Jumaat, 26 November 2010

SEJARAH KESEDARAN VISUAL di MALAYA #7

Pertubuhan dan Persatuan Seni

Penang Impressionist
Aliran dan gaya impresionisme dari Perancis tersebar di Eropah. Aktiviti luar studio secara berkumpulan jadi teras kepada penubuhan persatuan ini-terdiri daripada isteri-isteri pegawai Kolonial British di Pulau Pinang. Didaftarkan mengikut ordinan No.116 (pertubuhan) Seksyen 5 pada 2 Ogos 1899. Pertubuhan seni pertama di Malaya dan bergiat pada akhir abad ke-19. Ttiada rekod rasmi tentang tarikh penubuhan sama ada pada 1920 atau 1928 ataupun pembubarannya sebelum perang-terdapat dua orang tempatan dalam pertubuhan ini iaitu Abdullah Ariff dan isteri jutawan Cina iaitu Mrs Lim Cheng Kun. Kenyataan Redza Piyadasa dan Yeoh Jin Len perlu disangkal kerana menyatakan United Malayan Artist sebagai pertubuhan seni yang awal ditubuhkan di Malaya.terpengaruh dengan Aliran Romantisme Inggeris. Mereka menjalankan aktiviti merakam panorama kecantikan lanskap pantai dan darat sebagaimana yang dijelaskan oleh Sarnia Haves Hoyt :

Before the camera became a permanent appendage for travellers, even before the picture postcard became the means to share one's travel experiences, Penang was a fascating pictorial subject. The natural beauty of the island attracted artist whose scenes of the harbours, the hill, Fort Cornwallis and other points of interest are important visual document in Penang's history, as well as museum treasures.


Abdullah Ariff
Water Colour  1960
Tin Mine (bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya) 


Tay Hooi Keat     Water Colour
Houses on Stilts


The Singapore Art Club
didaftar pada 20 September 1929 beralamat Wesley Hill, Fort Canning, Singapura diikuti oleh Malayan Art and Crafts Society didaftar pada 16 September 1930 beralamat Raffles Hotel or 62 manakala Society of Chinese Artist telah ditubuhkan pada 1935 yang dipengerusikan oleh pelukis terkenal Liu Kang.

Penang Chinese Art Club
Nama asal persatuan ini ialah Penang's Ying Ying Art Society pada 1935 dan bertukar nama selepas Perang Dunia Kedua. Dipimpin oleh

  • Lim Cheng Eau ( Pengerusi )
  • Yong Mun Sen dan Lee Chong Yong ( Naib Presiden )
  • Quan Kwan Sim (Setiausaha)
  • Tay Hooi Keat ( Bendahari)
Penubuhan ini disebabkan reaksi terhadap Penang Impresonist dan sumbangan ketaranya adalah menyemarakkan lagi perkembangan seni visual di bahagian utara Malaya. Sumbangan paling bermakna ialah dengan menubuhkan Akademi Seni Nanyang pada 1937.


**bersambung...

2 ulasan:

  1. hey dude..i'm ur 66th follower..
    love my no!

    http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/berjimba-di-kota-keriangan.html

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails