Khamis, 10 Januari 2013

MENGEMBARA & FOTOGRAFI

Asalam bloggers..
Semenjak umur bertambah ni, keinginan untuk mengembara semakin kuat... Anda pun mungkin sama bukan? Melawat tempat yang belum pernah dikunjungi pasti menjadi impian setiap orang sama ada dalam ataupun luar negara.

Majalah Aperture & Majalah Libur Januari 2013
Dalam kepala aku ni, banyak tempat yang aku nak pergi dan yang paling utama aku nak melancong ke Sabah dulu. Teringin gilerr untuk ke sana dan untuk tahun ini destinasi pilihan aku sudah pastinya adalah negeri Sabah di bawah bayu...hohoho. Melihat Gunung Kinabalu secara dekat dan mendaki mungkin..mana tahu kan...hhuu. Dan ke pulau-pulau yang berdekatan.

Puncak Gunung Kinabalu, Sabah
Sudah semestinya, sekiranya mahu kemana saja perkara utama adalah kewangan. kan kan kan?
Memandangkan aku pun masih belajar, so, kewangan tu aku dah mula sekarang...ahha... Almaklum lah, semua perkara sebolehnya duit sendiri tanpa bantuan mak ayah.

Selain mengembara, perkara kedua adalah memiliki DLSR Canon EOS 550D

Canon EOS 550D

Kenapa 550D? Mungkin sebab aku pernah guna yang kawan aku punya dan aku tertarik dengan kualiti rakamannya dan juga resolusi gambarnya yang lebih tinggi dalam 920,000 piksel berbanding 230,000 piksel. Dan yang paling utama, 550D mampu merakam HD full 1080p. Warnanya sangat smooth dan tidak terlalu saturation. Untuk masa sekarang aku adalah pengguna Nikon D3000 dan aku sudah separuh fasih akan D3000. Teringin juga untuk mencuba Canon...hihihi. Sebetulnya mahu saja aku jual D3000 tetapi memandangkan ianya banyak berjasa kepada aku dalam mengenali dan memahami sudut-sudut yang menarik dalam fotografi dan membawa aku lebih jauh ke alam fotografi makanya aku semakin sayang untuk berjauhan dari D3000...(boleh pulak macam tu....huhu). Aku tidak mampu memiliki yang hebat2, cukup sekadar menjadi sebahagian pengguna DLSR sudah memadai bagi aku..

Bajet pun separuh baru ada, almaklumlah.. duit simpan sendiri maaaa....hahaah.. (punya la bajet.. :P).

So, sepanjang cuti semester ni, aku cuba kumpul duit sebanyak yang mungkin....hahhaah....

Jadinya, pasang niat, bina angan-angan sebagai panduan untuk kita jadikannya sebagai realiti... wish me luck... (^__^)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails