Jumaat, 17 Ogos 2012

RAMADHAN SYAWAL

Alhamdulillah, sehingga ke penghujung ini aku dapat menikmati Ramadhan walaupun tidak penuh sujud kehadratNya.

Perasaan yang sentiasa bercampur baur ini membuatkan pelbagai perasaan yang timbul. Lumrah kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Pada wajarannya, aku masih seperti dulu pada level mendatar, tiada perkara yang luar biasa mahupun perkara istimewa yang aku lakukan. Menyingkap kembali kisah-kisah silam adakalanya perit untuk di simpan. Mungkin ada yang berkata, "ahh..lelaki pun ada perasaan sebegitu?"


A'a.. memang ada, tapi pada zahirnya lelaki tidak akan menjelaskan reaksi itu pada wajahnya. Dalam hati biar dia dan Allah sahaja yang tahu. Untuk menjadi mukmin sejati bukan mudah dan teramat payah. Ianya memerlukan kesabaran pada kadaran yang kalau boleh di tahap maksima. Tapi aku...

Aku tidak mampu bertahan. Segala perkara yang wajib aku lakukan seperti biasa tapi tidak ada masa tambahan untuk mendekatiNya. Ya Allah..... sudahlah hari-hari biasa aku masih biasa,  dalam bulan Ramadhan juga aku pada kadaran biasa.........

Kini Ramadhan hampir berlabuh pergi. Aku bersyukur untuk kenikmatan Ramadhan kali ini..Kehadiran Syawal hanya biasa pada hati ku.... Subhanallah.. Aku mohon kepada Mu Ya Allah,,, jangan hilangkan nikmat-nikmat Ramadhan dan Syawal dari hati ku Ya Allah.


Selagi mampu berdiri, tetaplah berdiri, selagi mampu bertahan, biarlah sampai ke garisan penamat.
Kata-kata ibu adalah doa waima kata-kata buruk sekalipun..



2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails