Isnin, 20 Disember 2010

PATUT KAH AKU BACA?


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut : " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara :
  • Hak kepada diri : mengurangkan tidur, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  • Hak kepada Malaikat maut : Menggandakan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.
  • Hak kepada Kubur : Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  • Hak kepada Munkar dan Nakir : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kepada Mizan ( Neraca timbangan amalan pada hari Kiamat ) : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kepada Sirat ( Titian yang merintangi Neraka pada hari Kiamat ) : Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kepada Malik ( Malaikat penjaga Neraka ) : Menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kepada Ridhuan ( Malaikat penjaga Syurga ) : Merasa redha kepada Qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • Hak kepada Nabi Muhammad S.A.W : Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah ( Hadith ), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kepada ALLAH s.w.t : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

p/s : tajuk tidak berkaitan dengan entri,,,hi3,,tu je,, mekasih
slamt beramal yah,,, ambo pom sama,,, kita sama2 berubah utk menuruti yang baik,, insyaallah

2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails