Ahad, 3 Oktober 2010

Perjalanan Mencari Galeri Seni

Salam kepada yang mengikuti blog ambo, dan terima kasih kerana meluangkan masa membaca post ambo.

Pada kali ini, ambo bersama kawan-kawan ambo telah menjalankan aktiviti pencarian galeri di kawasan sekitar Shah Alam, Klang dan KL Sentral. Untuk asignment Sejarah Seni Tampak.

Pada jam 9.55 pagi ambo bersama nuar telah bertolak dari Tanjung Malim menuju ke Klang, Selangor. Perjalanan yang amat membosankan, hi3,,



Setelah tiba di Klang, zamey telah menjemput kami di sana. Kami meneruskan perjalanan ke Galeri Shah Alam, Selangor. Sangkaan kami ternyata silap, ingatkan hari itu galeri buka, rupa-rupanya tutup kerana ada persiapan untuk pameran karya pelajar UiTM pada hari isnin ( 4 Oktober ).

kami termenung seketika memikirkan galeri mana yang buka pada hari itu,, hurmmm



Sebelum itu, sempat la juga snap-snap photo sekitar Galeri Shah Alam.

ambo dekat kawasan pintu utama Galeri

Antara karya yang dipamerkan pada bahagian luar bangunan.

-------------------------------------------------------------------------------

kami meneruskan lagi perjalanan ke KL Sentral setelah dimaklumkan oleh penjaga Galeri Shah Alam yang mengatakan terdapat 1 lagi galeri y berdekatan dengan Bangsar. Kami terus ke sana tapi isi minyak la dulu,,, hi3


Perjalanan kami agak memenatkan sebab tidak tahu sebenarnya tempat yang dimaksudkan, habis semua jalan kami redah,,, haahaha.



Akhirnya kami tiba di Galeri yang kami cari. inilah galeri yang kami maksudkan.

*pembetulan : No 8, Jalan Abdullah


inilah galeri yang dimaksudkan.

*p/s : bersambung...... ( line wifi slow, nak upload gambar makan masa )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails