Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Seni. Papar semua catatan

Selasa, 27 Januari 2015

AKU KIDAL

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
 
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
 
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
 
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.
 
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.
 
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).
 
7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
 
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
 
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.
 
10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.
 
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
 
12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
 
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
 
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
 
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
 
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
 
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Rabu, 29 Ogos 2012

KITAR SEMULA : BINGKAI CERMIN

Masih lagi dalam mood bercuti...hahah.. beberapa hari lagi aku akan balik ke pangkuan Ibu Kandung Suluh Budiman...

Petang2 mcm neh best lepak2 kt bilik bacaan, sambil mengadap padang luas sambil ditiup angin sepoi2 bahasa...acecece..bermadah pulak..hahah..

Ahad, 12 Ogos 2012

KAD RAYA

Ini design kad raya untuk aku n adik beradik aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris... Love them so much...hahaah


yang Cover FB....hihih

Ahad, 22 April 2012

PUNYA 4 IMPIAN



Berhabuk dah ke blog aku nie? hohohoh

Asalam semua.. hopefully sihat la yup... (^__^)
Petang ahad yang damai.. mungkin..huhhu,  walau bermacam perkara yang berlaku di Tanjong Malim...
entah la, tak tau nak kata apa... apa yang pasti semuanya kehendak Allah s.w.t....

Lupakan seketika...

Semester ini saya punya impian yang tinggi untuk dicapai. Semuanya akan dirancang dalam jangka masa yang panjang. Berbaki 4 Semester di Bumi Pendidikan yang bertuah ini, saya mencuba yang terbaik untuk diri saya dan rakan2 seperjuangan yang lain.

1. Menjadikan Persatuan Seni visual sebagai Persatuan yang terbaik.
2. Mencuba untuk mencapai pointer 4.0 pada semester ini memandangkan jam kredit yang teramat 
    sedikit..ahah
3. Pada semester 6 mahu mengadakan Annual Dinner besar2an luar daripada Tanjong Malim untuk batch 
    aku.
4. Mahu membuat misi kemasyarakatan di Kemboja pada Sem 8....

Dengan nawaitu yang baik ini, Doakan aku supaya mampu melaksanakannya...amin

Rabu, 7 Mac 2012

Terima KEnyataan...



Memupuk hati supaya sabar dan berusaha serta menerima kenyataan...

Universiti ini bukan lagi melahirkan guru yang mutlak...
Semuanya hanya impian semata-mata...
Peluang untuk menjadi Guru sekadar pada transkrip yang sehelai itu...
Apakan daya, kesungguhan kita sebagai penyokongnya...
Disambut dengan tamparan yang cukup sempurna...
Guru : jawatan yang bukan lagi satu impian yang mutlak...
Keluarlah dari pemikiran ibu kandung...
Merantaulah akal mu ke segenap rasional dan matangnya masyarakat...
Carilah kerja mu sendiri...
Pandai-pandailah kamu untuk hidup di muka bumi...
Dengan syarat...
Jangan lari dari landasan agamamu...



Jemari seni yang sedikit kecewa,
Nukilan Matt Freud

Khamis, 29 September 2011

Tanah Acuan Kita : Dah siap 30%

Nampak gayanya tangan memang comot,,,hahaha tapi seronok. Alahai tanah liat punya hal...haha
Dalam diam, dan 3 minggu kuliah bermula. Ada 11 minggu lagi.
Studio berjalan dengan lancar, ye la,, mane xlancarnye, hari-hari ke studio tembikar,,,,ce ce ce,,,,, dan hari nie baru aku bawak Nikonia aku tu,,,,hu3,,,,sempat shoot dan yang pasti juga di shoot,,,,hahaah

Daun tu produk kedua aku, yang sebelum ni aku dah buat 1 set mangkuk dengan 3 saiz yang berbeza, sejuk tau pegang tanah liat nie,,,buat tembikar nie sedikit menguji kesabaran,,sebab?
kalau xsabar, kita takkan dapat hasil yang kita nak.... so,, banyakkan bersabar,,,hu3,,,
nie kawan aku, FB Tekad Berjaya. Setiap masa mesti kena boncengkan  dia p studio,,,,hahah,,


dan nie gambar random kawan2 ambo yang lain yang turut ambil studio tembikar,,,


Ini baru satu studio, untuk sem ni, ambo ado 3 lagi studio yang masih dalam proses dan belum membuat gerak kerja iaitu Kayu Halus, Catan dan Rekabentuk Hiasan Dalaman,,,


Mesti meriah punya sem nie,,,,hahahaah,,,, 
Ok,,tu je untuk malam nie,,teruskan bersama Art Of Motion,,,,,,,,,,,,,,

Isnin, 26 September 2011

Tanah Acuan Kita

ASK3042

Dengan Kod ini aku menerimanya?

Apa tu?

Studio Asas Tembikar.....



Ooooo....

Alhamdulillah, perjalanan baharu akan bermula. Semester ini akan sekali lagi comot dengan medium baharu, 

T.A.N.A.H. L.I.A.T



nampak macam senang je kan,,,uli-uli tanah liat,,haha,,Episod 1 adalah membuat 1 set mangkuk dalam 3 saiz yang berbeza. Pagi tadi baru je siap proses tanah liat untuk bagi lembut sikit dan tidak terlalu lembab. Kalau lembab sangat tak boleh nak guna teknik picit. Teknik Picit? A'a,,,,, pakai tangan je, simple dan mudah,,,, suka tak adik2?,,,ahah

Gambar gerak kerja segala bagai xsempat nak shoot,,,
Cmna nak shoot, tangan berlumpur,,,,rosak DLSR aku,,,,mampoih,,,,haha,,, 
(padahal xbwak kamera pom p studio)

Okeh,,,, 

Semester ini dimulai dengan Studio Tembikar,,,,,nantikan cerita seterusnya,,,,,,,,,,,,,,,

Ahad, 3 April 2011

AKHIRNYA semua telah ke Peghujung,,, yess,, (^__^)

Hampir 13 minggu berhempas pulas ( xde la sangt,,hi4 ) membuat anyaman,,, hah? anyaman?

Ya,,, anyaman,,, subjek yang aku amek untuk semesta 2 kali ini. Anyaman mase nak buat tu susah tapi bila dah kemas ikatan yang pertama,, memang senang dan cun sangat,,,haaah,,, 13 minggu tu sebab wak research dulu,,,hi3,,

jom,, biar gambar yang berbicara,,,,hi3 (^__^)


ini adalah anyaman yang aku buat, tapak bujur, tapak segi empat dan tapak berdiameter 12cm 


yang nie yang kawan aku punyer


Yang siap di shellac


nie,, wani,, orang terengganu,,,,hi3,,anyam pastu anyam pastu buat semula pastu anyam,,,
haha,,bila la nak siap daaa


nie,, Mek,, orang kelantan,,, cantik anyaman dia,,,, (^__^)


nie bakul tapak bujur yang Mek buat,,,cantik n kemas,,


yang nie,,, kawan-kawan aku punya,,,


belum di shellac lagi

ok,,tu je untuk kali ini,,, minggu depan masuk studio lukisan pula,,nk siapkan final projek..



*p/s : boleh buat pendapatan lebih nie,,,kih3

Sabtu, 18 Disember 2010

ANYAMAN

Salam kepada sahabat blogger, ambo nak bawa anda untuk mengenali anyaman. Memandangkan sem depan ambo ambil kursus Anyaman, so, jom kita kenali serba sedikit tentang anyaman.,,hi3


Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan
Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.


Jenis-jenis Anyaman


Anyaman Mengkuang 
yang dibuat menggunakan daun mengkuang. Contohnya : Tikar dan Tudung Saji.






Anyaman Pandan 
yang dibuat menggunakan daun pandan duri. Contohnya : Tikar Sembahyang dan dinding hiasan.






Anyaman Buluh 
yang dibuat menggunakan buluh yang sesuai. Contohnya : Bakul dan bekas pakaian.






Anyaman Rotan 
yang dibuat dengan rotan yang telah diproses. Contohnya : Tempat buaian anak.






Anyaman Lidi 
yang dibuat menggunakan Lidi Kelapa. Contohnya : Bekas Telur






Anyaman Ribu 
yang dibuat menggunakan paku-pakis ribu-ribu. Contohnya Bekas Serba guna





p/s : itu saja untuk pagi ni,,hi3,, sumber gambar tu ambo copy paste dari internet,,, TQ

Jumaat, 26 November 2010

SEJARAH KESEDARAN VISUAL di MALAYA #7

Pertubuhan dan Persatuan Seni

Penang Impressionist
Aliran dan gaya impresionisme dari Perancis tersebar di Eropah. Aktiviti luar studio secara berkumpulan jadi teras kepada penubuhan persatuan ini-terdiri daripada isteri-isteri pegawai Kolonial British di Pulau Pinang. Didaftarkan mengikut ordinan No.116 (pertubuhan) Seksyen 5 pada 2 Ogos 1899. Pertubuhan seni pertama di Malaya dan bergiat pada akhir abad ke-19. Ttiada rekod rasmi tentang tarikh penubuhan sama ada pada 1920 atau 1928 ataupun pembubarannya sebelum perang-terdapat dua orang tempatan dalam pertubuhan ini iaitu Abdullah Ariff dan isteri jutawan Cina iaitu Mrs Lim Cheng Kun. Kenyataan Redza Piyadasa dan Yeoh Jin Len perlu disangkal kerana menyatakan United Malayan Artist sebagai pertubuhan seni yang awal ditubuhkan di Malaya.terpengaruh dengan Aliran Romantisme Inggeris. Mereka menjalankan aktiviti merakam panorama kecantikan lanskap pantai dan darat sebagaimana yang dijelaskan oleh Sarnia Haves Hoyt :

Before the camera became a permanent appendage for travellers, even before the picture postcard became the means to share one's travel experiences, Penang was a fascating pictorial subject. The natural beauty of the island attracted artist whose scenes of the harbours, the hill, Fort Cornwallis and other points of interest are important visual document in Penang's history, as well as museum treasures.


Abdullah Ariff
Water Colour  1960
Tin Mine (bumi Bahagia Lombong Bijih Malaya) 


Tay Hooi Keat     Water Colour
Houses on Stilts


The Singapore Art Club
didaftar pada 20 September 1929 beralamat Wesley Hill, Fort Canning, Singapura diikuti oleh Malayan Art and Crafts Society didaftar pada 16 September 1930 beralamat Raffles Hotel or 62 manakala Society of Chinese Artist telah ditubuhkan pada 1935 yang dipengerusikan oleh pelukis terkenal Liu Kang.

Penang Chinese Art Club
Nama asal persatuan ini ialah Penang's Ying Ying Art Society pada 1935 dan bertukar nama selepas Perang Dunia Kedua. Dipimpin oleh

  • Lim Cheng Eau ( Pengerusi )
  • Yong Mun Sen dan Lee Chong Yong ( Naib Presiden )
  • Quan Kwan Sim (Setiausaha)
  • Tay Hooi Keat ( Bendahari)
Penubuhan ini disebabkan reaksi terhadap Penang Impresonist dan sumbangan ketaranya adalah menyemarakkan lagi perkembangan seni visual di bahagian utara Malaya. Sumbangan paling bermakna ialah dengan menubuhkan Akademi Seni Nanyang pada 1937.


**bersambung...

Khamis, 25 November 2010

KITA dan EGO

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 
DAN 
SELAMAT BERCUTI KEPADA RAKAN-RAKAN 
AT23 BATCH 1 
PENDIDIKAN SENI UPSI


Salam Sahabat semua
Dalam meniti kehidupan seharian, menjaga hubungan sesama manusia adalah perlu. Selagi kita bernafas selagi itulah perhubungan terus berpanjangan.
Bila sikap ego, dengki dan iri hati menguasai diri, tanpa disedari ia telah menanam satu titik hitam dalam hati. Terdetik dalam diri ambo, susahnya nak jumpa kawan-kawan 1 fakulti, kumpul ramai-ramai dan berbincang, ukhuwah dalam mengukuhkan silaturrahim.



Cuti Semester mula menghampiri, mungkin dalam diri kita hanya kampung dalam fikiran. Tapi tidak mengapa lah sebab normal bagi mana-mana pelajar seperti ambo dan rakan-rakan yang lain. Ambo sekadar terluah dari fikiran, kenapa susahnya kita untuk bersatu dalam satu kumpulan,, masing-masing betul-betul dengan hal sendiri. Hari kuliah tidak kisah lah tapi kalau hujung minggu nak diadakan sesuatu aktiviti mesti ada ungkapan

1. Penting ker,,,?

2. Nak buat aper, malas la,,,

3. Kalau kirim kat orang boleh tak,,,?

4. Semua perlu terlibat ker,,,,?

5. Benci la paksa-paksa orang nie,,!!!

dan ini adalah perkara wajib keluar dari mulut, tambah-tambah lagi mahasiswi.




TANPA mereke sedari, mereka sebenarnya menolak pengalaman. menolak sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan bila sudah habis belajar nanti dan INILAH realitinya hidup seorang manusia yang bergelar pelajar Universiti atau dipanggil MAHASISWA/I.
Ambo tiada sebarang niat yang tidak baik, tapi kita adalah bakal GURU, dan kenapa serta tiada jalan penyelesaian kah?

fikir dan fahami, tiada yang tersirat dalam catatan ini, jelas dan terang,,,


Ada bantahan?



p/s : harap nanti apa bila cuti sem berakhir, situasi ini cuba la kurangkan atau hapuskan dalam diri mahasiwa mahasiswi.

Sabtu, 20 November 2010

Exam ? Masih disitu @ sudah melangkah?

Minggu depan dah nak exam, persediaan masih macam biasa.
Hurmm,, xde usaha yang luarbiasa..hi3. Entah apa-apa la kan,,,, Bajet nak dapat senarai dekan tapi macam nie usahanya,,,hahaha

Minggu peperiksaan adalah minggu yang mencabar pemikiran sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Kalau fizikal nak tapi mental tak nak tak boleh juga..... usaha yang sia-sia.



Ujian sering datang kepada kita mengikut keupayaan kita. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan diri seseorang hamba itu. Dan kita sebagai hamba perlu sedar bahawa selagi kita hidup di buminya, selagi itulah kita akan diuji.
Semoga segala ujian yang datang dapat kita tempuhi dengan redha..

Insya4JJ1..

Isnin, 15 November 2010

KELUHAN CIKGU SENI

Salam kepada semua

hari ni, ambo pegi ex-skool ambo dulu.

SMK TENGKU PANGLIMA RAJA PASIR MAS.

Teringat gak kat cikgu-cikgu n junior2 aku,,,ahaha,,,

Motif p skolah hari ni nk cari cikgu seni, cari sumber sikit, nk tye kot2 dye thu sape-sape yang bley buat anyaman, sbb sem depan amek anyaman. Lau dpt blajar ckit2 pasal anyaman ok la tu.

Hampir sepagi ambo kt skolah ambo. tetibe lak ujan lebat, bual-bual la dulu dengan cikgu-cikgu, dah lame xjumpe dyeorg.

alang-alang dah p skolah tu, sempat gak la shoot ckit2,,hahhaa.

Banyak yang dah berubah, sepeninggalan hampir 2 tahun tapi normal la sebab semuanya akan berubah dan sesiapa saja akan berubah.

Medan Ilmu

Dulu tempat ini adalah Taman Sains dalam sangkar,
tapi tiada siapa yang uruskan selepas
cikgu Biologi aku iaitu Cikgu Ropayah pencen.


Pandangan dari Medan Ilmu, sebelah kiri tu adalah pejabat dan
sebelah kanan adalah bilik guru


Ini Kantin Sekolah ambo, dah cantik sikit,,,hi4


Tempat Parking motorsikal pelajar, dulu tempat ini adalah gelanggang Petanque
tapi tiada pelapis untuk sukan ini lepas ambo.
Sedih gak sebab pencapaian Petanque mase tu agak baik tapi tidak mendapat
perhatian daripada pihak sekolah.

Masa ambo jumpa cikgu seni ambo tu, bual-bual ngan dia kejap. Lepas tu, terluah isi hati beliau yang menyatakan seni kat sekolah ambo tidak begitu ceria, beliau bagitau subjek seni kat sekolah ambo ni untuk student kelas bawah (corot),, so korang paham2 la kan,,kebanyakan mereka kurang berbakat lepas tu malas plak wak keje, so, tiada karya yang baik dihasilkan.
Ambo pom terasa gak, camna la perasaan bila dapat mengajar pendidikan seni lepas belajar nanti. Beliau bagitau gak pihak sekolah mohon supaya dia mengajar tingkatan 6 subjek pendidikan seni tapi sebab hanya dia lah satu-satunya guru pendidikan seni kat sekolah ambo, jadi dia terpaksa tolak permohonan itu kerana tiada bantuan tenaga pengajar yang lain. Cukuplah untuk peringkat SPM sahaja...hurmm.

(buat mase ni, Pendidikan Seni STPM tiada di sekolah ambo, ambo seorang je tersesat jadi cikgu seni,,ahhahaha)

Ambo sempat shoot Bilik Pendidikan Seni yang kecil dan biasa ni tapi masih gah untuk melahirkan pengkarya, mungkin...?


Cikgu Nik Saodah, cikgu Pendidikan Seni

dari pintu masuk, yang duduk tu, kawan ambo, Hafizal ( student Fizik, UPSi sem 5)

sebahagian karya pelajar


sebahagian karya pelajar

karya pelajar

itu saja untuk hari ini, bagi pencinta seni dan bakal guru Seni,, apa yang perlu anda lakukan supaya subjek Seni bukan sekadar subjek yang biasa tapi ianya mampu melahirkan luarbiasa.


*p/s : seni itu indah. segalanya adalah kerana seni.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Kemuncak Stained Glasses

Salam kepada semua yang follower blog ambo, kali ini ambo membawa kepada anda semua tentang perjalanan seni ambo bersama rakan - rakan yang lain.

Projek untuk semester ini melalui Elemen & Prinsip Rekaan, kami telah membuat Stained Glasses @ secara ringkasnya projek kaca. Ianya merupakan satu kerja yang amat menyeronokkan sebenarnya kerana dalam membuatnya, pelbagai pengalaman yang kami tempuhi.



ini merupakan rekaan yang pertama siap dibuat oleh rakan ambo, rekaan ini besar sebenarnya tapi terlindung disebalik rekaan yang kedua siap. cermin muka yang terlindung,,,

dan ini adalah pemilik rekaan diatas


Perjalanan membuat projek ini memerlukan penelitian yang baik kerana kalau tersilap potong kaca, rekaan tidak akan jadi menarik untuk dilihat. susunan warna perlu sempurna supaya kita dapat melihat rekaan itu berdasarkan elemen dan prinsip rekaan seperti keharmonian, penegasan, pergerakan, kesatuan dan kontra. Ini amat perlu dalam sesebuah karya yang ingin dihasilkan


dibawah ini adalah rekaan yang dalam proses untuk disiapkan, jom jelajah,,!!hu3


rekaan syafiQ & Mirul
masih dalam penelitian, bagaimana ingin tampak menarik? hurmmm,

hampir selesai,, yang ini adalah rekaan ambo & kawan ambo, Iwan




terus bekerja & kena siapkan juga sebelum cuti study week
not complete cannot back to kampung,,,haahhaa
(betul ke bahasa inggeris ambo ni? hi3 )




ini adalah rekaan yang menarik minat ambo,, cantikkan?
(rekaan tau, bukan orang dalam cermin tu,,haha)



masih dalam proses,,



Setelah selesai menampal semua kaca pada papan, rekaan berkenaan akan ditampal simen di setiap celah pecahan kaca, ini bagi memastikan rekaan lebih kemas dan kaca tidak tertanggal pada papan disamping rekaan akan tampak lebih menarik

dari kiri ; ika, alif, shafika & wadi

ha,, gosok jangan tak gosok,,,,hahaha,,, habis luka tangan kena kaca,,,hu3
masuk air simen dalam luka pula,,, pedih tu,,,hahaha



yang pakai cermin mata ni namanya See Yuh Wei, ambo tengah tolong diorang setelkan tampalan simen pada rekaan.

kemudian, apabila simen sudah sedikit kering, cecair arang akan disapu pada simen berkenaan supaya lebih kemas dan ellegent,,,hi3


iwan sedang cat arang pada rekaan

Apabila arang sudah kering, kami akan bersihkan semua simen dan arang yang terlekat pada kaca, kami akan biarkan simen dan arang menutupi celahan kaca. Dan hasilnya amat memuaskan hati kerana untuk sampai kepada tahap ini, kami perlu berusaha keras supaya mendapat kepuasan daripada kedua-dua belah pihak iaitu kami sendiri dan juga pensyarah kami ( Encik Razak ).


ini adalah pensyarah kami untuk subjek elemen dan prinsip rekaan iaitu En. Razak
(ingat dulu nampak garang tetapi rupa-rupanya sempoi,,,ahah)

Kesimpulannya, apa yang kami peroleh pada hari ini bermula dari satu pengetahuan yang sangat kecil dan pengetahuan itu sedang membesar (insyallah) kerana banyak lagi yang kami perlu tempuhi.

Terima kasih En. Razak.

---------------------------------

rekaan ambo yang telah siap

teramat gembira walaupun asignment lain belum siap,,


boleh ke nama Kumbang Sepi?



*p/s : harap dapat komen yang membina daripada semua pihak...

Related Posts with Thumbnails