Ahad, 25 Ogos 2013

PRAKTIKUM : KORDIAL 1 RASA

12.37 pm...

hari ni beristirehat dirumah... kemas bilik, basuh baju, masak sambal ikan bilis dan masak nasi....terlintas untuk mengupdate blog.

Semalam sempat beli kordial Sarsi di Econsave Kapar, dalam 4 minit dari rumah. Penat tubuh pun belum hilang lagi. semalam juga pada paginya aku bersama rakan praktikum yang lain uruskan Persembahan untuk Majlis Hari Raya, memang kaw-kaw kerja giler, jadi MC spontan dengan rakan aku sorang lagi. Jadi JOZAN la kejap. Seronok? Mesti la, dah dapat microfon, memang naik sheikh la sayang oit....ahahahah.

"Kunci motor lupa letak kat mana pulak,,,!!" Ujar aku kepada alif, rasa macam sakai, dah la penat, pastu matahari atas kepala pulak mencanaknya..adoi... dah la petang tu nak datang lagi siapkan mural depan Bilik Sukan. Mood dengan tak semena-mena tiba-tiba jadi spoil..damn it..!!

"Jumpa tak..?" tanya Cikgu Kacuma pada aku... "Rasanya dalam bilik siaraya...tadi masa nak keluarkan laptop dari beg, saya letak atas meja.." jelas aku kepada Cikgu Kacuma.

"Ok, xpe.. awak cari dulu.. petang nanti datang tak, nak siapkan mural?"...tanya cikgu Kacuma pada aku.

" Eh, mesti la cikgu, dah seminggu dah ni duk datang petang-petang, hari ni kena siap jugak. Lagipun minggu depan kena melukis pada kain rentang pulak untuk kemerdekaan ngan kempen anti dadah...".

" Oh ye ke..? banyak pula la kerja awaknye yer... biasa la, cikgu praktikal kan...hehe" sinis bersahaja kata-kata cikgu Kacuma.



   ********************************



Lama sudah aku tak update blog rupanya. Biasa la mood malas tu tinggi sangat. By the way, aku sedang berpraktikal di SMK P Kapar, Klang. hehe.. ye, skolah perempuan...



   ********************************


Dah, fikir yang bukan-bukan la tu. kan? haha

Takpe, aku faham mind set setiap manusia, tambah-tambah kalau kaum hawa ni, sibuk dok kat aku macam-macam. Terpulang kepada yang empunya diri. Cuma yang pastinya aku ada sebab yang tersendiri kenapa aku ke Sekolah ini.

Sudah 5 minggu aku di sekolah ini, masih biasa. mungkin la.. Alhamdulillah, guru-guru sangat OK. Sporting dan easy going. Yang paling penting, kita sendiri yang perlu jadi peramah, sebab cikgu-cikgu lama nampak ja tak tegur kita dan buat biasa-biasa saja tapi dalam masa yang sama, mereka sedang memerhati tingkah laku kita sebagai guru praktikal dan ada yang bercakap-cakap pasal kita dalam kalangan mereka. kalau bercakap yang baik-baik, alhamdulillah la kan....huhuhu

Guru pembimbing aku adalah Puan Jeevah, orangnya biasa-biasa saja, lemah lembut dan senang dibawa berbincang. Tapi aku macam tak ketemu lagi titik keserasian antara aku dengan dia. Kadang-kadang aku rasa ke'blur'an kalau jumpa atau berinteraksi dengan dia...ahah. Aku sebenarnya lebih selesa dengan Encik Kacuma Deng yang juga guru pendidikan seni. Siapa Encik Kacuma? Beliau ni super senior seni UPSI grad tahun 2008 kalau tak silap aku tapi dia dulunya pernah jadi guru seni di sekolah rendah sebelum sambung pengajian Seni di UPSI untuk dapatkan Ijazah. Asal dari Sarawak, pada mulanya aku ingat dia orang Terengganu...hehe. Dia tanya aku, kenal ke tak dengan Dr Fauzi, pensyarah kursus Cetakan..? Damn...!! soalan cepu mas...hehe. Malas nak cite.. nanti jadi lain plak.

Sekolah 1 jantina ni, cabarannya sedikit berbeza. baik lelaki ataupun perempuan. Dan di Sekolah aku, gegurlnya sangat terasa ke'oseman' sikap mereka, mungkin di sebabkan tiada budak lelaki di sekolah itu membuatkan mereka lebih berani untuk mencapai keterbatasan yang lebih tinggi berbanding di sekolah yang punya 2 jantina....

Aku dapat kelas mana? hehe.. mesti la kelas yang paling belakang. Biasa la, mind set setiap guru yang meletakkan seni ni hanya untuk budak-budak yang tak pandai... tapi tak mengapa, kita cuba usahakan yang terbaik supaya budak yang tidak pandai dalam pelajaran, akan mahir di sektor pekerjaan. who care's kan? hurmm... im spceehless when talking about art level in school....

Masa sebenarnya berjalan terlalu pantas, adakalanya penat tapi penat tu hanya pada jasad. Sebetulnya hati dan akal perlu kuat, baru la jasad bertindakbalas dengan baik. Apa yang penting, kesihatan perlu diberi keutamaan.

Pensyarah aku pun belum datang lagi. Setakat ini tiada tanda-tanda yang aku akan menerima kehadiran beliau untuk menyelia aku, mungkin minggu depan. Rasa gemuruh sudah tentu ada, waima aku biasa bercakap di depan orang ramai tapi kali ini lain macam saja rasanya. Cuak? sudah semestinya...


#bersambung...


1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails