Sabtu, 18 Disember 2010

ANYAMAN

Salam kepada sahabat blogger, ambo nak bawa anda untuk mengenali anyaman. Memandangkan sem depan ambo ambil kursus Anyaman, so, jom kita kenali serba sedikit tentang anyaman.,,hi3


Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.


Jenis-jenis Anyaman


Anyaman Mengkuang 
yang dibuat menggunakan daun mengkuang. Contohnya : Tikar dan Tudung Saji.






Anyaman Pandan 
yang dibuat menggunakan daun pandan duri. Contohnya : Tikar Sembahyang dan dinding hiasan.






Anyaman Buluh 
yang dibuat menggunakan buluh yang sesuai. Contohnya : Bakul dan bekas pakaian.






Anyaman Rotan 
yang dibuat dengan rotan yang telah diproses. Contohnya : Tempat buaian anak.






Anyaman Lidi 
yang dibuat menggunakan Lidi Kelapa. Contohnya : Bekas Telur






Anyaman Ribu 
yang dibuat menggunakan paku-pakis ribu-ribu. Contohnya Bekas Serba guna





p/s : itu saja untuk pagi ni,,hi3,, sumber gambar tu ambo copy paste dari internet,,, TQ

5 ulasan:

  1. walaikumussalam..huhuu~~
    wahh~~anyaman...selamat menganyam laa untok ko n aQ jugakk erkk sem dpn..yoo~~

    BalasPadam
  2. huh!! anyaman sgt susah nk buat!! pening kepala kot!! hahahaha.. tp best! =D

    BalasPadam
  3. kna usaha dgn gigihnye la AfiQ wei,,,!!hahahhahahah,,,,xtau la cmna sem dpan,,kih3

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails