Jumaat, 7 Jun 2013

DAN BILA... #1




Perjalanan hidup makin payah.... waima kita baik mana sekalipun dengan manusia... belum tentu manusia akan baik dengan kita.... Jangan letakkan kepercayaan yang optimum dengan manusia... silap hari bulan... ditikamnya jiwa sampai lumat tanpa kita sedar.

Dan bila aku mula bergerak ke peringkat seterusnya, ada manusia yang aku tinggalkan... kerana apa? Kerana mungkin kehadirannya sekadar mengajar kita erti kematangan dengan memahami sikapnya....

Tidak semua manusia faham kita walaupun kita berusaha untuk faham manusia itu...
Yang penting... aku tidak susahkan manusia-manusia disekeliling aku.... ya... aku bukan jenis manusia yang cari manusia lain bila perlu.... jika tidak, tinggalkan..... DAN aku memang terlalu baik dalam menghadapinya... Allahuakbar.... sememangnya ada sesetengah perkara aku tidak berkira...

Sehinggakan duit yang mak bapak aku habis kerana mahu senangkan manusia lain. Ya, duit aku, duit manusia lain, dan duit manusia lain itu milik manusia itu...... aku fahamm...

Dan mulai langkah seterusnya... aku sudah yakin untuk bergerak sendiri...
Terima kasih manusia lain yang menghina, mencaci, mengutuk aku di belakang... Korang buat aku semakin bersemangat untuk terus bergerak ke hadapan...

Ya.. aku boleh bergerak tanpa bantuan manusia lain.... DAN aku berusaha dengan sendiri atas apa yang aku miliki sekarang... yang punya bakat, itu anugerah ALLAH... dan aku berusaha untuk bakat itu....

DAN aku mohon maaf andai kehadiran aku... membuatkan manusia-manusia disekeliling aku berasa tidak selesa.....


~p/s : orang memandang buruk kita, TAPI terima kasih sebab menegur walaupun melalui pihak ketiga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails