Jumaat, 18 Mac 2011

Demand la kamu,,,!!

Salam sahabat blogger,, hari ni ade isu yang menarik nak di kongsi.
Bukan nak mengata, mengumpat atau mencela tapi saya merasakan ianya patut di baca, di hayati, dan di fahami terutamanya seorang insan yang bergelar guru atau bakal bergelar seorang guru.

Sepanjang 4 hari ini bermula hari khamis 17 Mac 2011 sehingga 20 Mac 2011 sedang berlangsungnya pendaftaran bagi Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) untuk Program Jarak Jauh ( PJJ ). Begitu ramai yang mendaftar sehingga boleh dikatakan hampir seribu orang untuk satu hari sepanjang pendaftraan. Aktiviti bermula di Auditorium untuk pendaftaran pada sebelah pagi dan taklimat pada sebelah petang di Dewan SITC UPSI.



Situasi Pertama

Saya tidak pasti ianya benar atau tidak tapi saya difahamkan oleh kawan saya menyatakan bahawa cikgu-cikgu yang mendaftar untuk PJJ ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan mereka guna duit sendiri untuk isi minyak kereta sahaja. Tapi ada sesetengah dari mereka "demand" dan perlu dilayan bagai raja. Saya tidak menuduh mana-mana pihak tetapi situasi ini berlaku di depan mata saya dan saya terfikir agak-agaknya adakah saya juga akan bersikap sedemikian. Saya terfikir lebih baik kita saling bertolak ansur dan kita semua faham yang semua orang mahu cepat dan segala kerja diselesaikan dengan segera tetapi kalau 1000 orang berfikir sedemikian, adakah segala hal akan berlaku cepat? fikirkan lah,,,




Situasi Kedua

Saya juga tidak faham, kalau kesilapan sesuatu perkara adalah dari kita sendiri, adakah kita perlu menyalahi orang lain?. Saya tidak pasti samada dia tahu atau tidak bahawa pendaftaran adalah pada sebelah pagi dan taklimat pada sebelah petang. Situasi ini berlaku apabila dia datang pada waktu petang dan masuk untuk mendengar taklimat di SITC, setelah selesai taklimat baharu dia berjumpa kawan saya merangkap Setiausaha MPP dan memberitahu bahawa dia belum mendaftar..!. Bayangkan jam 5.30 petang, kaunter telah ditutup, staff sudah tutup pejabat dan semua orang sudah nak balik rumah. Kalau dia set dalam 'mind' dia bahawa pendaftran adalah penting mungkin situasi ini tidak berlaku. Tetapi bagusnya kawan saya ini, dia bawa cikgu berkenaan terus berjumpa dekan yang kebetulan ada di sana...haha,,, ( situasi seterusnya aku tak tau,,hi4 )




Situasi Ketiga

Situasi ini adalah situasi yang  paling saya amat  suka ( penggunaan ayat lewah ). Saya teringat satu berita yang mengatakan bahawa mangsa Tsunami di Jepun beratur dan tidak berebut-rebut semasa menerima bantuan makanan yang diedarkan oleh sukarelawan. Ini menjelaskan bahawa tahap disiplin mereka sangat tinggi walaupun mereka berada dalam situasi yang agak susah ketika itu. Andailah disiplin itu ada dalam diri kita semuakan?. Saya adakalanya hendak tergelak juga melihat akan situasi ini tapi siapalah saya. Saya hanya orang muda yang boleh memandang sahaja dan melihat gelagat mereka berebut-rebut sampai beg plastik yang saya bawa letak atas meja tidak sempat saya hendak keluarkan semuanya. Yang paling utama, hendak sesuatu perkara janganlah mengikut nafsu. Ingatlah juga orang lain yang belum dapat merasa lagikan,,,hurmm.
Jadi tidak hairanlah kalau pelajar tidak beratur dan berebut-rebut semasa membeli makanan di kantin sekolah kan?hi3




Ralat :
Kalau artikel ini menyinggung perasaan mana-mana pihak, saya mohon maaf tapi saya merasakan ianya patut dikongsi untuk pedoman kita bersama..

3 ulasan:

Related Posts with Thumbnails