Isnin, 8 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #3

8 April 2013

Jam 8 pagi aku ke sekolah. Berjumpa dengan cikgu seni. Bincang sedikit perkara yang hendak dibuat dan cikgu kata ok ja...huhu. Dan alkisahnya kena maklum juga kepada pengetua akan kehadiran aku ke sana. alhamdulillah sempat berjumpa dengan Pengetua baru. Tak sempat nak hafal nama, cumanya aku ingat namanya En. Kassim. Permohonan aku dipanjangkan kepada En. Wan Mazlan iaitu PK1. Ternyata berlaku sedikit salah faham dengan PK1. PK1 mengagak aku hadir untuk berpraktikal dan dia bertanya mengenai surat asal dari UPSI.


Aku agak tersentak, memandangkan salinan yang dibawa itu adalah surat biasa yang digunapakai untuk memohon mengajar 1 masa di mana2 sekolah. Waima, dia tetap membenarkan aku mengajar disitu untuk 1 masa.

Alang-alang di sekolah lama, perkara wajib adalah berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar aku. Agak penat dan perasaan segan tetap ada memandangkan hampir 2 tahun aku tidak menjejak ke sana. Banyak perkara yang dibualkan dan yang paling utama, tubuh badan aku juga yang diperhatikan...hahah..
Ya... aku semakin sihat. Cikgu kata aku dah kawen...alamak..!! kena kawen betul2 dah ni...ahaha.

Setelah berjumpa dengan cikgu2 yang mana sempat jumpa, aku bergegas ke pusat bandar untuk mendapatkan sedikit bahan di sana bagi penyediaan bahan bantu mengajar (BBM). Sedikit masalah berlaku memandangkan, di tempat aku, pendidikan seni agak tidak berkembang dan bahan untuk subjek pendidikan seni amat terhad. Tapi aku kira, beli bahan2 yang mana ada saja...

Malamnya aku persiapkan perkara sepatutnya, sediakan RPH untuk pengajaran esoknya.

Harap berjalan lancar...!! Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails