingin ambil kisah mengenainya

Merdeka,
Masih tidak dirasai oleh Palestin. Tapi kita? Seolah tidak lagi mahu mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemakmuran yang dibina selama 54 tahun nie.. Semua menunggu rebah ke bumi. Adakah ketika itu baru nak sedar? Kembali la memahami sejarah, ambil la sedikit mase dan letakkan sedikit ruang dalam hati untuk merenung kembali sejarah lampau negara kita,.. ingat kembali 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU yang bukan rasis tapi soal kemakmuran dan perlu sedar, harta yang dimiliki sekarang bukan milik kita selamanya andai tiada yang mahu pertahannya sehingga hujung nyawa..


Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



Isnin, 15 Ogos 2011

Sami Yusuf - Asma Allah


Sahabat Blogger sekalian, ambo ingin berkongsi lagu yang alunannya memang menusuk Qalbu,
Marilah kepada yang berkelapangan sama-sama mendengar lagu nie. Ambo sendiri berulang kali mendengarnya. Bersama dengan lagu ini ambo sertakan sekali liriknya.. Syukran

Album : Not In My Name
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com


Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu�minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami�
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra�uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu�mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da�fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu�izu a�izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du�aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina

Ahad, 14 Ogos 2011

PERKENAL BLOG

Rasanya tidak janggal kalau saya perkenalkan blog saya yang mana saya mempunyai 3 blog ; (1 blog peribadi),(1 blog niaga) dan (1 blog asignment) tetapi diteruskan pengisiannya supaya tidak 0 blog berkenaan.

BLOG UTAMA

Kisah peribadi, kehidupan sejagat dan perhubungan serta peristiwa


BLOG NIAGA

Rekaan corak baju ; tshirt, berkolar dan baju korporat


BLOG ASIGNMENT

Mengenai lukisan ; berkaitan dengan grafik, cara melukis dan
lukisan-lukisan yang unik untuk dikongsi


Okey, itu sahaja untuk hari ini,,so, selamat menjelajah ke blog ambo yang simple ini,,,hu3

Ahad, 7 Ogos 2011

Chapter 1/3 : MEMBESAR DENGAN SEMPURNA

Hari ini 7 Ogos 2011, anak saudara aku sudah berumur 851 hari ( 2 tahun setengah ). Comel orangnya, nakal dan suka buat kacau..


NUR DANIA MARISSA BTE GHAZALI
gambar bertarikh : 25 Ogos 2009
Umur : 112 hari

Lahirnya anak kecil yang comel ini di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Gembiranya aku bukan kepalang kerana "Maricha" (panggilan manja) merupakan anak saudara yang pertama aku, kerana maricha anak kepada kakak sulung aku dan aku anak yang kedua. Lahirnya dia mengisahkan pelbagai peristiwa suka dan duka dalam hidup aku. Ianya ringkas tapi bermakna bagi aku

Ketika umurnya 3 hari, Umi dan aku bertolak ke Johor Bharu untuk melihatnya kerana kakak aku tidak biasa dalam keadaan ini. Pada masa itu, umi dan aku berada disana selama seminggu menjaga kakak dan maricha. Pada saat dan ketika itu aku sangat teruja kerana apa?

Kerana sudah 15 tahun dalam keluarga kami tidak ada "orang kecil". Adik bongsu aku pun sudah 15 tahun, dah besar dah....hahaha


Lokasi : Belakang rumah
Tarikh : 14 September 2010

Semakin cantik orangnya. ,,hi2

Ceritanya..
Permulaannya, ialah ketabahan dan semangat untuk meraih kembali kejayaan. Kenapa? Aku pernah gagal dalam STPM 2008, semua sahabat telah melangkah ke hadapan, tinggal aku seorang yang masih memikirkan masa hadapan. Dipendekkan cerita, aku tekad untuk menggapainya sekali lagi. Lantas, kehadiran maricha telah membuatkan aku semakin bersemangat untuk belajar.

Menjaganya setiap hari bersama ummi dirumah sambil mengulangkaji pelajaran,,,oohhh,,indahnya,,,ahahha.
waktu pagi sebelum ke sekolah, aku jaga maricha dahulu sambil tunggu ummi aku mandi, lepas itu baru lah aku ke sekolah.

Tengah harinya, apabila pulang ke sekolah, aku pergi beli lampin di pasaraya (masih beruniform). Orang memandang aku yang tercari-cari lampin yang mana untuk anak saudara aku. kemudian satu suara dari belakang ;

Pekerja : Cari lampin anak ke encik (sambil pandang aku atas bawah)
Aku : Iye la,,,, nak cari pampers dry,,,size S
Pekerja :  tu haa,,encik,,kt bwah,,, (lepas tu dia beredar, lantas mengomel-ngomel dengan rakannya sambil memandang aku)
Aku : terima kasih,,,,(sambil senyum tetapi dalam hati,,,ape daaa)
aku berlalu pergi ke kaunter untuk membayarnya.

*bersambung

Sabtu, 6 Ogos 2011

ALHAMDULILLAH


Kadang-kala ianya adalah susah untuk dilaksanakan, banyak pantang -larang yang memungkinkan segala. Alhamdulilah, nikmat masih dirasai kerana Allah Maha Mengetahui. Selama ini, buntu keliru memikirkan diri dan hala tuju.

Apabila tinggi tidak sedar diri, lantas jatuh menyedarkan aku kembali. Bukan senang tetapi ianya akan mudah jika kita redah dengan redha akan takdir-takdir laluannya. Salam Ramadhan, teruskan kita sama-sama menggandakan pahala

~resah diri~
Che Mat

Rabu, 3 Ogos 2011

Kawe Sayang Umi dan Abah Kawe,,,hi3

Cerita Abah kawe (saya)...



Abah kawe ni garang sikit tapi dalam hati ada taman,,,hu3,, ( jangan marah yeer abah )
Orangnya rendah sikit dari kawe,, Sangat kuat dan jarang sekali dapat lihat abah demam. Kalau dalam setahun tu belum tentu dia akan demam atau sakit. Syukur Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa memberikan Abah kesihatan yang baik.

Abah sangat-sangat rajin, kalau kat umah, malam je la dapat tengok dia relax bersahaja. tu pun kalau dia tak buat report kerja dia,,,hu3. Abah kerja dengan syarikat Ghazali Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang berkaitan dengan Telekom Malaysia tetapi Abah bukan pekerja telekom. Macam Sub kontraktor la,,,

Kadang-kala teringat kecil-kecil dulu, selalu kena pukul kat Abah sebab tak dengar kata,,hi3 (malu aihhh )
Tetapi pukulan Abah itulah menyebabkan kawe telah berjaya "separuh". Kenapa "separuh"? Sebab kawe tak bergaji lagi, masih seorang mahasiswa,,,,hu3

Kadang-kala, tengok muka Abah nie seronok tau, tu belum lagi dengar suara dia,,,
Abah baik sangat-sangat, minta sikit terus bagi tetapi yang mahal-mahal tu kawe tak minta la,,,hu3. Kami bukan keluarga berada... ( Sekurang-kurangnya kawe sedar diri, kasih seorang Abah,,hi4 )

Ya Allah.....

Apabila bangun tidur, jika boleh pada setiap hari, tanya kepada diri sendiri: “Kenapa ALLAH hidupkan aku 
pada hari ini?


                                             Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali: 
Kerana dosaku banyak. ALLAH izinkan aku untuk bertaubat. ::.

Selasa, 2 Ogos 2011

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN?

Tengah hari esok jam 1  merupakan waktu yang paling aku tunggu,,,,hahaah
sebab ape?
Sebabnya,,, aku and the geng akan membentangkan mengenai [ PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN ].
Untuk pengetahuan : Aku ambil short sem dalam cuti 4 bulan nie iaitu subjek Pengurusan Pembelajaran dan English Communication II

Berbalik kepada isu tadi...
Tajuk ini mengenai persediaan ke alam persekolahan serta kajian kes yang perlu dibuat bagi sesuatu kes.
So, esok aku akan bentangkan mengenai kajian di sekolah, contoh-contoh yang telah dilaksanakan oleh Dr. Seman Salleh dari Jabatan Pengajian Melayu, Mohd Jaflus Bahari dari Maktab Perguruan Islam dan lain-lain.

Entah la esok camna gamaknya, maklumat yang aku dapat pun tak cukup lagi,,,hu3

nie print skirn powerpoint untuk esok,,,hu3 ( Saje-je )


Hope esok berjalan lancar,,,hu3,,



*mood : Nak balik kampung,,,,hu3

Isnin, 1 Ogos 2011

Bila Puasa je,,,,,

Salam ramadhan kepada semua blooger,, (^__^)

Bila je puasa, macam-macam perkara yang ambo nak,,,hahaha,,sepanjang bulan puasa nie,, kompem,,aku kena cari gak,,tapi yang no 1,,, kena tunggu balik kampung dulu la,,,,,hahaahahh

1. Air Teh yang Umi buat.

Penangan tangan seorang ibu kan,,hu3. Apa sahaja yang Umi buat, rasanya teramat sedap dan ketika itu kenikmatan yang berganda-ganda ambo dapat rasai, walaupun sekadar air Tea..hu3. Biasa kalau Umi buat air tea, 1 jug tu memang tak cukup,,,,haaha


2. Nak makan Akok dan Murtabak

Bila puasa je, perkara wajib yang mesti dapatkan adalah akok dan murtabak,,,,haahha,,, Akok yang sedapnya kat Pasir Mas tu dekat dengan Parit Air Kg Lati. Sampai kena beratur,,,hu3,,, Kalau Murtabak pula kat Roundabout Pasir Mas. Dulu harga murah je tp skrang dh mahal tp still sedap,,,,ahahah

Akok,,,hurmmm,,,yamm2,, 

waaa,,,,sedapnyer,,,hu3

3. Air Kelapa

tetiba je nak minum air kelapa,,,hahaah,,,kalau kat kampung,, bagi je RM2 kat tuan kedai, dapat 1 bungkus air kelapa,,,banyak oooooo,,,,,ahahahaah


4. Kerabu Kaki Ayam

Ini menu yang paling best aku nak makan time puasa,,,ahhahaah,,,, Kerabu kaki Ayam,,,huuu333,,, tapi kat Tanjong Malim aku tak jumpe lagi la,,,ahahaha



Ok, tu je untuk petang nie,,,,huhuhu

DISEBALIK TARIKH LAHIR


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh 1 :
————–
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

(Jadi nombor lahirnya ialah 1 – Ketulenan)
Contoh 2:
30 Okt 1964
30 + 10 + 1964 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6
Jadi nombor lahir anda ialah 6 (Romantik)
Maksud nombor lahir adalah seperti berikut:
1-KETULENAN
Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2-PENDAMAI
Dilahirkan sebagai diplomat. – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. – Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3-CERIA
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. – Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4-KONSERVATIF
Golongan ini sangat peka dan tradisional. – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. – Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5-PERINTIS

Mereka adalah perintis. – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6-ROMANTIK
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. – Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. – Mereka suka seni musik. – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7-INTELEKTUAL
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8-PENYELESAIAN
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. – Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9-PELAKON
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. – Mereka sangat penyayang dan pemurah. – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan oleh Allah dengan bulan yang paling mulia, iaitu Ramadhan, Syukur kepada yang maha esa, 

so, sahabt blogger,, dlm kite berblogger jgn lupe untuk puase penuh dan jgn lupa solat sunat terawih  yer,,,,hu3

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails