Jumaat, 25 Februari 2011

APA RASIONALNYA KITA SEBAGAI MAHASISWA/I.....?

~ini bukan MESIR la,,,,, ~


Polis telah mengenal pasti lima pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) yang terbabit dalam mencetuskan kekecohan di bangunan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di Serdang semalam.

Mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias.

upm scuffle 230211Beliau berkata pihak pentadbiran dan pengawal keselamatan universiti telah membuat dua laporan polis.

"Polis akan menyiasat insiden semalam di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengadakan rusuhan," katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Razak turut meminta pihak luar supaya tidak memanipulasi perkara tersebut dan berharap pihak universiti dan mahasiswa dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 200 pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam bagi memprotes tindakan HEP UPM yang telah menarik balik kemenangan 11 calon Pro-M dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan.

NONEPembatalan itu menyebabkan pelajar kumpulan Pro-M berhimpunan di hadapan bangunan pendtadbiran UPM bagi meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan sebab pembatalan tersebut.

Pintu kaca ke bangunan HEP dilaporkan pecah sementara lima pengawal keselamatan cedera dalam kejadian itu.

- Bernama

Selasa, 22 Februari 2011

HIDUP 100% BERUBAH,,!!!



betul ke hidup aku 100% berubah?

aahhaahahah,,, xde la sangat,,, ckit ja,,,, tapi aku tetap aku.

Salam Sahabat blogger, sudah lama aku tidak mengupdate blog. Banyak cerita tetapi tidak berkesempatan.

Tarikh Keramat 21 Februari 2011 telah mengubah kehidupan aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dulu kalau lihat, entri aku sekadar coretan biasa tetapi hari ini sudah mula mengubah nada.

Pilihanraya Kampus telah berlangsung selama 3hari. iaitu bermula 17 Februari 2011 dengan penamaan calon.

Dan salah seorang calon itu adalah aku.

kenapa?

persoalan yang timbul kadang-kala membuatkan aku terfikir kenapa aku meluncur laju sedangkan aku masih "hijau" tentang dunia ini.

kerana aku tahu perjuangan aku dan kalau bukan aku, siapa lagi?

Alhamdulillah, berkat daripada kecekalan hati walaupun pada mulanya sedikit goyah namun tidak mematahkan semangat aku untuk terus ke depan. Memang ada hikmah kenapa aku berbuat sedemikian.

lalu aku coretkan surat dalam alam maya kepada semua sahabat aku :

"salam kepada sahabat,,

permainan politik kampus sudah berhenti,
tanggungjawab mula dirasai,
hari ini, aku berterima kasih kepada semua AT23 batch kita,
kerana ape yang berlaku di wall ini telah membuka minda aku untuk menyelami dunia kepimpinan,

Atas dasar itu, aku memohon jasa baik semua supaya kembali bertaut dan hentikan provokasi yang boleh memberi kepincangan dalam organisasi kita.
ketaksubkan terhadap sesebuah ideologi tidak memberi apa2 makna andai tiada usaha yang bijaksana.

insyallah, sepanjang 2 penggal ini, kalau ade ape2 hal y melbatkan byk pihak, aku mohon ,tolng bgtau aku,,lau mslah kecil,,kite jmpe face to face,,, lau bolh dselesaikn dgn kadar segera, kite selesaikn,,, tp tolng bgtau mslah y dhadapi,,,, aku xdpt nk jmpe sorng2 utk tyer mslah,,,,hope korng faham,,,

by the way, aku mengucapkn berbyk2 trima kasih kepad y sokong aku slama ini, dan kepada y selalu mencaci, itu sebnarnya adalah satu sokongan y paling jujur pernah aku trima,,,korang semua adlah y terbaik buat aku,,,,

mungkin hari ini, kita xnmpk lg ape y kita ingin kn, ape y kita mahukn dan mgkin juga ketika ini kita xfaham ape2 lg,, tp tolng la jgn pekakkn telinga utk trima ape saje kemungkinan,

kalu aku dh mula brubah tolng tegur aku,,,,!!!

TERIMA KASIH KELUARGA AT23

~SAYANGI UNIVERSITI KITA~ (^__^)


Mungkin langkah itu amat laju tapi aku mahu juga terus pergi kerana rasa tanggungjawab aku terhadap

semua mahasiswa dan mahasiswi.

Aku tahu ramai yang tidak ambil peduli tentang hal ini, tetapi bila terkena pada diri sendiri, mulalah tercari-cari 

arah tuju.

Apa-apapun, konklusinya

hidup kita tetap akan berubah dan kita perlu bersedia untuk matang walau belum tiba masanya untuk kita 

berbuat sedemikian.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011/2012

Selasa, 15 Februari 2011

MAULIDUR RASUL : KEMULIAAN NABI



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Isnin, 14 Februari 2011

KEHANGATAN?



POLITIK kampus akan bermula dalam tempoh 2minggu ini.
Pada hari ini, 14 Februari 2011 : Pembubaran "Parlimen" MPP UPSi.

Melihat kepada situasi ini, kebanyakkan pelajar tidak mengambil cakna terhadap keadaan ini.

Apa reaksi anda? Hal ini melibatkan masa depan kampus, pilihlah calon yang boleh buat kerja dan bukan sekadar pandai berkata-kata sehingga kita terpedaya,,,,,

Politik Kampus dan Politik Luar adalah sesuatu yang berbeza, jangan terlalu obses, Taksub sehingga lupa matlamat sebenar kerana kepentingan diri,,,,

GOOD LUCK n MAKE A RIGHT CHOICE,,!!

Selasa, 8 Februari 2011

Dikir Barat dan Model

Salam sahabat blogger,,
Petang tadi, ambo telah pergi ke bangunan Canselori untuk sesi fotografi korporat (sebagai photographer).
setiba di Pintu Timur UPSi, ambo terdengar muzik dikir barat. Ketika itu, ambo tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu. Sekali ambo tengok, rupa-rupanya di tepi jalan utama keluar masuk kenderaan berdekatan Pintu Timur mengadap Bangunan Bitarasiswa..
menarik tu..




Sempat ambo shoot gambar mereka. Untuk makluman semua, mereka diatas adalah pensyarah ( tubuh besar dan bercermin mata ) dan pelajar-pelajar Fakulti Muzik dan Persembahan. Asyik ambo mendengar alunan muzik dikir barat ( tradisional orang kelantan ).

--------------------------------------------------------------------

Lupa sekejap yang ambo perlu ke Bangunan Canselori,,,hi3
Ambo kemudian terus ke destinasi ambo sebab sudah lewat,,,hahaha
Disana, sesi penggambaran sudah bermula, dibawah ini adalah sebahagian gambar yang telah ambo shoot dan edit...




















Gambar diatas merupakan lakonan untuk situasi-situasi tertentu. Contohnya seperti situasi dalam pejabat dan staff berurusan dengan pelanggan....hi3 ( konfiden je ambo bercerita,,,,ahahah ). Mereka-mereka ini adalah model untuk 
Grafik Fotografi Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa ( GF BHKA  UPSi )

---------------------------------------------------
selesai sesi fotografi, ambo terus ke kelas English for Comunication 1 di BE- Learning 6, dalam perjalanan kesana, sempat shoot gambar bangunan BE-Learning kat bahagian belakang,,,hi3


itu sahaja untuk petang ini,,,,,mekasih sudi baca,,,, syukran,,, (^_^)

Jumaat, 4 Februari 2011

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR - RABBANI (bersama Amy Search)

PETANQUE? apa tu?

Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling ikut cara mana yang anda suka tetapi jangan sesekali mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud 'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.

MUNGKIN tidak ramai antara kita yang mengenali permainan ini. Walaupun ia sudah mula bertapak di Malaysia seawal tahun 1990-an, namun jika ada yang menyebut nama permainan ini sekarang, pasti ada yang menggaru kepala kerana tidak dapat membayangkannya.
Petanque (disebut pay-tong) kedengaran aneh bunyi sebutannya. Namun, itulah nama yang diberikan kepada permainan yang berasal dari Perancis ini. Menggunakan bola-bola yang diperbuat daripada logam, ia mungkin mirip beberapa permainan rakyat.
Sukan itu kini telah pun mempunyai kejohanan peringkat dunia dan turut tersenarai sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan SEA sejak tahun 2001 lagi.
Di pentas Asia Tenggara, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos merupakan antara negara yang terlebih dahulu menerima pengenalan permainan ini ekoran pengaruh Perancis di kebanyakan negara itu. Permainan ini menjadi begitu popular di Thailand dan telah dipromosi sendiri oleh Puteri Srinagarindra yang dikatakan bermain petanque hampir setiap hari.
Negara itu sudah menikmati permainan ini sejak ratusan tahun lalu. Malaysia pula baru diperkenalkan dengan sukan ini pada penghujung tahun 1989 oleh Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz
Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak mempopularkan sukan ini. Hakikatnya, terdapat sekumpulan masyarakat kita yang semakin mula meminati permainan balingan bola logam ini. Ada yang menjadikannya aktiviti riadah dan rekreasi selepas penat bekerja.
Sebagai contoh, di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Hulu Klang, Selangor, boleh dikatakan hampir setiap petang, mereka akan mengisi ruang gelanggang petanque. Bukan sahaja mereka yang bergelar atlet negara datang bermain tetapi juga orang awam.
Jika diamati, sukan ini ada persamaan dengan permainan guli yang popular dimainkan kanak-kanak satu ketika dahulu. Ini kerana ia dimainkan secara membaling dengan menetapkan arah sasaran. Strategi memperoleh matanya pula menyerupai sukan boling padang.
Biasanya sukan ini dimainkan di atas permukaan berpasir. Namun, ia juga boleh dimainkan di apa-apa jenis permukaan lain

Khamis, 3 Februari 2011

KRISIS DARURAT DI MESIR


edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

SEDARLAH BAHAWA IANYA BUKAN MAINAN..


“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
Bukan mudah menjadi pemimpin. Kelak akan dipertanggungjawabkan atas segala yang dipimpinnya. Setiap salahlaku dan perkara tidak syarak yang berlaku di bawah kepimpinannya, maka sang pemimpinlah yang akan bersama-sama menanggungnya.
Pemimpin bukanlah suatu jawatan yang perlu direbut-rebutkan dan dibangga-banggakan; sebaliknya ia perlu diinsafi dan digeruni akan tanggungjawab besar yang menanti.
Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ustaz Akill Hayy - Kembara Di Tanah Gersang

BUKAN SILAP AKU??

Penat minda dalam menongkah arus.


Salam Sahabat blogger, sudah lama ambo xupdate blog. Ambo mula merindui waktu-waktu lapang ketika dahulu, mula awal-awal dapat belajar di Universiti.






Teramat rindu untuk bergelak ketawa bersama rakan, teramat rindu menyiapkan asignment bersama-sama tapi apakan daya, semuanya telah berubah.




Sejak melangkah ke semester 2, kehidupan tidak seindah yang ambo inginkan. Semuanya langsung berubah, orang bercakap ambo mula berlagak serba tahu walaupun semua tu retorik semata-mata.


Memang betul, kita tak dapat puaskan hati semua pihak, dan ambo langsung tidak mampu menangkis tohmahan dari mulut manusia. 


Ambo tidak mahu menjadi kiasu, tolong la,,,,



MENJELANG POLITIK KAMPUS UPSI 2011/2012

Salam pujangga, sebagai pemerhati bebas, tertarik saya untuk menulis artikel ini kerana melihat apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2011, tahun yang pastinya menjanjikan satu gelombang atau fenomena "dahsyat" yang pada saya ia sangat menarik untuk diperhatikan.

Pilihan Raya Kampus(PRK), apakah perjuangan mereka? apakah yang dikejarkan? betapa rendahnya nilai etika mahasiswa itu sendiri dengan terang-terangan mengutuk orang lain tanpa rasa malu? Jika benar, mengapa perlu mengutuk? Mencaci, dan sebagainya. Inilah yang sedang bermain difikiran generasi pendatang baru sekarang(junior) Benar, ini politik dan saya pasti ramai yang sudah tahu bahawa politik itu kotor. Tidak mengapa, hal ini saya lihat dari pelbagai sudut. Antara yang menarik disini ialah sejauh mana sesebuah parti itu mampu menggoncang universiti. Disinilah para bijak pandai kita dilahirkan. Diharapkan adik-adik kita tidak terlalu "culture shock" dengan fenomena ini.

Sebelum ini, PRK yang disertai oleh calon pemimpin akan berdepan secara 1 lawan 1 dimana mereka ini adalah dari kalangan ASPIRASI (Pimpinan Bitara) dan PRO-MAHASISWA (Mahasiswa Pendidik). Dari jumlah kemenangan lepas, Aspirasi sering memenangi 2/3 kerusi MPP. Namun kita perlu sedar, dan jangan mudah berasa selesa terlalu lama. Akibatnya, sedar tidak sedar wujud pula pihak baru yang dikenali sebagai Legasi Mahasiswa Progresif (LMP). Ternyata pada tinjauan saya mereka ini wujud dari kalangan orang yang tidak berpuas hati terhadap universiti dan lebih kepada "psyco" dan perang saraf. Saya mengakui strategi serta "kambing hitam" mereka (LMP) sangat rapi dan agak radikal berbanding yang sebelum ini (MP dan PB). Dalam hal ini, saya juga berfikiran secara "bebas" dengan beranggapan bahawa mereka(LMP) adalah parti komponen kepada Mahasiswa Pendidik. Hal ini juga kerana setiap perbuatan yang dilakukan oleh MP sering mendapat liputan positif didalam medium penyiaran LMP walaupun isu yang sama juga diperjuangkan oleh PB. Mungkin juga barangkali LMP ini sekadar "POLITICAL MONSTER" yang hanya bijak mencipta pelbagai isu, itu saya kurang pasti. Apa yang saya harapkan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertumpahan darah dan maruah seperti yang saya lihat di universiti-universiti "HARDCORE" yang lain.

Sehingga kini saya masih menilai sejauh manakah kemampuan pihak-pihak ini untuk tampil sebagai seorang pemimpin. memetik ungkapan saudara Zulhusni Bin Zulkifli, pelajar semester 8 dan juga seorang pemikir bebas yang saya sangat kagumi. "Minggu hadapan, Produk-produk Pendidik berjenama UPSI akan mula menimba pengalaman, mencurah bakti & mewarnai suasana pendidikan di seluruh Negara. Demi agama, bangsa, nama baik universiti dan negara, ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita buktikan bahawa produk berjenama UPSI adalah yang terbaik selaras dengan motto UPSI, "Komited Dalam Membawa Kelainan Dalam Pendidikan Negara".." Ungkapan ini sangat besar maknanya, Bagi saya, untuk memilih calon itu usahlah kita lihat pada tiketnya, pada jelita mahupun tampannya, pada pengaruhnya, tapi pilihlah calon yang berjiwa kental, sanggup menjalankan tanggungjawab, mengharumkan nama UPSI, mencipta budaya baru yang harmonis dan yang paling penting adalah semangatnya semangat anak MELAYU!, . Jika ini yang kita lakukan, nescaya calon kita adalah calon terbaik dari kalangan yang terbaik. Pepatah inggeris, "don't judge a book by it's cover". ya! Persetankan atas tiket apakah calon itu, kerana kesilapan memilih sangat merugikan.

Melihat kembali wajah-wajah peserta kursus kepimpinan yang lepas, saya yakin dan percaya bahawa anda adalah pejuang anak bangsa. Sangat bangga melihat peserta kali ini hadir dengan gaya dan kualiti tersendiri.

Apa-apa pun, harapan saya, dan juga mungkin harapan TNC kita (Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah binti Ayob) kepada bakal Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 agar bersedia menjalankan tanggungjawab yang diberikan, lakukan sesuatu yang boleh menyaingi Universiti Antarabangsa, jangan amalkan rasuah, jangan menindas orang yang lemah tapi sebaliknya menjadi mentor untuk warga mahasiswa biasa seperti saya untuk dijadikan sumber inspirasi. Sedarlah anda sedang mencipta satu lagi sejarah UPSI. Selamat Berjuang sahabat sebumbungku.

Related Posts with Thumbnails