Sabtu, 20 April 2013

MOST LIKE VIDEO ANTI-CORRUPTION CONTEST #1

Hari ini akan berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan MOST LIKE VIDEO ANTI-CORRUPTION.

Pertandingan ini merupakan 1 program yang di anjurkan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dan aku selaku Sekretariat Radio merupakan pengarah program untuk pertandingan ini.

Pada awalnya, pertandingan ini merupakan 1 program yang telah dirancang oleh Alumni sesi sebelum ini, memandangkan pertandingan ini tidak sempat di langsungkan semasa sesi alumni, maka program-program yang tidak dapat dijalankan ditunda kepada sesi kami.

Dan aku telah menerima program ini dari pihak Majlis Tertinggi untuk dilaksanakan.

Majlis ini akan berlangsung pada jam 3 petang di Pentas Utama Bitarasiswa UPSI.
Harap majlis ini akan berjalan lancar. Amin

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails