Selasa, 9 April 2013

CATATAN ANAK MUDA #4

9 April 2013

Aku ke rumah kawan aku untuk temankan aku mengajar di sekolah merangkap cameraman aku..hehe..
Kelas yang aku akan ajar adalah tingkatan 2 Bestari. Mohon dengan cikgu untuk dapatkan 1 masa, tapi aku dapat 2 masa. Ok sangat sebab tahu, 1 masa memang tak cukup. jam 9.50 pagi aku mula mengajar.

Tetapi sebelum mengajar, aku dah relief masa cikgu Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan 6. Aku ape lagi, masuk je la... seronok kot borak2 dengan pelajar... lagipun mereka adelah pelajar yang terakhir kenal aku setelah 5 tahun meninggalkan sekolah berkenaan. Sempat juga bercerita mengenai kehidupan aku di UPSI. semua tekun mendengar. Sebagai abang, biase la kan,, bagi nasihat kepada mereka.... senyap dan nampak semua macam berfikir....ahaha.. apa la yang aku katekan...aku sendiri pun tak ingat...hehe. Sempat juga aku perli cikgu aku...yang aku dah xingat dah macam mana nak mengarang esei... tersenyum cikgu.. cikgu berkenaan aku panggil mama sbb dia baek dan merupakan kenalan kepada umi aku waktu sekolah dulu..

DAN bermulalah sesi pengajaran aku, masa aku ke kelas 2 Bestari, pelajar2 semua lihat aku. Barangkali belum pernah lihat aku di situ. memang la kan...ahha. Dengan barang2 ABM dan BBM yang boleh tahan banyaknya... tapi nasib baek ada kawan aku.. dia sporting dan sangat ok dalam membantu aku. Syukur dapat kenal dia...heheh.. nanti aku ceritakan mengenainya pada ruangan edisi khas....huhuu.. sebagai pengenalan awal dalam blog ni.. aku panggil dia dengan panggilan BOB...

Pada awalnya, pengajaran sedikit kelam kabut, biasa la kan budak2 14tahun, perangainya masih seperti budak2 sekolah rendah. Tapi apa yang pasti, kehadiran aku menarik perhatian mereka (ayat poyo..maafkan saya...ahahha). Kehadiran aku membawa kelainan pada subjek Pendidikan Seni di kelas berkenaan, mereka ternyata seronok dan aku pun cuba memahami mereka. Aku agak teruja memandangkan respon mereka agak baik walaupun mereka nakal..!! ahaha.. Serius sangat seronok... 2 masa yang diberi oleh guru cukup untuk aku mengajar subjek berkenaan. Mereka mudah faham walaupun pembelajaran agak terhad.

Selepas mengajar 2 Bestari, aku ke kelas 2 Gigih... kelas yang semakin ke belakang. Kehadiran aku ke kelas berkenaan juga membuatkan budak2 berkenaan terpinga-pinga. Dan aku mulakan pengajaran seperti dalam kelas 2 Bestari. Semua duduk dan mendengar arahan tapi kelas ni agak nakal dari kelas sebelumnya. Pengajaran aku terpaksa tidak ikut seperti dalam RPH supaya aku dapat tackle budak2 untuk fokus pada pengajaran. Aku mulakan dengan set induksi dan terus kepada aktiviti dan kemudiannya barulah penerangan mengenai pengajaran pada masa berkenaan. Alhamdulillah, aktiviti yang aku buat membuatkan pelajar fokus dan mengikut arahan.

Aku bertanya kepada mereka mengenai pengajaran pada hari ini, dan majoriti aku mendapat respon yang sangat baek. mereka seronok dan mengatakan bahawa ada kelainan dalam pengajaran pendidikan seni. Dan aku faham mengapa mereka berkata sedemikian.

"Pendidikan Seni di sekolah kebanyakannya bukan di ajar oleh guru yang bukan opsyen pendidikan seni. Hal ini memang merosakkan bakat2 pelajar yang ada dalam diri mereka.."

Sebelum aku akhiri kelas, pelajar tanya kepada aku... "Cikgu...minggu depan cikgu ada lagi tak..?" dan aku tersenyum dan aku jawab "Tak..hari ni saja..cikgu datang.."

Mereka mengeluh... dan bagi aku, mereka perlukan sedikit kelainan dalam pengajaran tambahan mereka adalah pelajar kelas2 belakang....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails