Sabtu, 14 Januari 2012

TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani.

8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.

11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.

15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslim).

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:

Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur.

Gempa bumi di Barat.

Gempa bumi di Semenanjung Arab.

Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Khamis, 12 Januari 2012

BER"WESTERN" DI SUNGAI SAMAK...

Cerita lewat ni,,,hi3...


Pada 8 Januari 2012, kami geng2 kamcing p lepak2 kat sungai samak. Tak pernah rasa seseronok nie,,,betul. haha... Nak dipendekkan cerita, janji nak gerak dalam jam 8....ahha... janji melayu kan,,, tup2 jam 10 baru gerak...

Time tu la bru cari kuali, time tu la bru cari sudu, bru nak cari makan....hahahaha
Pastu kawan aku si Nora tu boleh plak dia cakap "Cawan tak penting"....cehhhh,,hampeh.. ingat nak minum dengan tong ka apa!!ahhaha.. Teringat kata-kata adik aku (link)... so, aku n mirul pegi je ke kedai dan beli barang yang mane perlu seperti CAWAN..!! kannnn....ahhah

Nak dipendekkan cite lagi, masa beli barang2 kat kedai tu, terserempak dengan Naim (NYDP UKLK). Bual2 jap tanye nak kemana, kitorg ckp la nkp Sungai Samak. Dia pun cakap nak kesana jugak sebab ada Hari Keluarga JMK UKLK. Tempat yang kami planning nak pegi,,,!! hayyoi....

So, kali ni nak pendekkan cerita juga...ahha
kami alih lokasi lepak2 kami ke depan cikit dibawah jambatan. view lokasinya menarik sangat... tempat yang landai tu..hu3

Kali ni, sempat jugak anuar kena telur sebijik kat belakang...huhuh.. sempena harijadi dia yang jatuh pada 7 Januari yang lalu...hi3

------------------------------------------------------------

CORETAN GAMBAR EDITING

Kamarulzaman n Vespanya...

Masak kacang panggang...hu4

Goreng nugget tempura n hot dog

it's me...

Jemput makan..hu4

Mandi manda...


uuu..sejuk....huhuhu

Pada ketika ini, Anuar masih tersenyum....kih4

kami...!!



Akhirnya senyuman nuar terlekat di belakang...hahaha.. 
(telur pecah)


ok, tu je utk hari ni...huhhuu


p/s : masih busy tp masih boleh mencari masa utk kawan2...huhu


Rabu, 11 Januari 2012

PENYERAHAN TERAKHIR...

Sepanjang 3 sem kat UPSI, sem ni asenyer yang banyak kerenah sikit. Bermacam hal yang berlaku sampaikan ada sesetengah perkara cukup mengganggu emosi terutamanya ketika minggu-minggu exam. 


Hari ini tanggal 11 Januari 2012 tepat jam 5.17 petang, tugasan terakhir telah selamat diserahkan kepada pensyarah ( Dr. Roskang Jailani ) untuk subjek Kreativiti Dalam Seni Visual. Semua kawan2 yang bukan dari Pendidikan Seni hairan, hujung sem masih ada lagi assignment.  Betul, memang ada lagi sebab kebanyakkan kursus yang ditawarkan dalam Jabatan Seni tidak mempunyai peperiksaan tetapi projek akhir. Sebab itulah juga ada sesetengah pelajar seni akan bercuti lebih lama daripada pelajar kos lain...hu4.

---------------------------------------------------------

Tadi, masa hantar assignment, saya diTEGUR oleh Dr Roskang kerana hantar lambat sepatutnya dia terima kesemua tugasan tu pada waktu pagi. "Nak buat macam manakan, 1 kumpulan bukan 5 orang tapi 35 orang, so, bermacam kerenah la semasa nak hantar assigment tu." Tapi Allhamdulillah, sebab subjek nie tidak melibatkan penggunaan duit yang banyak kerana sekadar beli sekeping CD dan semua tugasan pelajar dikumpulkan dalam satu CD. Senangkan? haha,,,, save our earth...huhu. Ada seorang je teman yang tak hantar tugasan, kenapa? saya sendiri pun tak tahu, orang lain semuanya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan tapi boleh pulak dia duduk bersahajakan?...

Terasa lega sekejap kerana yang wajib dalam pengajian sem ini telah selesai tetapi "tugasan lain masih beratur menunggu untuk dilangsaikan"... Tugasan apa? mesti anda tahu bahawa ianya adalah soal kehidupan dunia dan kehidupan akhirat...bukan?

----------------------------------------------------------

Selesai semua tugasan baru la kami ( Jo, zamey n mirul ) pegi keluar makan. Makan? yes... makan. Setelah dari pagi sampai tengah hari, tengah hari sampai petang tunggu kawan2 meng"emel"kan segala bagai tugasan yang diperlukan. Kekadang kesal juga dengan sesetengah kawan nie, ada yang tidak mahir tentang penggunaan emel, print skrin dan segala bagai berkaitan dengan menda mudah nie. Bukan mengutuk tetapi realiti yang aku alami sekarang nie. Tapi demi kawan, dengan sabarnya aku ajar ( klau aku sempat, kekadang kwn2 y lain juga membantu,,,ahah itulah gunanya kawan...syg kawan ketat2,,,ahahha ) [jgn marah yerr kwan2...hi3]



makan-makan kat kedai siam. Bersebelahan SMKJ Katolik. Tanjong Malim.

------------------------------------------------------------------------------------

Balik terus ke kolej selepas makan, planning nak balik umah,, tup tup, singgah kat tepi sungai KHAR bersebelahan Bahtera Arked. Lepak ngan geng2 nie. Junior-junior pom ade jugak...hu3.. ok la..





lepak2 je la,, exam dah abis kan,,,huhuu

oklah teman, tu je untuk celoteh petang nie,,hu3... (jarang taip panjang nie,,,hahah)


p/s : malam je meeting, meeting je malam.. hak2..

Selasa, 10 Januari 2012

APA KATA HARI ESOK...

Apa kata hari esok...
Anak2 kita pegang komputer
Terhuyung-hayang ke sana ke sini
Tiada perlu bantuan lagi...

Apa kata hari esok...
Lilin ditiup menyambut Hari Jadi
Majlis tari menari ganti kenduri
Doa bertukar jadi menyanyi...

Apa kata hari esok...
Masjid dan surau tempat yang usang
Serban dan kopiah Pak Lebai di muziumkan

Apa kata hari esok...
Pulang ke kampung "Hello mummy"
Balik ke bandar "Bye-bye Daddy"
Yang lelaki pakai subang
Yang perempuan dah macam beruang..

Apa kata hari esok...
Bahasa ibunda dicemari
Populasi, meditasi motivasi
Persepsi, inovasi, produksi,
Evolusi dan mungkin seksi..heeee



p/s : Kepada semua..ape kate kita jenguk kembali ke tempat asal. Jaga budaya dan juga akhlak..
        Kerjasama di terapkan..Agama di utamakan..


MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, 
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Sabtu, 7 Januari 2012

WE LOVE UPSI

SAYA SAYANG UNIVESITI SAYA.....



Kerana dia saya dididik untuk....
1. Menjadi seorang manusia yang berakal
2. Menjadi seorang manusia yang berwawasan
3. Menjadi seorang manusia yang beriman
4. Menjadi seorang manusia yang kenal erti persahabatan
5. Menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab
6. Menjadi seorang manusia yang bijak menilai
7. Menjadi seorang manusia yang berkepimpinan
8. Menjadi seorang manusia yang kenal erti pengorbanan
9. Menjadi seorang manusia yang bersabar
10. Menjadi seorang manusia yang kenal erti kehidupan
11. Menjadi seorang manusia yang .......... segala-galanya

TERIMA KASIH UPSI...
AKAN KU KENANG JASAMU....
KAU TIDAK MEMANGGILKU....
TAPI AKU YANG PERGI KEPADAMU....
AKU TAK AKAN JADI MANUSIA LUPA DIRI SETELAH KAU MENGAJAR SEMUANYA :)

U NEVER KNOW HOW THEIR LIFE...

Petang nie nak kongsi satu cerita yang saya copy & paste dari laman FB...


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...

~ Copy and Paste ^^ ~

STILL MYSELF

Semester 3 hampir ke penghujung... semakin kurang aktiviti yang kita boleh buat bersama-sama bukan...?

~~adik aku cakap : 'benda kecik je punnn..'~~

sebab benda kecik nie la, aku semakin tak kesahhh.. Sedikit mase lagi, aku lepaskannya...ahaha. Sabar ye sabar...

-----------------------------------

sometime im happy
sometime im not
sometime i hardworking
sometime im not
sometime im silent
sometime im not
but how many sometime on my mind
im still myself

Jumaat, 6 Januari 2012

SETIAP KALI MESTI LEPAS...hurmmm

"takpe la, xde rezeki"

"ala....hurmm,, bia je la.."

"hebatnye dia, tapi akuuuuu... xsetanding dia."

"gilerr mantop ahh mamat tuh,,,,!!  xmampu dowh nk lawan..."

"lantak p la, dah dia mmg hebat.."

----------------------------------------------------------------------------------------



ayat2 sebegini la yang selalu kluar dari mulut aku,, kan kan kan.. korang pernah x? huhuhu. Tipu la kalau tak pernah. So, entri kali ni pasal kemampuan...

yess,,!! K.E.M.A.M.P.U.A.N = KEMAMPUAN

see,,, ?

Memang la kita selalu akan tempuhi situasi-situasi seperti ni, DAN
yang penting kita ade kemampuan, semangat dan fokus matlamat kita.......
Kalah, Salah = benda kecik.

Sekurang-kurangnya ia bagi kite sedar cikit, idup jangan nak blagak, jangan nak hebat sebab ada lagi yang lagi hebat dan semua ni adalah PEMBANGKIT SEMANGAT...

perghhhhh... TERBAEKK ahhh,,,,,,,

For me : DONT GIVE UP, TRY HARD n WHAT EVER U DO, U MUST FOCUS.....


                 ----------------------------------------------------------------------------------------



Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME..


Kalau kuliah, agak2 boleh x? hihihihi

Khamis, 5 Januari 2012

WORK DONE IT...

Kekadang diri memang tak sekreatif orang lain... masih takde keinginan untuk membolehkan kemampuan diri senada dengan orang lain.

Tak nak lebih, tak nak kurang tapi sedang-sedang...

usaha semampu yang boleh kan... hu4

4 studio semester ni, dan dibawah adalah hasilnya...

Studio Tembikar

Studio Catan

Studio Kayu Halus

Studio Rekabentuk Hiasan Dalaman

sudah 3 LANGKAH di UPSI. ada 5 LANGKAH lagi dan yang pasti setiap sem
pasti pengakhirannya kurang menarik....

kurang menarik? haha,, ade la...



p/s : hidup kalau tak kreatif tak seronok....hahah

Rabu, 4 Januari 2012

MERINDUI KERAJINAN YANG DULU...


Al-quran itu kenal siapa sang perindunya, ia kenal siapa yg bersengkang mata , ia kenal siapa yang menghayatinya, mengamal segala ahkamnya, memperjuang segala perintah, seruan serta petunjuknya..jadi berbahagialah wahai generasi al-Quran!! pada zaman manapun dirimu berada.cukuplah engkau faham erti menjaga dan mengamalkannya!! Moga kita memperoleh kemanisan bersamanya..amin..



Isnin, 2 Januari 2012

BENDA KECIK JE PUNNN...

Saya bercakap dengan adik saya....

"Adik, banyak benda yang Abe buat nie selalu tak tercapai n selalu mengecewakan...."

Jawapan adik saya;

“Alah, benda kecik je pun.”



Nak dipendekkna cite, bercakap dan meluahkan perasaan pada orang lain meletakkan kerisauan dan kekecewaan kita dalam perspektif. Benda yang kita anggap besar pada kita tu, sebenarnya kecil gila pada orang lain (walaupun saya telah cuba explain pada adik saya how it disrupt rhythm life saya ni). Bila berfikir balik, betul lah saya rasa.

To be upset over what you don’t have is to waste what you do have.

Banyak sangat benda-benda best yang berlaku dalam hidup kita ini, kita lupa untuk berterima kasih, lupa untuk menikmati dan lupa untuk meminta supaya ia tetap berterusan dapat kita nikmati.
Count your blessings! 

BERHENTI KECEWA! ye haaaaaaa.........


wait...wait...!! mampu ker? hadhoooiiii......... 

hurrmmmmmmmmmmm...... apapom xbleyy,,,, hu3

Ahad, 1 Januari 2012

SAAT MELANGKAH MATANG


Jam menunjukkan pukul 4:08AM, bertarikh 01/01/2012. Tak payah nak gembira sangat bila masuk tahun baru. 06/01/2012 n 10/01/2012 ni ada final exam. Berhappy new yearlah kau dengan nota-nota dan kertas-kertas yang dipenuhi fakta dan persoalan. 

Aku bersyukur di saat aku tersungkur pada 2011, ada insan yang sanggup membimbing aku sampai ke tahap yang aku sendiri tidak percaya aku pun boleh berada di tahap ini. Aku bangga dengan diri aku. Dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasan hati beliau dan mereka semua.

Di saat orang lain meraikan tahun baru, aku di bilik kawan aku untuk menyiapkan asignment yang tertunggak. Sekadar wasilah. Segala ketentuan hanya dengan kehendakNya. Harap esok aku bisa lagi menghirup udara segar 2012 dan melihat sinar mentari 2012. Walaupun tahun dan berganjak ke hadapan, tapi usiaku tetap 22 tahun sebab belum sampai di tarikh kelahiranku. Alam 20-an ini memang amat perlu berkira-kira dengan usia. Tapi first impression, orang akan cakap aku ni dah berumur 26 tahun,,,kekadang tergelak jugak sebab muka aku ayah-ayah sangat...ahah. Sebenarnya aku masih lagi memilih untuk single walaupun kawan-kawan lain ada dah couple, yang dah mendirikan rumah tangga dan dah jadi bapa. Biarkan. Itu rezeki dan kebahagiaan mereka. Semoga keinginan dan kemahuan mereka tercapai. Kekadang, ada y cuba laga2 kan aku dengan kwn perempuan y lain. Its mean laga2 bukan gaduh tau,,hahaha. Suh aku couple la,, tp ntah la... perasaan nk couple tu belum sampai lagi kot. Kalau ada  kawan cuba buat macam nie, aku layan je la,,,ahaha

Pelbagai cabaran kita akan tempuhi, sekarang yang masih hangat di kampus adalah isu Adam Adli + Politik Luar + kerenah mahasiswa dan bermacam lagi. Soal ini, kena tanya empunya badan la yer, antara kesenangan untuk belajar dan menamatkan pengajian dengan cemerlang atau sekadar menjadi titik hitam yang merosakkan cerita sebenar kita belajar disini.

Mati semakin hampir. Kiamat semakin dekat. Aku harap iman kita semua masih lagi teguh dan tidak bergoyang. Pabila berada di saat kebuntuan, berselawatlah dan ucaplah kata-kata istighfar. Semoga landasan kita kembali lurus dan tidak menjurus ke kancah hina. Kepada yang sedang bercouple, kahwin lah cepat. Jangan risaukan kewangan. Allah ada pasti membantu niat murni kalian semua. Yang penting, hindari dosa dan maksiat yang sekarang makin bersepah merata.

Akhir sekali, jaga akhlak. Jaga tingkah laku. Jaga kata-kata. Jangan berbangga dengan dosa yang anda lakukan. Jangan takabbur. Jangan sombong. Jangan sesekali berbangga jika anda berjaya berubah menjadi jahat dan liar. Sesungguhnya itu bukan pilihan tepat. Semoga berjaya.
Pesanan untuk diri sendiri dan teman-teman yang disayangi.

SEMOGA TERUS SUKSES UNTUK TEMAN2 SEPERJUANGAN

Sekian terima kasih.
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails