Khamis, 26 Julai 2012

AJAL DI MASJID


gambar sekadar hiasan - Masjid Bandar Pasir Mas

Kalau sudah ditakdirkan hanya setakat itu kehidupan anak Adam, maka kita tidak dapat nafikan. 


Petang tadi aku diberitahu oleh umi aku yang ada kematian. Hal ini betul2 mengejutkan aku kerana kematian itu berlaku di Masjid As-Safraa atau lebih dikenali Masjid Kuning di kampung aku (Kampung Apam).
     Aku dimaklumkan bahawa arwah mempunyai dua isteri, ini bermakna isteri pertama dan isteri kedua beranggapan si arwah tidur di rumah madu masing2. Ringkasnya, isteri pertama ingat arwah tidur di rumah isteri muda dan begitulah sebaliknya. Arwah telah ditemui oleh Bilal dalam tandas masjid. Sebelum itu, Bilal tercium bau yang kurang menyenangkan sebelum menemui arwah. Difahamkan oleh pihak polis, arwah mungkin telah meninggal dua hari yang lalu berdasarkan tarikh surat khabar yang dijumpai dalam kenderaan mangsa.
    Dalam kejadian itu, tiada siapa yang menyedari kereta mangsa yang berada di perkarangan masjid. Aku agak terkejut kerana tidak menyangka kejadian ini berlaku di kampung aku dan arwah adalah bekas guru sekolah aku, sampai sekarang aku tertanya2 siapa arwah. Biasanya aku sekadar baca di surat khabar dan berita yang kejadian ini berlaku di tempat orang lain.

  Kematian arwah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Al-fatihah untuk arwah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails