Khamis, 11 November 2010

Anime Naruto


Salam Semua

Cuti yang panjang nie kekadang boring gak tambah2 plak web mysis.upsi.edu.my untuk add course sem depan tak berfungsi dengan baik.. so bad,,,hu3

Dah 3 hari aku tunggu nak masuk web nie,,tp masih xdapat nak daftar. adoi,,,, abis semua keje, holiday n sume kejadah yang aku nk buat kna cancel,,,hahaha

nak tangkap ikan gapi y terlepas mase banjir pom xdapt, nk kejar itik aku pom xdapt,,asyik tunggu mysis UPSI je,,,geram wei,,,!!ahahha

sementara tunggu mase terbuang nie,, layan la Naruto Sipudden nie sat. best gak
(mak aih,,dh besar pnjng pom layan kartun lg ker?,,haha5,,tu persoaln y akan timbul bukan?hi3).
Aku nie sejak kecil memang minat kartun,,hahah especially kartun bentuk manusia normal,,,mmg aku suka,,ahah..

study untuk exam xde la bersungguh sangat,,haha,,sebok nk tgok kartun je,,,
jom follow aku,,kite story mory secara ringkas pasal naruto sat,,,



sape yang suko tgok naruto? klik like,,,ahaha
xde la,,,saje je
berbalik kepada cerita tadi,,siri anime jepun ni adalah antara siri anime paling popular di malaysia (xde statistik ok),,, selain Naruto, anime jepun seperti Bleach (TV3) dan Tonight Crusader (ditayangkan di NTV7 pada 2008) turut mendapat tempat dihati penonton.

Mengikut http://id.wikipedia.org/wiki/Naruto , anime dan manga naruto merupakan karya Masashi Kishimoto. Ceritanya berkisarkan tentang Uzumaki Naruto seorang ninja remaja yang bersemangat waja, hiperaktif dan nakal serta mempunyai impian yang sangat tinggi iaitu untuk menjadi Hokage di kampungnya.

Uzumaki Naruto

Manga (Komik) Naruto yang pertama telah diterbitkan pada 1999 oleh Shueisha tetapi dalam Majalah Shonen Jump edisi ke 43. Kehadiran manga naruto dalam dunia komik telah mengatasi Dragon Ball karya Akira Toriyama. Kekuatan Anime dan Manga Naruto adalah pada teknik ninja yang pelbagai serta jalan cerita yang menarik. Keadaan ini menjadi faktor utama dalam kejayaan Anime Naruto di persada hiburan kanak-kanak mahupun golongan remaja dan dewasa.

Di Malaysia, anime Naruto ditayangkan di TV3 dan pada masa sekarang, anime ini telah berada dalam episod Naruto telah meningkat remaja dengan tajuk Naruto Sipudden.
(Cerita secara ringkas)
Pelbagai kisah semakin konflik yang berlaku mencabar kekuatan dan ketabahan Naruto dalam mengharungi kehidupan bersama rakan-rakan ninja yang lain. Dalam episod kali ini, misi yang utama adalah untuk menyelamatkan rakannya iaitu Uchiha Sasuke dari Orochimaru.

Uchiha Sasuke

Dalam misi menyelamat rakannya itu, pelbagai peristiwa yang berlaku dan terpaksa ditempuhi. Situasi cerita ini semakin menarik dan banyak flashback yang dibuat supaya penonton faham kenapa ianya berlaku (kadang2 geram jugak, banyak sangat flashback,,,ahaha).

Sekiranya kalian adalah peminat siri anime naruto, anda juga boleh ke http://id.wikipedia.org/wiki/Naruto dan http://ms.wikipedia.org untuk mendapatkan sedikit sebanyak tentang anime jepun ini.

Bagi aku, karya anime jepun ini adalah sesuatu yang menarik kerana ceritanya yang unik dan sesuai utk ditonton seisi keluarga (kalau minat la,,,,ahhaha)

--------------------------------------------------

Sebagai seorang cikgu seni, aku amat menghargai semua karya figura manusia sama ada lukisan, komik ataupun siri kartun kerana ianya adalah lebih sempurna dan cantik untuk dilihat. Bakat pelukis yang dianugerahkan oleh Allah ini patut disyukuri dan digunakan dengan sebaik mungkin.






*p/s : beria-ia je aku story pasal naruto,,haha. Dah nak msuk 2mgu aku layan Naruto Sipudden,,,keh3 dan aku juga dalam proses belajar lukis figura manusia,,,,hu3

6 ulasan:

  1. ermm...narUtOO...
    pas niyh bku wacana,kngaraan,sjrh n estetikk laa yer...

    BalasPadam
  2. ye! naruto sipuden! mmg best! kadang-kadang bile ak tengok cite ni,rse cam bersemangat plak! sbb NARUTO!!

    BalasPadam
  3. tu la,,,aku smgt gak tgok naruto,,ahhaha,,, ade geng la jwbnyer,,ahaah ~Music of Jeart

    BalasPadam
  4. correction...music of heart...bkn jeart....

    BalasPadam
  5. sorry wrong spelling,,,,ahhaks,,,,hha5

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails