Rabu, 21 Disember 2011

MELEWATI MASA...

Berjalan-jalan melewati waktu-waktu hidup ini.


Asalam kawan-kawan blogger. Rasanya semester ini amat jarang sekali ( penggunaan ayat lewah) aku mengupdate blog. Jari jemari hanya bergerak2 pada papan keyboard dan sekadar taip komen2 di FB sahaja. hurmmm,,,,,

Tinggal 2hari lagi untuk mengakhiri minggu kuliah dalam semester 3. Sedar atau tidak aku semakin menjejak dewasa ( katanya Amir Batrisya ). Banyak perkara yang dirancang tidak berapa nak menjadi bahkan yang lain pula terjadi...hahaha.


“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)


“Jom kita enjoy dulu, hidup ni cuma sekali ja.” “Masa muda cuma datang sekali, bila lagi kita nak berseronok?” Boleh jadi anda pernah terdengar percakapan seperti ini diucapkan, kebiasaannya oleh golongan muda remaja. Mengikut pemikiran biasa, rugilah sekiranya seseorang remaja menghabiskan umurnya tanpa merasai apa yang selalu diistilahkan sebagai “enjoy”, “relax”, dan “fun”. Malah bagi orang dewasa sekalipun ada kalanya berasa tidak puas dan selalu terfikir untuk mencari keseronokan-keseronokan yang baru, sebab “hidup ni cuma sekali, bila lagi nak merasa?”


Bagaimana anda fikir situasi ini? tepuk dada tanya selera bukan..?
Aku ni entah la apa yang mahu dibicarakan.
Antara hati dan perasaan.
Antara maruah dan pengorbanan.
Antara kehidupan dan kematian.
Bercampur baur.


Masa kian pantas berlalu. Dalam kelipan mata yang sempurna, sudah satu tahun setengah aku berada di alam universiti. Banyak kisah cerita suka dan duka. Terlalu banyak ( banyak kerr,,,ahahha). Dalam masa itu, aku cuba mencari waktu-waktu berkualiti aku. Cuba mencari waktu-waktu yang optimum untuk diri aku tetapi pencarian itu seakan-akan hampa.


Ya..betul, kita bukan insan sempurna dan tidak semua yang kita terima itu adalah manis2 belaka... (^__^)
Kali ini aku mahu berlari lagi, berlari dalam laluan aku sendiri.

Aku sayang kat kawan2 aku tapi nadanya sedikit sumbang tapi masih sedap untuk didengar.

Apapun aku yakin dan percaya dengan apa yang tertulis olehNya...
Aku ini hamba yang lemah...

Mungkin terlalu mencari jawapan untuk ketenangan hati membuatkan kita berfikir macam-macam hal.. sedangkan kita boleh melaluinya dengan ssebaik mungkin... ( pesanan untuk diri dan teman2 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails