Rabu, 16 November 2011

PUISI ... JOM BERKONGSI ..


Kadang-kala tak semua yang kita nak, kita akan dapat. 
Dan tak semua yang kita tak nak, kita dapat elak.
Segalanya berlalu dengan pantas.
Semacam hadir dalam cara yang salah
Tidak langsung menilai ombak selingkah


Berpuisi sebenarnya seronok. Anda pernah berpuisi tak? sama ada menghasilkan puisi ataupun mendeklamasikan puisi. Apakah  perasaan anda bila dapat menghasilkan puisi? Jom kita berkongsi ..

       Berpuisi membuatkan seperti rasa kelegaan dan lapang dada. Mungkin luahan tu dibuat dalam nada yang selesa. Daripada wikipedia, puisi merujuk kepada susunan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah salah satu cabang kesenian manusia. Puisi  boleh berdiri secara sendirian, dan juga boleh disulam dalam seni lain seperti drama puisi.  Jadinya, kalau anda mahir dan berminat dalam puisi, teruskan bakat anda, mana tahukan puisi anda boleh menjadi salah satu karya yang menarik untuk dikongsi.

Saje nak berkongsi . (^__^)



Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails