Jumaat, 4 Februari 2011

PETANQUE? apa tu?

Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling ikut cara mana yang anda suka tetapi jangan sesekali mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud 'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.

MUNGKIN tidak ramai antara kita yang mengenali permainan ini. Walaupun ia sudah mula bertapak di Malaysia seawal tahun 1990-an, namun jika ada yang menyebut nama permainan ini sekarang, pasti ada yang menggaru kepala kerana tidak dapat membayangkannya.
Petanque (disebut pay-tong) kedengaran aneh bunyi sebutannya. Namun, itulah nama yang diberikan kepada permainan yang berasal dari Perancis ini. Menggunakan bola-bola yang diperbuat daripada logam, ia mungkin mirip beberapa permainan rakyat.
Sukan itu kini telah pun mempunyai kejohanan peringkat dunia dan turut tersenarai sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan SEA sejak tahun 2001 lagi.
Di pentas Asia Tenggara, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos merupakan antara negara yang terlebih dahulu menerima pengenalan permainan ini ekoran pengaruh Perancis di kebanyakan negara itu. Permainan ini menjadi begitu popular di Thailand dan telah dipromosi sendiri oleh Puteri Srinagarindra yang dikatakan bermain petanque hampir setiap hari.
Negara itu sudah menikmati permainan ini sejak ratusan tahun lalu. Malaysia pula baru diperkenalkan dengan sukan ini pada penghujung tahun 1989 oleh Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz
Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak mempopularkan sukan ini. Hakikatnya, terdapat sekumpulan masyarakat kita yang semakin mula meminati permainan balingan bola logam ini. Ada yang menjadikannya aktiviti riadah dan rekreasi selepas penat bekerja.
Sebagai contoh, di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Hulu Klang, Selangor, boleh dikatakan hampir setiap petang, mereka akan mengisi ruang gelanggang petanque. Bukan sahaja mereka yang bergelar atlet negara datang bermain tetapi juga orang awam.
Jika diamati, sukan ini ada persamaan dengan permainan guli yang popular dimainkan kanak-kanak satu ketika dahulu. Ini kerana ia dimainkan secara membaling dengan menetapkan arah sasaran. Strategi memperoleh matanya pula menyerupai sukan boling padang.
Biasanya sukan ini dimainkan di atas permukaan berpasir. Namun, ia juga boleh dimainkan di apa-apa jenis permukaan lain

2 ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails