Lama benar tidak update blog, banyak kisah cerita yang mahu dicatat tapi ada ja perkara sampai tak terbuat.
6 April 2013
Hari terakhir di bumi Tanjong Malim sebelum pulang ke kampung untuk cuti pertengahan semester. Walaupun seminggu, semacam banyak perkara yang tidak tertanggung untuk dibawa. Biasanya pulang ke kampung untuk bercuti tetapi kali ini tidak lagi. Memikul tanggungjawab yang sedikit membuatkan hati rasa gundah. MENGAJAR DI SEKOLAH... dan itulah perkaranya.
Hari ini bangun tidur agak lewat juga dalam jam 9 pagi kerana berjaga malam semalam layan movie. Perkara biasa bila hari cuti. Bangun terus mandi dan keluar rumah untuk isi minyak motor dan beli barang dapur. Tanpa dirancang, rakan-rakan serumah ajak pergi mandi di Sg. Samak lepas waktu zohor. Alang-alang aku pergi beli barang dapur, kiranya terus masak untuk berkelah di sana.
Tanpa dirancang lagi, aku masak ayam celup tepung black pepper dan sotong masak pedas...hahahah.. sangat rajin hari ini. Geng-geng serumah pergi ke sana, sangat seronok walaupun cuaca tidak terlalu mengizinkan (mendung dan hujan renyai2).
Dan setakat hari ini, sudah 4 hari aku berperasaan bersalah. Rasa bersalah atas perkara yang aku sendiri tidak tahu. Kenapa dan bagaimana?... Bercampur baur dengan perkara-perkara yang tidak diduga.
Musibah apa yang akan berlaku? Subhanallah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan