Ahad, 7 Ogos 2011

Chapter 1/3 : MEMBESAR DENGAN SEMPURNA

Hari ini 7 Ogos 2011, anak saudara aku sudah berumur 851 hari ( 2 tahun setengah ). Comel orangnya, nakal dan suka buat kacau..


NUR DANIA MARISSA BTE GHAZALI
gambar bertarikh : 25 Ogos 2009
Umur : 112 hari

Lahirnya anak kecil yang comel ini di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Gembiranya aku bukan kepalang kerana "Maricha" (panggilan manja) merupakan anak saudara yang pertama aku, kerana maricha anak kepada kakak sulung aku dan aku anak yang kedua. Lahirnya dia mengisahkan pelbagai peristiwa suka dan duka dalam hidup aku. Ianya ringkas tapi bermakna bagi aku

Ketika umurnya 3 hari, Umi dan aku bertolak ke Johor Bharu untuk melihatnya kerana kakak aku tidak biasa dalam keadaan ini. Pada masa itu, umi dan aku berada disana selama seminggu menjaga kakak dan maricha. Pada saat dan ketika itu aku sangat teruja kerana apa?

Kerana sudah 15 tahun dalam keluarga kami tidak ada "orang kecil". Adik bongsu aku pun sudah 15 tahun, dah besar dah....hahaha


Lokasi : Belakang rumah
Tarikh : 14 September 2010

Semakin cantik orangnya. ,,hi2

Ceritanya..
Permulaannya, ialah ketabahan dan semangat untuk meraih kembali kejayaan. Kenapa? Aku pernah gagal dalam STPM 2008, semua sahabat telah melangkah ke hadapan, tinggal aku seorang yang masih memikirkan masa hadapan. Dipendekkan cerita, aku tekad untuk menggapainya sekali lagi. Lantas, kehadiran maricha telah membuatkan aku semakin bersemangat untuk belajar.

Menjaganya setiap hari bersama ummi dirumah sambil mengulangkaji pelajaran,,,oohhh,,indahnya,,,ahahha.
waktu pagi sebelum ke sekolah, aku jaga maricha dahulu sambil tunggu ummi aku mandi, lepas itu baru lah aku ke sekolah.

Tengah harinya, apabila pulang ke sekolah, aku pergi beli lampin di pasaraya (masih beruniform). Orang memandang aku yang tercari-cari lampin yang mana untuk anak saudara aku. kemudian satu suara dari belakang ;

Pekerja : Cari lampin anak ke encik (sambil pandang aku atas bawah)
Aku : Iye la,,,, nak cari pampers dry,,,size S
Pekerja :  tu haa,,encik,,kt bwah,,, (lepas tu dia beredar, lantas mengomel-ngomel dengan rakannya sambil memandang aku)
Aku : terima kasih,,,,(sambil senyum tetapi dalam hati,,,ape daaa)
aku berlalu pergi ke kaunter untuk membayarnya.

*bersambung

3 ulasan:

Related Posts with Thumbnails