Jumaat, 25 Februari 2011

APA RASIONALNYA KITA SEBAGAI MAHASISWA/I.....?

~ini bukan MESIR la,,,,, ~


Polis telah mengenal pasti lima pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) yang terbabit dalam mencetuskan kekecohan di bangunan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM di Serdang semalam.

Mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias.

upm scuffle 230211Beliau berkata pihak pentadbiran dan pengawal keselamatan universiti telah membuat dua laporan polis.

"Polis akan menyiasat insiden semalam di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mengadakan rusuhan," katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Razak turut meminta pihak luar supaya tidak memanipulasi perkara tersebut dan berharap pihak universiti dan mahasiswa dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 200 pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam bagi memprotes tindakan HEP UPM yang telah menarik balik kemenangan 11 calon Pro-M dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan.

NONEPembatalan itu menyebabkan pelajar kumpulan Pro-M berhimpunan di hadapan bangunan pendtadbiran UPM bagi meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan sebab pembatalan tersebut.

Pintu kaca ke bangunan HEP dilaporkan pecah sementara lima pengawal keselamatan cedera dalam kejadian itu.

- Bernama

4 ulasan:

  1. lar...sampai camtu sekali yer~
    nasib baik UUM still maintain jer...
    hehehee

    BalasPadam
  2. tu la psal,,, ganas betul kat cna,,,, ntah la pae nk jd,,,

    BalasPadam
  3. mungkin ini ada kaitan ngan penyalahgunaan kuasa barangkali..~~mna2 universiti pasti berlaku..bezanya radikal dan tak sahaja~~

    BalasPadam
  4. betul tu, entah bila perkara ni akan jd betul. Tgok skrng pon byk lg y tak selesai malah makin teruk ada la,,,dan ada pihak tertentu mlibtkan org dlm main secara underground... entah la kan,,hurmm

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails