Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana
kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita jujur dalam
kehidupan. Dan ikhlaslah bersahabat kerana Allah SWT.
Memaparkan catatan dengan label SELAGI LANGIT MASIH BIRU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SELAGI LANGIT MASIH BIRU. Papar semua catatan
Rabu, 18 September 2013
JANGAN
Jumaat, 7 Jun 2013
Khamis, 15 November 2012
Isnin, 2 April 2012
SELAGI LANGIT MASIH BIRU #1 : AKU DAN CERITA
Mata ini masih belum mahu lelap. Jemari pula teruja untuk menaip setiap luahan idea dari akal kurniaan Allah. Pada hematnya, malam ini aku lalui seperti malam-malam yang biasa. Jam tepat 1.30 minit pagi, aku berada pada katil yang tidak bercadar dengan bantal yang koyak di bahagian tepi sehingga terkeluar kapasnya. Entah la, padahal aku sendiri boleh jahit benda alah tu tapi aku sekadar lihat sahaja sejak bantal busuk aku itu mula terkoyak... (^__^)
Sesekali aku memandang facebook yang tersedia log in tu. Kejap aku klik Home kejap aku klik page aku. Aku tak pasti dengan apa yang aku buat. Dalam memikirkan tugasan yang masih belum siap dan tiada langsung tindakan yang dilakukan. Bila masa yang semakin singkat dengan jadual yang tidak disusun, DAN ianya sentiasa berulang-ulang tanpa dipedulikan oleh sang pelaksana, SATU perkara takkan pernah selesai. Aku semacam tak mahu fikir lagi mengenainya.
Semester 4 kali ini pada hematnya aku lihat sangat laju. Pejam celik, dalam sedar atau tidak sekarang sudah minggu ke 7 dan minggu hadapan cuti pertengahan sem bermula. Seminggu diperuntukkan oleh pihak universiti kepada mahasiswa untuk merehatkan minda. Kali ini peluang bercuti langsung aku tidak lepaskan. Mengulangi keriangan bersama adik-adik aku. Kali ini, memori aku melihat senyuman adik-adik aku betul-betul terimbau dalam fikiran. Mungkin ikatan saudara dan kasih sayang yang kuat membuatkan aku merasainya. Kebetulan aku mendapat mesej daripada adik lelaki aku yang ayat mesejnya simple tapi jelas terkesan.
"Abe, nanti balik, kita pergi jalan-jalan ya. Lama dah abe tak bawak chik ngan adik g jalan-jalan ataupun berkelah kat pantai..."
Dan ianya benar..!! Sudah hampir dua tahun aku tidak lakukan kebiasaan itu. Bagaimana pula pada masa depan...?
Langkah pada kali ini, aku rasa sungguh berbeza. Rasa takut untuk menghadapi masa depan sesekali melintas difikiranku. Usiaku bukan lagi hijau muda, barangkali sudah hampir ke hijau tua umurnya. Tambahan pula sejak punya anak saudara, aku juga merasakan aku sudah punya anak sendiri... Aku tersenyum sendiri untuk menghadapi realitinya..ahahah. Sinis aku tersenyum bahawa aku sudah ada gelaran Ayah... Ayah Ngah (^__^). Sekali terimbas suara anak saudaraku yang sekarang berusia 4 tahun dan bakal dapat adik pada bulan ini jangkaanya. Nama dia Nurdania Marissa. Orangnya comel dan suka bercakap.
Ani ( nama timangan yang aku je yang panggil ) : Ayah Ngah nak pegi ane (mana) nak itot (ikut)...!!
Hahah...suaranya cukup membuatkan aku rindu mahu berjumpa dia. (^__^).
....bersambung
Langgan:
Catatan (Atom)


