Jumaat, 27 Julai 2012

SAF TAK RAPAT


Sabda Rasulullah.s.a.w.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )


Dalam Hadith ini Rasulullah.s.a.w. menegaskan pula bahawa saf yang tidak rapat akan membawa kepada putusnya rahmat dari Allah SWT. Ini berlaku kerana apabila saf solat tidak rapat maka syaitan akan datang mengisi ruang tersebut, seterusnya melalaikan ahli jamaah sehingga mereka tidak lagi mengingati Allah SWT dalam solat.




Aku ni memang tak paham la ngan orang kampung aku nehh.. apa masalah diorang ntah sampai tak mau penuhkan saff... tak faham ke hape.... ni hangin neh... nak marah2, depa  tu orang lama...huk.

Aku tgok kadang2 mereka suka duduk kat bahagian tepi, pastu bila orang sebelah dia naik saf depan, xdenye nak terus rapatkan saff.. ada sampai terkangkang lebih paras bahu.. konon saff dah rapat la tu. Persoalannya sekarang, pendekatan yang bagaiamana boleh kita buat untuk para jemaah boleh ingat setiap kali sembahyang perlu rapatkan saf....hurmmm... 


Perlu kita ingat bahawa setiap perkara yang kita lakukan pada asasnya bermula dengan solat berjemaah. Bila kita mampu beristiqamah dengan solat berjamaah barulah kita mampu kembali kepada al.Quran dan as.Sunnah dalam perkara-perkara ekonomi, sosial,politik, ketenteraan dan sebagainya.

Bila kita sudah mengamalkan Islam dalam seluruh sistem kehidupan kita, maka pada saat itu terserlah kehebatan umat Islam. Pada ketika itu barulah kita dapat mencapai matlamat yang utama iaitu keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Bertitik tolak dari sinilah maka " Hidup di dunia dihormati kawan dan digeruni lawan, hidup di akhirat mendapat syurga Allah SWT.

Mungkin orang kampung aku tak baca entri ni TAPI yang penting, kita sebagai orang muda perlu sedar perkara yang remeh ini.. Wallahualam... (^__^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails