Khamis, 19 Mei 2011

JANGAN JADI NIHIL



Nihil, satu perkataan baharu aku dengar dan baca. Lantas aku merujuk kamus dewan online yang menyatakan bahawa Nihil ialah kosong.

Secara amnya, kosong membawa banyak maksud tetapi hari ini aku membawa penilaian itu dekat kepada manusia. Jika kita memahami nihil pada manusia, banyak yang kita boleh rungkai sampaikan ada satu-satu tempat aku sendiri pun tidak memahaminya.

Semakin dewasa, semakin banyak yang meragukan. Dalam kita tidak sedar banyak perkara yang bertentangan telah kita lakukan. Pangkat, kekayaan dan kesenangan dunia membuatkan kita leka.

Saya lebih suka bercakap bila kita berjawatan, sifat pertama yang kita tidak boleh elak adalah berlagak. Kita merasakan hanya diri kita yang terbaik, hebat dan sempurna. Olahan idealogi kita sahaja yang hebat sehinggakan pendapat orang lain ditolak ketepi bulat-bulat. Kita menyatakan kita adalah demokrasi tetapi dalam kita tidak sedar atau tidak kita telah mengamalkan autokrasi. Kenapa?



Sebab kita tidak boleh terima kenyataan bahawa kita adalah manusia tidak sempurna. Itu adalah hakikatnya. Mungkin latarbelakang keluarga dan latarbelakang agama kita adalah berbeza tetapi adakah ianya menyebabkan kita tidak boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain? Kenapa? BETAPA besarnya ego kita... nauzubillahhimzaliQ
Sempurnanya manusia adalah kehendak Yang Maha Pencipta, Dia adalah segala-galanya. Apa salahnya kita bermusyawarah sekiranya membuat sesuatu? adakah kita perlu boikot sekiranya kita tidak suka cara orang lain tanpa kita sedari kita telah menyusahkan organisasi.

Saya teringat kata-kata sahabat saya pada malam tadi. Beliau berkata "setiap apa yang kita ingin buat perlulah disertakan dengan niat dan niat itu mestilah ikhlas dan amanah tidak kiralah samaada kita berjawatan apa sekalipun sama ada bos atau orang bawahan." Kata-kata beliau membuatkan saya bersemangat bahawa walaupun tidak ramai yang ada dan ada sesetengah manusia yang memboikotnya saya tetap akan buat bersama-sama dengan sahabat lain tidak kiralah saya dikategorikan sebagai pengikut setia ataupun pengikut sejati...


Sekurangnya kita tidak menjadi manusia Nihil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts with Thumbnails