Khamis, 15 November 2012

SEMALAM ITU HARI INI BERULANG




Hampir sebulan lebih aku menyepi dari dunia blogger.
Suntuk benar dengan apa yang terjadi.
Semuanya dalam sekelip mata.

Sisipan memori akal semakin low, kadang-kala hati resah. Subhannallah
Lain benar perjalanan aku kali ini.

Pelik dengan apa yang berlaku.
Rahsia? Memang... ianya akan tersemat kemas terkunci di mulut ini...
Ianya adalah satu perkara yang perlu dirahsiakan.
Kerana ada perkara yang boleh dikongsi.
Ada perkara yang tidak perlu untuk diceritakan.

Kisah silam menerjah akal sekali lagi...
Membuatkan semua kerja tertangguh...
Tidak tenang untuk menyiapkan tugasan yang pensyarah berikan.

Dihitung, dilhat, dibelek, dibaca...
Semuanya seperti mahu semahunya menghempas ke lantai..
Biar pecah dan aku tinggalkannya disitu...

Sikap acuh tak acuh semalam itu...
Hari ini berulang kembali...
Sikap buruk masih dikendong
didukung dengan penuh kasih sayang...
Aku teringat catatan yang pernah aku baca...

"Apa tindakan kita yang tidak berhasil
adalah disebabkan kita dibelit oleh dosa-dosa kita yang lalu..."

Aku mengucap dan mengeluh panjang...
Kerana aku tidak mampu untuk meninggalkan kebiasaan ini...
Dalam tidak sedar
ianya berulang kembali seperti roda yang bergerak...

1Muharram 1434H
Matt Freud

2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails