Rabu, 16 Mac 2011

Seorang Dai'e Itu.... Istimewa

Seorang Dai'e Itu.... Istimewa.
Kerana dai'e itu...

1. Selalu cuba menahan diri dari perlakuan emosi. Jika teman-teman disekitarnya dirundung kesedihan dan dihujani emosi, maka dia cuba menahan diri dari larut bersama dalam kesedihan dan kefuturan, kerana dia tidak mahu dirinya itu akan memburukkan lagi keadaan yang ada. Yang diingininya adalah menjadi cahaya tuk menerangi, bukan malah memadam cahaya yang ada untuk menggelapi.

2. Akan cuba untuk menelan segala caci maki terhadap dirinya. Walau memang terasa pedih, seakan menghiris daging hatinya sedikit demi sedikit, tetap dipujuk hatinya sendiri agar tidak merasa sakit, kerana sakit di dunia ini cuma sementara dibandingkan dengan kegembiraan di syurga yang tak akan kalah bandingnya, lalu tak usah menjadi sakit kerana manusia.

3. Selalu berusaha untuk menjadi terbaik di kalangan yang terbaik, walau terkadang merasakan dirinya lebih ngeri. Walau kadang usahanya itu diperlekehkan orang lain, sehingga membuatkan dirinya berkali-kali merasa 'down' namun diusahakan juga untuk mengikhlaskan dakwahnya hanya kerana Allah semata, lalu tak usah menjadi 'down' kerana manusia.

4. Yang kadang terpaksa menebalkan wajah untuk menegur saudara-saudaranya sama ada dikenali atau tidak, kerana yang penting adalah yang namanya saudara seaqidah, wajib baginya menyapa dan menghadiahkan senyuman kerana itu hak seorang muslim dengan muslim lainnya. Walau kadang disambut dengan wajah yang aneh, yang dengan kehadirannya itu ternyata hanya menimbulkan perasaan janggal, namun dicuba juga untuk menguntumkan senyuman yang termanis dan seikhlas mungkin.

5. Selalu menangisi kelemahan diri, selalu menyesali perbuatan dirinya, dan selalu dibimbangi dengan penolakan ajakannya. Kerana barangkali uslub dakwahnya tidak kena atau tidak sesuai terhadap segelintir manusia. Lalu, dirinya sentiasa berfikir strategi lain untuk menarik minat orang terhadap dakwahnya, hingga kadang mati akal. Tapi, dia tetap tidak mahu berputus asa.

6. Selalu merasakan ingin menjerit sepuasnya bila dakwah itu dianggap hanya lakonannya semata, hanya mahu tunjuk baik dan merasa lebih bersih dari orang lain, ingin saja dikatakannya bahwa bukan itu tujuan dakwahnya melainkan tujuannya berdakwah kerana Tuhan semata dan cuma ingin mencipta cinta kasih sesama orang yang didakwahnya, tapi kadang orang lain tak memahami bahasa dai'e lalu dituduh 'perasan baik' dan 'macam bagus'.

7. Kalau boleh hanya mahu menjadi sebagai pemberi yang memberi sebanyak-banyaknya. Tak mahu menerima biar sedikit. Kerana memberi itu lebih indah, lebih baik, lebih cantik dari watak menerima.

8. Selalu berusaha menjadi seorang yang ceria, gembira seolah-olah tiada masalah. Masalah peribadinya hanya antara Tuhan dan dirinya saja. Dalam keadaan dirinya lemah, hanya Allah yang tahu. Hatinya menangis, Allah saja yang tahu. Dia tak akan meluahkan masalah itu di hadapan orang lain, kecuali pada Rabbnya. Allah is enough.

9. Yang kadang merasakan lebih baik saja dirinya tidak dikurniakan hati dan perasaan, lalu tak perlu merasa sakit, merasa terhiris bila dakwahnya disambut dengan perkataan dan perbuatan yang justeru sangat menyakitkan. Tapi, tatkala diceritakan kisah Rasulullah saat berhijrah ke Thaif yang malah lebih besar tentangan dakwahnya, dirinya merasa malu. Malu pada Rasulullah yang berjuang berseorang tanpa kenal erti perit dan jemu. Ya Rasulullah, maafkan kami, kami malu padamu.

10. Akan selalu dikatakan 'macam bagus', hipokrit, judgemental, extremist dan macam-macam lagi. Walau apa pun yang dikatakan kepadanya, telanlah sahaja, kerana yakinlah, Allah lebih tahu hati kita kan....? Bersabarlah....

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terdapat kecuali pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, maka ia bersyukur, dan itu merupakan kebaikan baginya. Dan jika mendapat kesusahan, maka ia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya."
( HR. Muslim )

Bukankah sudah kukatakan seorang dai'e itu sangat istimewa? Walau proses ini sangat pahit, yakinlah bahawa syurga itu sangat manis.

~ yang terus berusaha menjadi dai'e sampai mati, insyaAllah..


copypaste from : http://wardatulshaukah.blogspot.com/2011/03/seorang-daie-itu-istimewa.html

2 ulasan:

  1. tulisan penulis asal dari sumber sini:

    http://wardatulshaukah.blogspot.com/2011/03/seorang-daie-itu-istimewa.html

    terima kasih kerana disebarluaskan, tapi mohon dikredit penulis asalnya. salam hormat. jazakallah..

    BalasPadam
  2. terima kasih,, maaf sebab menarik sngt info ini,,, tlupa nk copy link pemilik asal,,, mohon maaf ya,,

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails