Memaparkan catatan dengan label pegangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pegangan. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

SEKEJAP TIUPAN ITU...

 السَّلاَمُ   عَلَيْكُمْ  sahabat blogger... (^__^)


Sekarang ni blogging bukanlah satu kemestian lagi...ahahaha. Sibuk memanjang je, kekadang bukan sibuk pun tapi terkedu tak tahu nak buat apa... Apakah korang pernah berperasaan sedemikian....? haahaha. Lama meninggalkan dunia blog yang satu masa dulu merupakan satu hobi yang sungguh cemerlang...ahahh. Sekarang ni senyap seketika bila waktu dan masa membuatkan hati merasa kesangsian dalam setiap perkara. 


Kehidupan manusia bilamana semakin dewasa, perjalanannya semakin mencabar. Antara dunia dan akhirat semuanya terikat. Apabila sampai satu tahap, semuanya akan berhenti. Subhanallah... itulah sebaik2 kejadian yang diatur oleh Allah S.W.T kepada kita. Pernahkah kita terfikir, kenapa aku dilahirkan? Pada masa kehidupan kita susah sudah pasti kita akan memikirnya kerana ketidaksanggupan kita untuk menerimanya dengan redha. Tapi bagaimana pula bilamana kita dalam keadaan yang sempurna kekayaan dan kesenangan? Sudah pasti tidak timbul persoalan kenapa aku dilahirkan di dunia ini bukan?


Ada antara kita yang mengeluh dan merintih mencari di manakah Allah SWT ketika mereka sedang dilanda kesusahan dalam kehidupan.  Mereka seolah-olah mempersoalkan Qada dan Qadar (ketentuan) dari Allah SWT terhadap segala yang berlaku di muka bumi ini. 
Ramai manusia yang hanya "nampak" serta mencari Tuhan apabila dilanda kesusahan dan seperti melupakanNya apabila berada dalam nikmat dan kekayaan.  Ada yang miskin tetapi tidak redha dengan ketentuan Allah SWT ada juga yang kaya tetapi kufur nikmat.

Alhamdulilah... pada pengalaman saya, walaupun belum sepenuhnya menjadi umat Islam yang terbaik, namun saya dapat merasai kehadiran Allah SWT di kala saya sedang dalam kesusahan dan keperitan hidup di dunia yang fana ini.  Di kala semangat saya untuk hidup hampir punah, Dialah yang kembali "meniupkan" kebangkitan kekuatan dalam jiwa dan qalbu.  Allah SWT sudahpun membuktikan kekuasaanNya pada setiap ciptaanNya dan juga setiap ciptaan manusia.....

Di saat saya sudah tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan ini, Allah SWT "menghantar" seorang dua manusia untuk berada di sisi saya tika saya memerlukan teman untuk berbicara dalam mencari sisa-sisa semangat bagi bekalan meneruskan kehidupan ini. 

Suka saya berkongsi dua perkara (ayat) berikut yang saya jumpa ketika mencari jawapan terhadap dugaan yang menimpa saya :

1) Apabila bangun dari tidur, tanya kepada diri sendiri :-

"kenapa Allah SWT masih hidupkan aku pada hari ini?"

Jawapan yang dicadangkan oleh Imam Al Ghazali ialah :

"kerana dosa aku terlalu banyak.  Allah SWT masih izinkan dan berikan aku masa untuk aku bertaubat....."


2) Allah SWT telah memberitahu melalui firmanNya dalam Surah Al Baqarah, ayat 155 hingga 156 yang bermaksud :

"Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.....

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali....."

Subhanallah.... saya masih memerlukan kekuatan dan semangat dalam menjadi hamba Mu Ya Allah....


Sabtu, 10 Mac 2012

TERLUPA MEMBUATKAN KITA TERJUN KE NERAKA

Kehidupan hari ini, adakalanya memberi seribu kebahagiaan yang tiada tandingnya dengan hari yang sudah pun berlalu. Hingga kita terlupa akan siapa yang memberikan nikmat kegembiraan,kebahagiaan hari ini. Ada masanya terlalu banyak cabaran yang harus kita tempuh, menyilang angin dugaan yang perlu kita lalui dengan nilai ketabahan dan kewarasan sebesar hama. Harapkan segala perjuangan hidup hari ini tidak tertewas lagi akan dek godaan iblis dan syaitan seperti hari-hari semalam pernah kita alami.


Hari ini, ada lagi kehidupan yang Allah Ta'ala muliakan buat kita. Memberi 1 nikmat yang jarang sekali kita syukuri. Untuk kita teruskan hidup, mencari jalan bekal buat hari yang terakhir untuk kita bawa di kemudiannya. Ketekanan mungkin mula membayangi jiwa kita. Rasa tertekan sehingga kita terasa ingin minit hidup ini dipercepatkan agar apa yang di rasakan ketika ini tidak lagi di rasakan lagi selepas ini. Mungkin titisan air mata mampu melegakan segala-galanya. Tapi sampai bilakah harus aku menangis dalam diam. Sedangkan perjalanan hidup ini masih panjang yang perlu aku tempuh.

Hari ini juga mungkin kita bergembira mengejar dunia yang hanya sesaat beerti buat kita semasa ada hayatnya. Hingga kita terlupa akan siapanya tuhan yang mencipta kita dan alam sekelilingnya. Membolot segala rezeki yang terhidang di depan mata hingga terlupa dengan siapa harus kita berikan lebihan rezeki tersebut yang kita miliki hari ini. Semuanya atas makna terlupa. Terlupa yang membuatkan kita terjun ke neraka - ARM

# Kadangkala terlupa malaikat sedang memerhatikan kita.
-Aku yang terlalu banyak berdosa

Rabu, 4 Januari 2012

MERINDUI KERAJINAN YANG DULU...


Al-quran itu kenal siapa sang perindunya, ia kenal siapa yg bersengkang mata , ia kenal siapa yang menghayatinya, mengamal segala ahkamnya, memperjuang segala perintah, seruan serta petunjuknya..jadi berbahagialah wahai generasi al-Quran!! pada zaman manapun dirimu berada.cukuplah engkau faham erti menjaga dan mengamalkannya!! Moga kita memperoleh kemanisan bersamanya..amin..



Jumaat, 30 Julai 2010

Solat Jumaat?

Salam kepada semua,, post kali nie pasal solat jumaat.
Kenapa solat jumaat?,,hemm^^"
Kali nie aku pergi solat jumaat kat Masjid Jamek, xjauh pom dari Kolej tp penat la jgak lau jalan kaki,,,hi3



Masjid Jamek Hulu Selangor


Rekabentuk masjid nie agak menarik ye,,^^'. melihatkan seni binanya seperti istana kota lama,,hu3
memang menarik walaupun ringkas.

Tapi bukan itu yang ambo mahu bincangkan tp pasal Khutbah masjid y dsampaikan oleh Imam masjid itu menarik minat ambo. slalunyer memang mengantuk time khutbah nie,,hu3





Apa yang diperkatakan oleh imam membuatkan ambo terfikir sejenak. "tidak solat jumaat"
Apa pandangan korang bg kaum adam?
mungkin ianya agak hairan bg ambo sbb ambo nie jarang miss sejak 6tahun y lalu ambo xpenah tggal solat jumaat, melainkan betul betul terpaksa.
berbalik kepada tidak solat jumaat, agaknyer kelihatan memaksa kerana jika seorang lelaki tidak solat jumaat sebnyk 3 kali hukumnya kafir, itu yg pasti,,!!




Tp, yg hal ini sedikit mengejutkan ambo. Di Selangor, ada aktanya y tersendiri. Di negeri lain xpasti plak ambo,,hu4
Di Selangor, sekiranya tidak solat jumaat hukumanya penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM1000. sampai macm tu skali,,,hemmm. ape la nak jadi kn,,,:(

Dimana sebenarnya tanggungjawab kita sebagai lelaki islam?
ambo mengakui y ambo buknnyer sempurna dalam soal agama tp xkan perkara mcm nie boleh blaku. betol x?




Wahai muslimin, Tunaikan tanggungjawab kita sebagai islam. Bukan sesuatu yang sush tp komitmen tu perlu ada.
(Kadang2 ambo mcm tu jgak, tp solat jumaat mmg xpenah miss,,^^')hu4

xkisah la walau tertidow mcm kawan aku nie,,janji solat jumaat ditunaikan,,,betul kan?




*p/s : gmbr telefon mmg mcm nie,,nanti la aku bli kamera plak,,,hu3.
Related Posts with Thumbnails