Sabtu, 5 Mei 2012

PESTA KONVO : Black Mentor 6 Mei 2012

Asalam kepada semua blogger,
menjengah ke blog aku yang lama tidak dikemaskini dalam kesibukan minggu-minggu terakhir bagi semester 4 kali ini.

Dalam meneruskan kesibukan tugasan yang diberi oleh pensyarah, aku juga berusaha untuk tidak menolak pengalaman-pengalaman yang bermakna untuk masa-masa hadapan.

6 hingga 9 Mei 2012, Pesta Konvokesyen akan bermula...kehangatannya sedikit terasa biarpun gerak kerjanya akan tunggang langgang tapi hasilnya begitu memberangsangkan. Dengan waktunya seperti mencekik leher tapi masih lagi boleh bernafas tanpa bantuan oksigen pernafasan...hahaha

Kali ini dengan membawa tema 'We Love UPSI', rona merah hati yang menyerlah dicalit sedikit warna-warna pelangi menampakkan ianya satu rekaan ringkas tapi masih bermaya. Lihat sahaja pada logo yang aku cipta ini, agak susah pada awalnya kerana terikat dengan tema 'LOVE' hasil idea TNC HEPA kita, Dato' Paduka Dr. Junaidi...


Ini merupakan logo yang kedua aku hasilkan, sebelum ni pesta konvo ke-13(Klik) juga aku hasilkan...
Alhamdulillah....(^__^)

Kali ni nak coret panjang sikit.... huhuhu.. memperkenalkan Tuan Pengarah Pesta Konvo ke 14 iaitu saudara  Azlee Skandal (FB)..kenapa skandal? ha..yang tu kna tyer empunya diri la yup....hahaha. Beliau bakal praktikal pada bulan Jun nanti. Semoga dipermudahkan urusan olehNya, ye Tuan Pengarah..huhhu

Tuan Pengarah : Azlee Skandal

Kali ini aku masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi walaupun aku kurang memberi sumbangan tenaga sama seperti semester lepas. Bukan apa, kesanggupan itu aku terima sekiranya Pesta Konvo berlaku pada awal sem, tapi realitinya tetap berlaku pada hujung sem. Hurmm, nasib la kan... dengan kerja studio yang memerlukan kita terperap dalam studio dari pagi sampai petang... (^__^)

 
Tag nama aku.huhuh.. kredit pada Atiqah Sya 
Sekretariat Penerbitan dan Informasi

Dan dibawah ini adalah Banner dan Backdrop pentas sepanjang Pesta Konvo berlangsung. Dan tidak lupa ucapan Tahniah kepada Senior2 yang bakal bergraduasi nanti... (^__^)

yang ni backdrop pentas, yang paling aku tak tahannya, Pekedai
boleh pulak besarkan signature nama aku kt bwh tu,,,malu seyyy....






Itu sahaja coretan kali ini, insyallah ada masa lagi, aku coretkan lagi perkembangan pesta konvo ke 14 ini pada hari-hari seterusnya.. 

Salam... (^__^)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails