Sabtu, 19 Jun 2010

Kembali Melangkah

Dahulu aku sentiasa melangkah dan melangkah, gembira tatkala suasana yang ceria dan hampir sempurna. Namun aku lupa seketika siapa aku sebenarnya. Lantas, aku "jatuh" rebah menyembah bumi, begitu lama aku rebah di situ. Dalam hati aku kecewa kerana aku ketinggalan dengan sendirian apabila rakan-rakan mula melangkah laju ke hadapan.



Pada saat itu, aku cuba lari dari tekanan itu selaju dan sejauh yang mungkin. aku terus berlari dan berlari sehingga tiba satu ketika aku terpaksa berhenti kerana aku berfikir sampai bila aku harus berlari dan lari dari kekecewaan.

Lantaran itu, aku bangkit kembali, dan berpatah balik untuk menyambut tekanan itu menjadi cabaran yang ditukar menjadi peluang supaya kekecewaan yang aku hadapi dapat ditebus balik.



dan akhirnya aku BERJAYA melangkah ke hadapan seiring rakan-rakan seperjuangan ku yang lain.




AKU KEMBALI MELANGKAH,,,,,,,,,,,,,

2 ulasan:

  1. terbaik la,,,,,cayukkkkkkkkkkkkkkkkkkk,,,,

    BalasPadam
  2. uhuhuuhuhuh,,,,,,ye la,,,,bru prasan komen nie,,,keh3

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails