Khamis, 2 Ogos 2012

6 TOPIK YANG SELALU DILUAHKAN DALAM FACEBOOK BERDASARKAN KAJIAN PSIKOLOGI





Seperti yang anda semua ketahui, setiap manusia membawa perwatakan yang berbeza-beza. Begitu juga dengan cara mereka berkomunikasi didalam laman sosial. Untuk artikel kali, top5 akan nyatakan 6 topik yang selalu diluahkan didalam facebook berdasarkan kajian psikologi. Pasti salah satu topik yang akan dinyatkan berkait dengan anda.

Persaingan- Kebanyakan pengguna fb suka menyatakan mengenai pesaing dalam halaman mereka. Luahan ketidak puasan hati terhadap pesaing adalah menjadi tajuk utama. Lebih daripada 70% yang gemar menjadikan perkara ini sebagai topik adalah wanita

Bercerita tentang diri sendiri- Perkongsian sudah menjadi trend untuk masa kini. Ramai yang selesa untuk berkongsi apa yang mereka sedang lalui. Mungkin masyarakat sekarang lebih bersikap terbuka.

Pendapat politik- Laman sosial juga sering digunakan untuk meluahkan pendapat fahaman politik seseorang. Lebih daripada 75% yang suka menjadikan topik ini sebagai isu adalah lelaki. Mungkin cara ini adalah terbaik untuk mereka mencari pengikut yang tersendiri.

Menunjuk- Laman sosial juga adalah merupakan salah satu tempat paling mudah untuk mereka menunjuk sesuatu barangan yang mereka miliki. Mungkin cara ini dapat memberikan mereka kepuasan peribadi.

Berhubung bersama rakan- Walaupun tujuan utama laman sosial dibangunkan adalah untuk memudahkan komunikasi anda bersama rakan, tetapi kajian menunjukkan bahawa kurang daripada 40% menjadikannya sebagai tujuan utama.

Agama- Ada sesetengah pihak yang bijak untuk menggunakan laman sosial  sebagai tempat untuk penyebaran agama. Tetapi peratus pengguna fb yang melakukannya adalah amat rendah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails