Rabu, 28 Januari 2015

KATA RAJA SHAMRI DAN SEBAHAGIAN PERNAH AKU ALAMI

Nanti kalau ada masa saya nak bercerita :-

tentang zaman belajar saya dibenci, dipukul, dibuli oleh segelintir rakan sebab baik dengan cikgu, sebab selalu duduk depan dalam kelas, suka tanya soalan dsbg.

tentang zaman awal saya kerja makan gaji di kutuk, dibuli, di pukul oleh rakan sepejabat hanya kerana saya baik dengan bos, outperform achieve target setiap bulan, naik pangkat cepat dsbg.

tentang zaman saya mula2 belajar nak jadi usahawan, dipujuk untuk berhenti kerja oleh kawan baik dengan tawaran kerja lagi tinggi jawatan lagi best ... yg akhirnya bos yg tak bayar gaji sampai kereta saya nak di tarik, makan 3 hri sekali, 3 bulan tanpa sesen duit, saya ambil duit jualan syarikat untuk beli nasik tapi dikata pecah amanah walhal gaji sayapun tak di bayar 3 bulan lebih ...

tentang hari ni musuh2 zaman sekolah dan zaman dulu2 tu masih lagi menfitnah saya macam-macam ... masih tak puas hati ...
tentang orang kita tak suka tengok orang lain berjaya
tentang orang kita tak suka dampingi orang yg berjaya
tentang orang kita tak suka tengok orang lain di atas
tentang orang kita yang mudah percayakan fitnah
tentang orang kita yang tak boleh nilai peribadi seseorang
tentang orang kita yang buta hati yang mana hak dan batil
tentang orang kita kuat dengkinya
tentang orang kita yang susah nak maju
tentang banyak perkara ...
Kerana terlalu lama saya diamkan diri tidak menjawab
Mungkin dulu kita sangat miskin untuk menjawab
dah abah selalu pesan ...
biarlahhh ... biar Allah balas katanya ... wink emoticon
Rupa2nya semua orang2 yang hebat2 juga melalui fitnah dan ugutan seperti ni ...
Semoga saya dan tuan2 sentiasa Allah selamatkan
dari fitnah orang2 fasik seperti ini ... di berikan kekuatan dan kesabaran yg tinggi serta istiqamah dalam perjuangan ...

Wallahu'alam

Selasa, 27 Januari 2015

AKU KIDAL

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
 
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
 
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
 
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.
 
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.
 
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).
 
7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
 
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
 
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.
 
10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.
 
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
 
12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
 
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
 
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
 
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
 
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
 
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Isnin, 26 Januari 2015

MIANG KHAM...? APA TU..?

MIANG KHAM ni adalah makanan ringan dari Thai, ia menggunakan daun kaduk sebagai main utama dalam menu ni..hehe.. Nak try ka? haa..buat la sendiri yer... bahan2 dia simpla jaa...




BAHAN UTAMA :
Daun kaduk muda secukupnya...

BAHAN SOS :
200 g gula melaka, dipotong kecil*
200 ml air*(*dimasak hingga gula larut, angkat dan tapis)
2 camca besar sos ikan
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji bawang merah, jangan dikupas
1 cm halia, jangan dikupas
1.5 cm lengkuas, jangan dikupas
50 g kelapa parut

BAHAN ISIANNYA :
6 biji bawang merah, didadu
3 biji limau nipis, buang kulit dan biji, potong kecil
8 biji cili padi merah dan hujau, hiris halus
2 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan goreng tanpa minyak hingga garing
3 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, dan hiris halus
100 g kacang tanah, digoreng tanpa minyak hingga garing, dan cincang kasar (mat guna sebiji2)
80 g kelapa parut putih, digoreng tanpa minyak hingga perang
10 g halia muda, buang kulit dan potong kecil2
1 kuntum bunga kantan, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :
Daun kaduk, dicuci dan lap kering2. Ketepikan. Panggang, bawang merah, halia dan lengkuas hingga harum, kupas kulit, potong kecil dan ketepikan. Goreng tanpa minyak kelapa parut hingga perang. Kisar bahan2 tadi dalam alat pengisar bersama sedikit air hingga halus. Dalam sirap gula melaka tadi, masukkan sos ikan dan bahan2 kisar dan gaul hingga semua rata dan sebati. Ketepikan.

Ambil sehelai daun kaduk bersih tadi, letak sedikit, setiap bahan2 isian tadi. Curahkan sos dan lipat daun kaduk seperti orang makan sirih. Makan dan nikmati dengan sabar dan tenang.....

Mcm pelik,,,tp sedap... mgkin xserasi dgn lidah lagi kan..mcm2 la feel dia..ahahha
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails