Sabtu, 17 September 2011

Kisah Senyum...

Salam Sahabat blogger...
Entri kali ini ambo ingin berkongsi mengenai seorang hamba Allah yang bagi ambo begitu unik. Dalam usia yang muda setahun dari ambo, beliau begitu berbeza. Perwatakannya yang sederhana biasa yang pada awalnya ambo sendiri tidak kenal siapa dia sebenarnya.

Ambo mengenalinya semasa menjadi Sekretariat Minggu Suaikenal (SMS) untuk mahasiswa ambilan Disember 2010/2011. Ketika itu ambo berada dalam sekretariat Penerbitan & Informasi dan beliau dalam Sekretariat Latihan dalam Kumpulan (LDK)

Kenapa ambo menulis mengenai diri beliau?
Kerana ambo menganggapnya seseorang yang begitu matang dalam usia yang hijau. Mungkin kerana beliau adalah bakal Cikgu Kaunseling, jadi tidak hairanlah sekiranya, setiap tindakan dan hala tuju yang dirancang begitu tenang dan sempurna.

Siapa beliau?
Berjaket Hitam : beliau ialah Khudree Adha
Pelajar Kaunseling Semester 5
Jabatan Kaunseling di
UPSI

Luang sedikit masa dalam 3 minit sahaja untuk melihat salah satu kelebihan yang mampu menarik minat
para pelajar untuk mendengar dan dalam pada itu pasti ada yang inginkan perubahan.
Juara motivater seluruh IPTA pada semester lepas...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails