Jumaat, 22 Oktober 2010

Kemuncak Stained Glasses

Salam kepada semua yang follower blog ambo, kali ini ambo membawa kepada anda semua tentang perjalanan seni ambo bersama rakan - rakan yang lain.

Projek untuk semester ini melalui Elemen & Prinsip Rekaan, kami telah membuat Stained Glasses @ secara ringkasnya projek kaca. Ianya merupakan satu kerja yang amat menyeronokkan sebenarnya kerana dalam membuatnya, pelbagai pengalaman yang kami tempuhi.



ini merupakan rekaan yang pertama siap dibuat oleh rakan ambo, rekaan ini besar sebenarnya tapi terlindung disebalik rekaan yang kedua siap. cermin muka yang terlindung,,,

dan ini adalah pemilik rekaan diatas


Perjalanan membuat projek ini memerlukan penelitian yang baik kerana kalau tersilap potong kaca, rekaan tidak akan jadi menarik untuk dilihat. susunan warna perlu sempurna supaya kita dapat melihat rekaan itu berdasarkan elemen dan prinsip rekaan seperti keharmonian, penegasan, pergerakan, kesatuan dan kontra. Ini amat perlu dalam sesebuah karya yang ingin dihasilkan


dibawah ini adalah rekaan yang dalam proses untuk disiapkan, jom jelajah,,!!hu3


rekaan syafiQ & Mirul
masih dalam penelitian, bagaimana ingin tampak menarik? hurmmm,

hampir selesai,, yang ini adalah rekaan ambo & kawan ambo, Iwan




terus bekerja & kena siapkan juga sebelum cuti study week
not complete cannot back to kampung,,,haahhaa
(betul ke bahasa inggeris ambo ni? hi3 )




ini adalah rekaan yang menarik minat ambo,, cantikkan?
(rekaan tau, bukan orang dalam cermin tu,,haha)



masih dalam proses,,



Setelah selesai menampal semua kaca pada papan, rekaan berkenaan akan ditampal simen di setiap celah pecahan kaca, ini bagi memastikan rekaan lebih kemas dan kaca tidak tertanggal pada papan disamping rekaan akan tampak lebih menarik

dari kiri ; ika, alif, shafika & wadi

ha,, gosok jangan tak gosok,,,,hahaha,,, habis luka tangan kena kaca,,,hu3
masuk air simen dalam luka pula,,, pedih tu,,,hahaha



yang pakai cermin mata ni namanya See Yuh Wei, ambo tengah tolong diorang setelkan tampalan simen pada rekaan.

kemudian, apabila simen sudah sedikit kering, cecair arang akan disapu pada simen berkenaan supaya lebih kemas dan ellegent,,,hi3


iwan sedang cat arang pada rekaan

Apabila arang sudah kering, kami akan bersihkan semua simen dan arang yang terlekat pada kaca, kami akan biarkan simen dan arang menutupi celahan kaca. Dan hasilnya amat memuaskan hati kerana untuk sampai kepada tahap ini, kami perlu berusaha keras supaya mendapat kepuasan daripada kedua-dua belah pihak iaitu kami sendiri dan juga pensyarah kami ( Encik Razak ).


ini adalah pensyarah kami untuk subjek elemen dan prinsip rekaan iaitu En. Razak
(ingat dulu nampak garang tetapi rupa-rupanya sempoi,,,ahah)

Kesimpulannya, apa yang kami peroleh pada hari ini bermula dari satu pengetahuan yang sangat kecil dan pengetahuan itu sedang membesar (insyallah) kerana banyak lagi yang kami perlu tempuhi.

Terima kasih En. Razak.

---------------------------------

rekaan ambo yang telah siap

teramat gembira walaupun asignment lain belum siap,,


boleh ke nama Kumbang Sepi?



*p/s : harap dapat komen yang membina daripada semua pihak...

4 ulasan:

  1. lawa cermin mu zuha......walau pun bnyak halangn dlm sem ni...ko tetap bt yg terbaik..ak suko cermin mu....n blog mug....sungguh......kumbang tu penting....hik3....

    BalasPadam
  2. wahahaha....ermm,,projek pling bess an guava....
    t shoot sumer design2 yer....hua2...aQ nyer jgn lupoer laa beb...

    BalasPadam
  3. Stained Glass by Art student..walaupun ad yg berdarah2, sampai tido2 dlm studio, smpi bengkak2 mate..Akhirnya,usaha berbaloi..Alhamdulillah..(^_^)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails