Ahad, 6 Jun 2010

Lambaian Menara Gading

Salam kepada semua, alhamdulillah pada kali ini,,ambo mampu lagi mencari idea dalam mengisi blog ambo yang masih sehijau warna daun ini। Pada tarikh 4 sehingga 6 jun 2010 ambo telah mengikuti program Lambaian Menara Gading anjuran Markaz Siswazah Kelantan yang bertempat di Kem Kijang Kota Bharu.


Sudah lama ambo tidak mengikuti sebarang program yang berkaitan kerohanian. Sebelum ini ambo pernah terfikir, insyallah pada tahun ini ambo akan menjejakkan kaki ke Universiti tapi persiapan yang bagaimana ambo perlukan untuk menghadapi alam universiti. Pada ketika itulah ambo menerima 1 mesej dari seorang teman yang mengajak ambo mengikuti program ini. Pada mulanya pelbagai persoalan yang timbul berkaitan program ini dan ambo tekad untuk tidak menyertainya. Walau bagaimanapun, ambo dengan sendirinya mengemas pakaian dan pergi menyertainya. Sungguh tidak dijangka program ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dalam kekosongan diri ini, ambo mengikutinya dengan hati yang tenang.

Program ini disertai oleh bekas2 pelajar sekolah aliran agama/arab dan kebanyakkannya adalah lepasan SPM, STAM, Diploma dan Matrik. Ambo pula lepasan STPM, terasa kecil diri ini kerana majoriti yang hadir adalah mempunyai taraf pendidikan agama yang kuat berbanding ambo yang lemah ini.

Pengisian yang diberi sepanjang program ini cukup bermakna। Motivasi Santai yang disampaikan oleh Wan Mohd Ruzaimin Wan Ariffin ( Pak Uda ) iaitu Presiden Persatuan AMAL. penyampaiannya memang teramat santai dan menyeronokkan, penyampaian yang berkesan dan mudah difahami. Bagaimanapun, ceramahnya tidak sempat dihabiskan kerana kesuntukan masa. Ambo cukup tertarik dengan kata-kata pujangga ini yang diselit semasa ceramah oleh Pak Uda iaitu
Kadang-kadang ALLAH tidak beri apa yang kita HARAPkan, tapi DIA beri apa yang kita PERLUkan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka,,,tapi jauh diatas segalanya, DIA sedang mengatur yang TERBAIK dalam Kehidupan kita.

Cukup memberi makna kepada ambo.


p/s : gmbr xdpt diupload krn sumber belum mghntar kpd admin,,TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails