Memaparkan catatan dengan label ceritera peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceritera peristiwa. Papar semua catatan

Rabu, 28 Januari 2015

KATA RAJA SHAMRI DAN SEBAHAGIAN PERNAH AKU ALAMI

Nanti kalau ada masa saya nak bercerita :-

tentang zaman belajar saya dibenci, dipukul, dibuli oleh segelintir rakan sebab baik dengan cikgu, sebab selalu duduk depan dalam kelas, suka tanya soalan dsbg.

tentang zaman awal saya kerja makan gaji di kutuk, dibuli, di pukul oleh rakan sepejabat hanya kerana saya baik dengan bos, outperform achieve target setiap bulan, naik pangkat cepat dsbg.

tentang zaman saya mula2 belajar nak jadi usahawan, dipujuk untuk berhenti kerja oleh kawan baik dengan tawaran kerja lagi tinggi jawatan lagi best ... yg akhirnya bos yg tak bayar gaji sampai kereta saya nak di tarik, makan 3 hri sekali, 3 bulan tanpa sesen duit, saya ambil duit jualan syarikat untuk beli nasik tapi dikata pecah amanah walhal gaji sayapun tak di bayar 3 bulan lebih ...

tentang hari ni musuh2 zaman sekolah dan zaman dulu2 tu masih lagi menfitnah saya macam-macam ... masih tak puas hati ...
tentang orang kita tak suka tengok orang lain berjaya
tentang orang kita tak suka dampingi orang yg berjaya
tentang orang kita tak suka tengok orang lain di atas
tentang orang kita yang mudah percayakan fitnah
tentang orang kita yang tak boleh nilai peribadi seseorang
tentang orang kita yang buta hati yang mana hak dan batil
tentang orang kita kuat dengkinya
tentang orang kita yang susah nak maju
tentang banyak perkara ...
Kerana terlalu lama saya diamkan diri tidak menjawab
Mungkin dulu kita sangat miskin untuk menjawab
dah abah selalu pesan ...
biarlahhh ... biar Allah balas katanya ... wink emoticon
Rupa2nya semua orang2 yang hebat2 juga melalui fitnah dan ugutan seperti ni ...
Semoga saya dan tuan2 sentiasa Allah selamatkan
dari fitnah orang2 fasik seperti ini ... di berikan kekuatan dan kesabaran yg tinggi serta istiqamah dalam perjuangan ...

Wallahu'alam

Ahad, 25 Januari 2015

APA NAK BUAT..?


Gambar tiada kaitan dengan entri..hahaha

Pergghhh...hari ni dah menghampiri penghujung januari dah... Aku betul2 bercuti kat kg nehh... xde buat ape2 yang penting pun...haha...2 3 hari lepas dapat mesej dari UPSI, mohon update borang SPP...Aku cek balik, mmg aku ade masalah mase isi borang tu... memandangkan aku ambil STPM 2 kali, jadinya aku isi dua2,,,tp aku lupa plak nak isi gred y STPM pertama tu... last2,,,aku update balik...y kedua aku p letak yang pertama...
Harap xsangkut lagi la lepas ni...

Tu satu hal, hal lain pulak... kerja yang ditangguh ni... mmg sejak zaman skolah lg aku mcm ni...terbawak2 sampai kesudah... teruk betul... Ntah la ape nk jadi.. Pening la apa nak buat dulu....ahahaha..mengada la siakk...

Dalam pada masa y sama, aku tolong abah aku gaul simen sejak 2 hari lepas, baiki bilik mandi yang rosak mase kena banjir baru2 ni... kebas gak tangan sebab lama dah xbuat kerja2 buruh ni.... Mase tu feeling muscle naik...kah kah kah... poyo la kan...

Sebut pasal muscle ni... nk buat transformasi la pada tubuh ni..... 6 bulan proses ni harap2 menjadi la ye...hahahaha

Celoteh 0 je ni..sekian...


Khamis, 15 Januari 2015

TIME TO WORK N TRAVEL

2015 adalah tahun yang diharapkan terbaik untuk aku melakukan banyak aktiviti dan mengumpulkan pengalaman dalam dunia perniagaan sebaik mungkin.

Kerja kerja kerja..... better late then never....hahaha

Kerja freelance aku insyallah mula bertapak dalam pasaran kecil, minggu depan nak upgrade nama company. Side income setakat ni boleh dikatakan mampu untuk membayar saga baru setiap bulan tapi aku tetapkan untuk disimpan dan sedikit untuk pelaburan.

Kerja sebagai tutor di salah sebuah IPTA disambung dan ditambah menjadi 3 kelas. sangat2 bersyukur untuk ini...hehe

Kerja meniaga laksam yang aku buat kecil2an juga dapat respon positif..hehe..pertengahan februari 2015 akan dibuka satu lagi tapak niaga di Bitarasiswa, sebelum ni hanya di Kafe Perpustakaan... memang umphhh la hoi...hhehe..

Job freelance yang bakal dilaksanakan adalah produk baju raglan dan fotografi graduasi, design majalah sekolah dll... harap dpt capai semua tu...heeheheh

Sudah lama pendam keinginan untuk travel ke seluruh tempat di dunia ni.. so, inilah masa terbaik untuk aku mulakan langkah melihat dunia dengan cara aku sendiri....hahaha

Biasanya aku menjelajah dengan motosikal ja... dari utara ke selatan, timur ke barat semenanjung Malaysia... kali ni aku akan merentasi laut cina selatan pulak...heheh... nantikan travelog aku ke Semporna... yeahhh...

Khamis, 18 April 2013

SAMBUNG PELAJARAN #SHORT STORY

BAKAL TAMAT

Insyallah.. bulan Mei 2014 aku bakal menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam jurusan Pendidikan Seni. Setahun lagi bersabar...huhu. Sebetulnya aku tidak terfikir akan berada sejauh ini selepas mengalami kegagalan semasa STPM tahun 2008.


Ahad, 2 September 2012

RESPON BLOGGER PERTIKAI KERJAYA GURU

Rasanya kecoh kot dengan seorang blogger yang pertikaikan kerjaya guru. Macam-macam respon yang aku baca dari pelbagai blog dan respon blogger yang lain terhadap Cik/Puan Liyana Adnan neh.... Aku pun menyirapkan baca entri dia nehh... Bukan apa, buat entri tu ikut sedap mulut kadang-kala memang binasa la kan.... Bila baca tuh semacam ade something wrong yg xkena pada beliau...hoho.... selamat membaca

Entri ni dah lama sebenarnya, bertarikh 28 November 2011...

so, aku kongsi la entri beliau dan respon yang agak la boleh diterima...


nehh adelah blog Cik/Puan Liyana tu... aku pun naek heran gak, kenape dia
tak puas hati dengan Cikgu, mungkin dulu dia ade problem ngan cikgu kot... (=

So, link ini adalah respon terhadap entri si Cik/Puan Liyana nehh :

http://cikgucakk.blogspot.com/2012/09/ya-memang-untung-jadi-cikgu-menjawab.html

...baca dan rumuskan pada diri sendiri... (=

Sabtu, 18 Ogos 2012

SYAWAL TIBA

Alhamdulillah, Syawal menjelma setelah sebulan bersama Ramadhan. 

imej dari rakan Facebook

SALAM AIDILFITRI UNTUK SAHABAT BLOGGER


Semoga berbahagia di pagi syawal... (^__^)

Jumaat, 3 Ogos 2012

DEBARAN KE FINAL

Malam ni aku tidak ke Masjid untuk Solat Terawih semata-mata ingin melihat perlawanan Badminton separuh akhir antara Dato' Lee Chong Wei  VS Chen Long dari China... llive kat TV1

It's Hiding...!!

Tadi cuci kolam ikan kaloi.... buang air yang dh berlumut hijau...hohoh...
Di pendekkan cerita, abah aku mesin rumput kat belakang rumah... dan alkisahnya....
terjumpa nehh haa..... xsangka....ahahaha

Khamis, 26 Julai 2012

AJAL DI MASJID


gambar sekadar hiasan - Masjid Bandar Pasir Mas

Kalau sudah ditakdirkan hanya setakat itu kehidupan anak Adam, maka kita tidak dapat nafikan. 

Khamis, 14 Jun 2012

SMKTPR : 4 TAHUN BERLALU

Tempat aku belajar dulu waktu zaman persekolahan betul-betul meninggalkan banyak kenangan. Sudah banyak perubahan yang dapat dilihat terutamanya pada infrastruktur sekolah yang semakin selesa.

~Banyak yang aku nak coretkan sepanjang aku balik cuti seminggu kat kampung ni, tapi cerita sekolah ni yang betul2 menarik perhatian aku~
Pagi tadi aku telah ke sekolah dengan kawan baik aku. Kebetulan dia pun sedang bercuti. Seringkas yang boleh aku ceritakan apa yang berlaku tadi. (^__^)


  1. Budak2 yang aku kenal dulu, sekarang yang masih belajar adalah yang terakhir di tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas.
  2. Hantar buku ArtMalaysia dan SeniDiri untuk cikgu Nik Saodah, Cikgu Pendidikan Seni. Yang ni nanti aku ceritakan kisahnya.
  3. Jumpa Ustaz Syed. Ustaz yang paling paling aku sayang...ahahha. Beliau sangat baik. Tadi ustaz belanja minum..keh3 ( Ustaz suruh buat Kem untuk pelajar2 asrama )
  4. Jumpa Mama Norliza, cikgu Bahasa Melayu yang banyak tolong aku untuk subjek berkenaan. Beliau dan Cikgu Ghazali ( Cikgu Sejarah ) yang mengajar DAN membuatkan aku betul2 boleh berpuisi dan menghasilkan puisi serta berpidato. (Pidato aku dah simpan dalam lipatan kenangan)
  5. Jumpa cikgu2 tingkatan 6, berbual2 dan soalan cepu emas adalah "BILA NAK KAWIN...?".
  6. Jumpa Kaunselor, Mama Fudziah dan Ummi Azni. Menariknya, mereka suruh buat program untuk pelajar tingkatan 6. (peluang tu...hohohoh)
Gambar  kat bawah ni adalah tapak perhimpunan. Semakin selesa nampaknya...untong la budak2 panglima raja..hahaah... Parking motor tu dulunya gelanggang petanque. Tahun 2005, sekolah aku Johan Negeri, Tahun 2006 dapat tempat Ketiga Negeri...TAPI kemenangan ini, Pengetua TAK PANDANG pun...uhhuhuhu. Yang penting dapat STPM terbaik seluruh Negeri Kelantan, Kokurikulum ABAIKAN....hohoh




p/s : itu sahaja dahulu coretan....akan bersambung

Khamis, 12 Januari 2012

BER"WESTERN" DI SUNGAI SAMAK...

Cerita lewat ni,,,hi3...


Pada 8 Januari 2012, kami geng2 kamcing p lepak2 kat sungai samak. Tak pernah rasa seseronok nie,,,betul. haha... Nak dipendekkan cerita, janji nak gerak dalam jam 8....ahha... janji melayu kan,,, tup2 jam 10 baru gerak...

Time tu la bru cari kuali, time tu la bru cari sudu, bru nak cari makan....hahahaha
Pastu kawan aku si Nora tu boleh plak dia cakap "Cawan tak penting"....cehhhh,,hampeh.. ingat nak minum dengan tong ka apa!!ahhaha.. Teringat kata-kata adik aku (link)... so, aku n mirul pegi je ke kedai dan beli barang yang mane perlu seperti CAWAN..!! kannnn....ahhah

Nak dipendekkan cite lagi, masa beli barang2 kat kedai tu, terserempak dengan Naim (NYDP UKLK). Bual2 jap tanye nak kemana, kitorg ckp la nkp Sungai Samak. Dia pun cakap nak kesana jugak sebab ada Hari Keluarga JMK UKLK. Tempat yang kami planning nak pegi,,,!! hayyoi....

So, kali ni nak pendekkan cerita juga...ahha
kami alih lokasi lepak2 kami ke depan cikit dibawah jambatan. view lokasinya menarik sangat... tempat yang landai tu..hu3

Kali ni, sempat jugak anuar kena telur sebijik kat belakang...huhuh.. sempena harijadi dia yang jatuh pada 7 Januari yang lalu...hi3

------------------------------------------------------------

CORETAN GAMBAR EDITING

Kamarulzaman n Vespanya...

Masak kacang panggang...hu4

Goreng nugget tempura n hot dog

it's me...

Jemput makan..hu4

Mandi manda...


uuu..sejuk....huhuhu

Pada ketika ini, Anuar masih tersenyum....kih4

kami...!!



Akhirnya senyuman nuar terlekat di belakang...hahaha.. 
(telur pecah)


ok, tu je utk hari ni...huhhuu


p/s : masih busy tp masih boleh mencari masa utk kawan2...huhu


Rabu, 11 Januari 2012

PENYERAHAN TERAKHIR...

Sepanjang 3 sem kat UPSI, sem ni asenyer yang banyak kerenah sikit. Bermacam hal yang berlaku sampaikan ada sesetengah perkara cukup mengganggu emosi terutamanya ketika minggu-minggu exam. 


Hari ini tanggal 11 Januari 2012 tepat jam 5.17 petang, tugasan terakhir telah selamat diserahkan kepada pensyarah ( Dr. Roskang Jailani ) untuk subjek Kreativiti Dalam Seni Visual. Semua kawan2 yang bukan dari Pendidikan Seni hairan, hujung sem masih ada lagi assignment.  Betul, memang ada lagi sebab kebanyakkan kursus yang ditawarkan dalam Jabatan Seni tidak mempunyai peperiksaan tetapi projek akhir. Sebab itulah juga ada sesetengah pelajar seni akan bercuti lebih lama daripada pelajar kos lain...hu4.

---------------------------------------------------------

Tadi, masa hantar assignment, saya diTEGUR oleh Dr Roskang kerana hantar lambat sepatutnya dia terima kesemua tugasan tu pada waktu pagi. "Nak buat macam manakan, 1 kumpulan bukan 5 orang tapi 35 orang, so, bermacam kerenah la semasa nak hantar assigment tu." Tapi Allhamdulillah, sebab subjek nie tidak melibatkan penggunaan duit yang banyak kerana sekadar beli sekeping CD dan semua tugasan pelajar dikumpulkan dalam satu CD. Senangkan? haha,,,, save our earth...huhu. Ada seorang je teman yang tak hantar tugasan, kenapa? saya sendiri pun tak tahu, orang lain semuanya bertungkus-lumus menyiapkan tugasan tapi boleh pulak dia duduk bersahajakan?...

Terasa lega sekejap kerana yang wajib dalam pengajian sem ini telah selesai tetapi "tugasan lain masih beratur menunggu untuk dilangsaikan"... Tugasan apa? mesti anda tahu bahawa ianya adalah soal kehidupan dunia dan kehidupan akhirat...bukan?

----------------------------------------------------------

Selesai semua tugasan baru la kami ( Jo, zamey n mirul ) pegi keluar makan. Makan? yes... makan. Setelah dari pagi sampai tengah hari, tengah hari sampai petang tunggu kawan2 meng"emel"kan segala bagai tugasan yang diperlukan. Kekadang kesal juga dengan sesetengah kawan nie, ada yang tidak mahir tentang penggunaan emel, print skrin dan segala bagai berkaitan dengan menda mudah nie. Bukan mengutuk tetapi realiti yang aku alami sekarang nie. Tapi demi kawan, dengan sabarnya aku ajar ( klau aku sempat, kekadang kwn2 y lain juga membantu,,,ahah itulah gunanya kawan...syg kawan ketat2,,,ahahha ) [jgn marah yerr kwan2...hi3]



makan-makan kat kedai siam. Bersebelahan SMKJ Katolik. Tanjong Malim.

------------------------------------------------------------------------------------

Balik terus ke kolej selepas makan, planning nak balik umah,, tup tup, singgah kat tepi sungai KHAR bersebelahan Bahtera Arked. Lepak ngan geng2 nie. Junior-junior pom ade jugak...hu3.. ok la..





lepak2 je la,, exam dah abis kan,,,huhuu

oklah teman, tu je untuk celoteh petang nie,,hu3... (jarang taip panjang nie,,,hahah)


p/s : malam je meeting, meeting je malam.. hak2..

Sabtu, 22 Oktober 2011

Festival Dikir Barat UKLK 2011

Festival Dikir Barat anjuran Unit Kediaman Luar Kampus bakal berlangsung pada 15 November ini.
Nak dipendekkan cite,, kawan ambo nie,,  iaitu Cik Zura mnta tolong kat ambo suh design poster,,,hu3,,, so,, ambo design la benda alah tu,,, dalam pada masa yang sama, pihak kerjasama iaitu HIMSAK singkatan kepada Himpunan Siswazah Anak Kelantan pom  turut buat poster tu jugok,,,nak tak nak,,ambo pom diam2 je la,,,dah ade yang buat kannn,huk3,,,

Nak dipendekkan cite lagi,, ambo pom amek keputusan kirenyer post je la kat blog sendiri,,,hu3,,, ( ala siannya,,,haahah)


ok,,,tu je,,, so,,,sama2 kite meriahkannya,,hu3

Selasa, 28 Jun 2011

KECEWA MELAYU





kenapa beruk pandai ambil gambar???
kenapa beruk suka jaga malam???
kenapa beruk muka dua talam???
tak paham??
tak paham??

kalau orang melayu meninggal
ada orang cina tolong gali kubur??
ada orang melayu kena pijak dengan orang melayu??
kalau orang melayu tak suka
siapa lagi nak tolong gali kubur???

melayu macam ini jangan duduk satu baris dalam surau
ajar kena buat kopi cuppochino pagi2 kena mengadap
ini melayu bangkai namanya
suka pijak bangsa sendiri.

maaf!! aku melayu kecewa....
kerana ada melayu pijak melayu...kecewa...kecewa....

DI SEBALIK PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 ~ FIKIR DAN RENUNGKAN




Telah hampir kepada tarikh hari Perhimpunan Bersih, Ketua Dewan Ulama PAS kata Wajib dan Ulama' Muda UMNO kata haram. Pertentangan dua berlebel ulama' adalah berbeza, seorang kata wajib kerana di nisbahkan kepada AMAN dan seorang kata HARAM nisbah kepada menyusahkan. Orang yang taksub kepada ULAMA' PAS tidak kata apa2 terus ikut dan kata wajib, seorang yang taasub kepada ULAMA' UMNO pun terus kata haram. Saya tidak ingin masuk campur dengan kenyataan dua2 ulama' ni. Pada kita yang benar itu benarlah dan yang salah itu salahlah. Cuma saya nak kasi tahu sahabat2 penganjurnya ialah AMBIGA SREENEVASAN merupakan orang yang menuntut penggunaan nama Allah di dalam akhbar Kristian. Jumhur Ulama' sunni dan pengikut Sunni mengharamkannya dan mempertahankan yang haram itu murtad. Ramai dikalangan Ulama' PAS bertelagah mengenai perkara ini, Mursyidul Am Pas kata boleh manakala Timbalannya kata Haram. kecacatan ilmu yang membawa manusia kepada haram dan memertahankan yang haram itu MURTAD merupakan kecelakaan yang amat besar dilakukan oleh manusia. Apatah lagi dikuatkan pula Hujah Oleh Presiden PAS di dalam Harakah mengsamawikan agama Kristian dan Yahudi. AMBIGA SREENEVASAN juga merupakan peguam kepada Kemenangan Lina Joy mempertahankan kemurtadannya setelah murtad. Akhirnya PAS yang disokong kuat Mohamad sabu telah bersetuju dengan pimpinan AMBIGA SREENEVASAN mengadakan himpunan BERSIH. Apakah kita umat islam bersetuju dengan perhimpunan BERSIH di atas pimpinan AMBIGA SREENEVASAN ini? Setelah membawa umat Islam di malaysia kepada lembah Murtad dan mempertahankan murtadnya Lina Joy? Dimanakah bijaknya kita berpidato di atas pentas sehingga memukau jutaan manusia tiba2 terikut2 dengan kafir yang memurtadkan dan mempertahankan murtad?...cerdikkah kita bergelar ulama' sehingga terleka dalam hal seperti ini?

DISEBALIK TABIR NGO YANG MEMPERTAHANKAN MURTADNYA LINA JOY:-

§ Malaysian Bar Council
§ All Women’s Action Society (AWAM)
§ Sisters in Islam (SIS)
§ Catholic Lawyers Society
§ Interfaith Spiritual Fellowship
§ Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
§ Malaysian Consultative Council of Buddhism,
Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
§ National Human Rights Society (HAKAM)
§ Pure Life Society
§ Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
§ Vivekananda Youth Movement, Seremban
§ Women’s Aid Organization (WAO)
§ Women’s Development Collective (WDC)

Inilah yang berlaku, juga merupakan penasihat2 DAP yang berhubung dengan Singapore yang Bapaknya Lebih Bapak daripada APCO. Malah seluruh pimpinan DAP meletakkan bahu dan tengkuk masing2 di bawah Gugusan ini.

Selasa, 8 Februari 2011

Dikir Barat dan Model

Salam sahabat blogger,,
Petang tadi, ambo telah pergi ke bangunan Canselori untuk sesi fotografi korporat (sebagai photographer).
setiba di Pintu Timur UPSi, ambo terdengar muzik dikir barat. Ketika itu, ambo tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu. Sekali ambo tengok, rupa-rupanya di tepi jalan utama keluar masuk kenderaan berdekatan Pintu Timur mengadap Bangunan Bitarasiswa..
menarik tu..




Sempat ambo shoot gambar mereka. Untuk makluman semua, mereka diatas adalah pensyarah ( tubuh besar dan bercermin mata ) dan pelajar-pelajar Fakulti Muzik dan Persembahan. Asyik ambo mendengar alunan muzik dikir barat ( tradisional orang kelantan ).

--------------------------------------------------------------------

Lupa sekejap yang ambo perlu ke Bangunan Canselori,,,hi3
Ambo kemudian terus ke destinasi ambo sebab sudah lewat,,,hahaha
Disana, sesi penggambaran sudah bermula, dibawah ini adalah sebahagian gambar yang telah ambo shoot dan edit...




















Gambar diatas merupakan lakonan untuk situasi-situasi tertentu. Contohnya seperti situasi dalam pejabat dan staff berurusan dengan pelanggan....hi3 ( konfiden je ambo bercerita,,,,ahahah ). Mereka-mereka ini adalah model untuk 
Grafik Fotografi Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa ( GF BHKA  UPSi )

---------------------------------------------------
selesai sesi fotografi, ambo terus ke kelas English for Comunication 1 di BE- Learning 6, dalam perjalanan kesana, sempat shoot gambar bangunan BE-Learning kat bahagian belakang,,,hi3


itu sahaja untuk petang ini,,,,,mekasih sudi baca,,,, syukran,,, (^_^)

Khamis, 3 Februari 2011

KRISIS DARURAT DI MESIR


edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

Isnin, 13 Disember 2010

KELUARGA ANGKAT

Salam kepada sahabat blogger, hampir seminggu ambo tak update blog, hu3,, tengah cari mood..ahaah

       Pada 4 hingga 7 Disember 2010, ambo telah mengikut Program Baktisiswa yang membawa tema "Mendidik Belia Anti-Rasuah" anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Universiti Pendidikan Sultan Idris (SPR UPSI) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak. Program ini telah dijalankan di Kampung Sungai Kerang dan Kampung Sungai Jejawi di Teluk Intan, Perak. Program ini melibatkan pengambilan anak angkat iaitu geng kami telah dijadikan anak angkat oleh penduduk kampung berkenaan.
       Memang seronok sebab dapat mengikut program sebegini dan kali pertama dapat keluarga angkat (^_^).... 

jom tengok gambar...

KELUARGA ANGKAT
dari kiri : Wani, Faez, Zul, Ambo, Mirul, Angah
duduk dari kiri : Abang, Mak, Abah, Adik, Tok 

 Sebelum Senamrobik,,,macam nie ker?

Candid sebelum bersenam,,,hi3 

 Selepas bersenam, masuk dewan,duduk diam,,ahhaha

 Rumah Keluarga Angkat

 Abang senyum makan aiskrim,,,ahhah

 Sukaneka pada sebelah petang

 Lompat dik, jangan tak lompat,,,ahah

 Perghh,,dengan bergayanya abah ambo main boling kelapa,,,hi3

Pancing botol,,,hurmm,,susah kot,,,hi3 

 Senyum sikit,,,hi3

 Cari gula-gula dalam tepung,,,,habis comot muka,,hahah,,tapi seronok,,,!!

 Sally bersama anak-anak penduduk kampung

Jalan-jalan keliling kampung,,hu3 

Rempit? isyhh,,xde la,,,haah

 Masa Senggang,,yes,,,jom jalan-jalan keliling kampung

 Candid je,,,hu3

Angah Lompat,,,,!!


Sawah terbentang,,,hurmm

wayang pacak, mati-mati aku ingat sama dengan wayang kulit,,,hahaha

Latihan Dalam Kumpulan bersama anak-anak penduduk kampung

shoot photo kot,,,hi3

shoot lagi,,,yeahh,,ah

Sebelah petang, kami pergi bersihkan surau kampung

Lap tingkap dan pintu

Sapu sampah, buang habuk,,,hu3,,

Memang the best lah,,,ahaha

 Malam Persembahan

Cikgu Kamal dengan adik angkat dia iaitu Zairul dan Shahril




 Cikgu Anuar ,,,hhaa

 Comfident je Cikgu Kamal potong daging ann,,,hi3

Mak-mak kita tengah settle kat dapur,,,hu2

Sibuk je Cikgu Sally ni,,, man work la,,,ahha


Majlis Penutup bersama Ahli Parlimen Pasir Salak

Special Case kot,,,hahaha

Antara penduduk kampung yang hadir

Cuba teka, yang mana satu montel?aahah

Penyerahan gambar kenangan kepada keluarga angkat

Penyerahan gambar kenangan kepada keluarga angkat

Zaini a.k.a Kuntum bersama mak angkat dia,,,hu3
[http://mohdzainizainudin.blogspot.com/]
Cikgu Kamal dan Cikgu Nuar dengan mak dan adik angkat..

Kenangan hari terakhir

Bersama Tok Sidang ( Penghulu )

 Bersama keluarga angkat

 Berkemeja putih tu abah kami,,,hi3


SELAMAT TINGGAL KAMPUNG SUNGAI KERANG, 
TELUK INTAN, PERAK
ADA MASA KETIKA, KITA JUMPA LAGI,,(^_^)




*p/s : memang best, tapi tak dapat kenal keluarga angkat dengan lebih dekat, nanti ada masa nak pergi pula kat sana,,,(^_^)
Related Posts with Thumbnails