Ahad, 7 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #2

7 April 2013

Alhamdulillah, selamat sampai ke kg halaman. Tadi dalam perjalanan, bas mengalami sedikit masalah semasa di atas gunung antara laluan Gerik - Jeli, tapi nasib baik hanya sekejap dan kemudiannya bas meneruskan perjalanan seperti biasa.

Jam 5.10 petang aku menjejakkan kaki ke bandar Pasir Mas, nampak kelibat abah dan umi menunggu aku di seberang jalan dari pandangan tingkat bahagian atas bas. Nampak senyuman, rindu giler padahal baru ja  8 minggu meninggalkan mereka.....haha.. macam mana la bila betul2 jauh nanti. hurmm

Perjalanan kali ini agak tidak selesa, barangkali sudah lama tidak menaiki bas. Rasa mual, nak muntah, perut xselesa bercampur baur. Apa la kan? hahahaah... teruk bebeno bunyinya. Pada hakikatnya perasaan lain sebenarnya yang mengganggu.

Esok dalam jam 8 pagi mahu ke sekolah untuk berjumpa dengan guru Pendidikan Seni. Sudah lama tidak berjumpa dgn cikgu Saadah. Kali terakhir aku berjumpa beliau pada entri yang lepas (klik). Dan pada kali ini aku perlu berjumpa dengan beliau untuk menjalankan kajian berkaitan dengan Pengajaran Rekabentuk dan yang paling utama untuk mengambil 1 masa mengajar  dengan beliau bagi tugasan macroteaching yang perlu aku buat.

Perasaan kali ini agak bercampur baur, barangkali tidak biasa berhadapan dengan situasi sebenar. Ya...!! situasi yang membuatkan aku gemuruh. Harap aku cepat biasa...hahaah

Semoga aku dipermudahkan urusan untuk tugasan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails