Selasa, 8 Mac 2011

Dimandi AIR LONGKANG kerana BERKHALWAT

Bukan cerita terkini, namun ada baiknya saya siarkan untuk dijadikan iktibar. Menurut sumber artikel ini, seorang pelajar lelaki sekolah menengah dan pasangannya yang masih bersekolah rendah ditangkap khalwat di tandas sebuah sekolah di  Panton Labu, Aceh Utara.

Menurut sumber berita, kedua-duanya dikatakan sering melakukan hubungan kelamin sehinggalah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung. Selepas ditangkap, pelajar lelaki itu bersedia untuk bernikah dengan pasangannya sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah itu.

Namun, sebelum itu, penduduk Desa Meunasah Manyang, Kecamatan Ingin Jaya, Aceh Besar telah memandikan pasangan itu dengan AIR LONGKANG. Selesai dimandikan, kedua-duanya telah diarak dari sekolah ke Desa Meunasah Kota Pantonlabu. 

Tidak dinyatakan secara jelas sama ada remaja ini dikahwinkan sejurus selepas itu atau perbuatan mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa.

P/s: Kalau di Malaysia, orang kampung buat begini, saya jamin, pertama: mereka akan diserang oleh kaum kerabat pasangan yang ditangkap khalwat itu, kedua: mungkin ada menteri dan NGO akan membidas/mengutuk tindakan itu, anda mungkin dapat meneka NGO dan menteri itu, ketiga: tidak mustahil orang yang memandikan pasangan itu akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan pelik! Saya berkata demikian kerana banyak ibu bapa menyerang cikgu di sekolah walaupun mereka mengetahui bahawa anak mereka berkelakuan macam syaitan!

Jangan pula kata saya anggap hukuman ini islamik! 
 
http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/03/air-longkang-untuk-remaja-berkhalwat.html

3 ulasan:

  1. nice article..

    supporting statement dari tuan tanah pun ada benarnya.. dan saya kenal ngo/menteri yg berkenaan, yg sering tampil dgr warna pinky. hehe.

    BalasPadam
  2. haha,,,ntah la ape nk jadikan. Kekadang mende mcm nie kna fikir gak,,, bg pengajaran,,, (^__^)

    BalasPadam
  3. best2!! mandi air longkang...busuk2...hahha!!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails