Memaparkan catatan dengan label UPSI ~ LANGKAH JAUH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSI ~ LANGKAH JAUH. Papar semua catatan

Khamis, 25 April 2013

MAKUM #1

MAKUM atau nama panjangnya adalah Majlis Kebudayaan Universiti- universiti Malaysia akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 17 hingga 19 Mei 2013. Setakat ini, 8 penyertaan dari universiti lain telah di terima. Harapnya program berjalan lancar...

Dan aku adalah sebahagian crew untuk festival kali ini. Tema kali ini adalah Battle Of The Band. Selaku designer untuk program ini, idea ibarat mencurah-curah ke ladang gandum tapi nak capai semua... memang payah...huhu....

So, aku come out dengan 1 design yang dah approve. Puas hati jugak la sbb design ni diterima, lagi satu.. aku pun memang berkenan dgn y nie...hihi... asas utama dia adalah logo. bila dah complete logo, barulah boleh teruskan design banner, bunting, backdrop, buku program, sijil, plug dan yang sama waktu dengannya...
LOGO MAKUM 2013 UPSI

itu saja coretan kali ni, nanti aku story lagi perjalanan belakang tabir sebelum berlangsungnya MAKUM 2013..


p/s : maaf pada kawan2 @ customer y tempah design, xdpt nk terima tempahan dalam waktu terdekat ni.... hanya fokus 1 tambah2 dah ujung sem ni... akan kembali design bulan jun nanti...hehehe

Sabtu, 20 April 2013

MOST LIKE VIDEO ANTI-CORRUPTION CONTEST #1

Hari ini akan berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan MOST LIKE VIDEO ANTI-CORRUPTION.

Pertandingan ini merupakan 1 program yang di anjurkan oleh Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dan aku selaku Sekretariat Radio merupakan pengarah program untuk pertandingan ini.

Pada awalnya, pertandingan ini merupakan 1 program yang telah dirancang oleh Alumni sesi sebelum ini, memandangkan pertandingan ini tidak sempat di langsungkan semasa sesi alumni, maka program-program yang tidak dapat dijalankan ditunda kepada sesi kami.

Dan aku telah menerima program ini dari pihak Majlis Tertinggi untuk dilaksanakan.

Majlis ini akan berlangsung pada jam 3 petang di Pentas Utama Bitarasiswa UPSI.
Harap majlis ini akan berjalan lancar. Amin

     

Khamis, 18 April 2013

SAMBUNG PELAJARAN #SHORT STORY

BAKAL TAMAT

Insyallah.. bulan Mei 2014 aku bakal menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam jurusan Pendidikan Seni. Setahun lagi bersabar...huhu. Sebetulnya aku tidak terfikir akan berada sejauh ini selepas mengalami kegagalan semasa STPM tahun 2008.


Isnin, 24 Disember 2012

SELESAI LANGKAH KE-5

Asignment terakhir semester 5....hhuhuh tapi belum siap. 
lepas krismas bru sambung  -__-!

Selasa, 4 September 2012

TERUS MELANGKAH

Sedar tak sedar, rupa-rupanya cuti dah hampir habis.... hohoho.. Sejak 2 tahun di UPSI, inilah cuti yang paling lama pernah aku rasai... 2 bulan beb,, skali lagi aku mention... 2 BULAN BEB.....!! hahahah

~cuti xkerja, tanam anggur kat umah~ ( bunyi cengkerik )

Ahad, 12 Ogos 2012

KAD RAYA

Ini design kad raya untuk aku n adik beradik aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris... Love them so much...hahaah


yang Cover FB....hihih

Khamis, 26 Julai 2012

4 SEMESTER BERLALU

4 SEMESTER telah selesai dilalui, yang pasti banyak kenangan yang tidak akan dilupakan DAN yang penting adalah pengalaman yang diperolehi untuk persiapan menghadapi Praktikal nanti. Berbaki 2 semester lagi, Aku tidak tahu apakah percaturan seterusnya... Adakah menurun, mendatar atau menaik... Semuanya tidak dapat dijawab sekarang. Hanya bersedia untuk melalui langkah langkah seterusnya... Dunia Cikgu bukan mudah..

Sabtu, 5 Mei 2012

PESTA KONVO : Black Mentor 6 Mei 2012

Asalam kepada semua blogger,
menjengah ke blog aku yang lama tidak dikemaskini dalam kesibukan minggu-minggu terakhir bagi semester 4 kali ini.

Dalam meneruskan kesibukan tugasan yang diberi oleh pensyarah, aku juga berusaha untuk tidak menolak pengalaman-pengalaman yang bermakna untuk masa-masa hadapan.

6 hingga 9 Mei 2012, Pesta Konvokesyen akan bermula...kehangatannya sedikit terasa biarpun gerak kerjanya akan tunggang langgang tapi hasilnya begitu memberangsangkan. Dengan waktunya seperti mencekik leher tapi masih lagi boleh bernafas tanpa bantuan oksigen pernafasan...hahaha

Kali ini dengan membawa tema 'We Love UPSI', rona merah hati yang menyerlah dicalit sedikit warna-warna pelangi menampakkan ianya satu rekaan ringkas tapi masih bermaya. Lihat sahaja pada logo yang aku cipta ini, agak susah pada awalnya kerana terikat dengan tema 'LOVE' hasil idea TNC HEPA kita, Dato' Paduka Dr. Junaidi...


Ini merupakan logo yang kedua aku hasilkan, sebelum ni pesta konvo ke-13(Klik) juga aku hasilkan...
Alhamdulillah....(^__^)

Kali ni nak coret panjang sikit.... huhuhu.. memperkenalkan Tuan Pengarah Pesta Konvo ke 14 iaitu saudara  Azlee Skandal (FB)..kenapa skandal? ha..yang tu kna tyer empunya diri la yup....hahaha. Beliau bakal praktikal pada bulan Jun nanti. Semoga dipermudahkan urusan olehNya, ye Tuan Pengarah..huhhu

Tuan Pengarah : Azlee Skandal

Kali ini aku masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi walaupun aku kurang memberi sumbangan tenaga sama seperti semester lepas. Bukan apa, kesanggupan itu aku terima sekiranya Pesta Konvo berlaku pada awal sem, tapi realitinya tetap berlaku pada hujung sem. Hurmm, nasib la kan... dengan kerja studio yang memerlukan kita terperap dalam studio dari pagi sampai petang... (^__^)

 
Tag nama aku.huhuh.. kredit pada Atiqah Sya 
Sekretariat Penerbitan dan Informasi

Dan dibawah ini adalah Banner dan Backdrop pentas sepanjang Pesta Konvo berlangsung. Dan tidak lupa ucapan Tahniah kepada Senior2 yang bakal bergraduasi nanti... (^__^)

yang ni backdrop pentas, yang paling aku tak tahannya, Pekedai
boleh pulak besarkan signature nama aku kt bwh tu,,,malu seyyy....






Itu sahaja coretan kali ini, insyallah ada masa lagi, aku coretkan lagi perkembangan pesta konvo ke 14 ini pada hari-hari seterusnya.. 

Salam... (^__^)


Khamis, 15 Mac 2012

BILA TERJEBAK, SEMUA BERUBAH HATI...

Mudah bukan untuk manusia terpengaruh dengan sesuatu situasi. Terlalu komited dan yakin dengan cerita yang dibawa sehingga membuatkan kawan-kawan sekeliling tidak senang dalam perubahan itu. Siapa tahu kan, suatu hari nanti, kawan rapat anda, sahabat paling setia anda akan berubah hati... siapa tahu?

Aku tidak nafikan POLITIK adalah satu perkara yang tidak boleh hadir dalam kehidupan kita. Kita perlu sedar yang ianya bukan lagi permainan orang dewasa TETAPI ianya adalah pemikiran orang muda. Situasi ini, sememangnya akan merubah hubungan kita sebagai manusia. DAN kita terpaksa menerimanya.

Jika dulu, kita boleh lepak makan bersama, jalan-jalan bersama dan belajar bersama, TETAPI hari ini ianya bukan lagi satu KEWAJIPAN yang mutlak. Idealogi manusia yang merubah segalanya. Adakalanya ia membuatkan aku takut untuk hadapinya TETAPI hari ini, aku terpaksa menyimpannya dalam akal ciptaan yang Maha Esa..

SAYA SAYANGKAN SAHABAT ITU, MOGA IDEOLOGI YANG TIDAK SAMA INI TIDAK MEMBUATKAN KAMI PUTUS SAHABAT....AMIN

Rabu, 7 Mac 2012

Terima KEnyataan...



Memupuk hati supaya sabar dan berusaha serta menerima kenyataan...

Universiti ini bukan lagi melahirkan guru yang mutlak...
Semuanya hanya impian semata-mata...
Peluang untuk menjadi Guru sekadar pada transkrip yang sehelai itu...
Apakan daya, kesungguhan kita sebagai penyokongnya...
Disambut dengan tamparan yang cukup sempurna...
Guru : jawatan yang bukan lagi satu impian yang mutlak...
Keluarlah dari pemikiran ibu kandung...
Merantaulah akal mu ke segenap rasional dan matangnya masyarakat...
Carilah kerja mu sendiri...
Pandai-pandailah kamu untuk hidup di muka bumi...
Dengan syarat...
Jangan lari dari landasan agamamu...



Jemari seni yang sedikit kecewa,
Nukilan Matt Freud

Sabtu, 7 Januari 2012

WE LOVE UPSI

SAYA SAYANG UNIVESITI SAYA.....



Kerana dia saya dididik untuk....
1. Menjadi seorang manusia yang berakal
2. Menjadi seorang manusia yang berwawasan
3. Menjadi seorang manusia yang beriman
4. Menjadi seorang manusia yang kenal erti persahabatan
5. Menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab
6. Menjadi seorang manusia yang bijak menilai
7. Menjadi seorang manusia yang berkepimpinan
8. Menjadi seorang manusia yang kenal erti pengorbanan
9. Menjadi seorang manusia yang bersabar
10. Menjadi seorang manusia yang kenal erti kehidupan
11. Menjadi seorang manusia yang .......... segala-galanya

TERIMA KASIH UPSI...
AKAN KU KENANG JASAMU....
KAU TIDAK MEMANGGILKU....
TAPI AKU YANG PERGI KEPADAMU....
AKU TAK AKAN JADI MANUSIA LUPA DIRI SETELAH KAU MENGAJAR SEMUANYA :)

STILL MYSELF

Semester 3 hampir ke penghujung... semakin kurang aktiviti yang kita boleh buat bersama-sama bukan...?

~~adik aku cakap : 'benda kecik je punnn..'~~

sebab benda kecik nie la, aku semakin tak kesahhh.. Sedikit mase lagi, aku lepaskannya...ahaha. Sabar ye sabar...

-----------------------------------

sometime im happy
sometime im not
sometime i hardworking
sometime im not
sometime im silent
sometime im not
but how many sometime on my mind
im still myself

Khamis, 5 Januari 2012

WORK DONE IT...

Kekadang diri memang tak sekreatif orang lain... masih takde keinginan untuk membolehkan kemampuan diri senada dengan orang lain.

Tak nak lebih, tak nak kurang tapi sedang-sedang...

usaha semampu yang boleh kan... hu4

4 studio semester ni, dan dibawah adalah hasilnya...

Studio Tembikar

Studio Catan

Studio Kayu Halus

Studio Rekabentuk Hiasan Dalaman

sudah 3 LANGKAH di UPSI. ada 5 LANGKAH lagi dan yang pasti setiap sem
pasti pengakhirannya kurang menarik....

kurang menarik? haha,, ade la...



p/s : hidup kalau tak kreatif tak seronok....hahah

Khamis, 8 Disember 2011

INTERIOR DESIGN

Minggu ke 12 baru nak pupuk minat,,?? Alahai
Tinggal 2 minggu je lagi nak tamat sem 3,,,,huhu,,, Semangat gilerr ahh kali ni,,, aku mengadap laptop dari jam 12 tengahari sampai jam 12 malam ( berenti p kuliah sat jam 2-4).

Mengadap sebab ape? nie haa...


ni dipanggil Interior Design...huhu. Aku guna software Google Sketchup. Pakai yang free,,, tu je yang mampu,,,hu3.

Dan ini plannya 


Dan ianya bakal dibangunkan menggunakan Multiboard...hu4.
Ok,, tu je,,,,

Sabtu, 17 September 2011

Kisah Senyum...

Salam Sahabat blogger...
Entri kali ini ambo ingin berkongsi mengenai seorang hamba Allah yang bagi ambo begitu unik. Dalam usia yang muda setahun dari ambo, beliau begitu berbeza. Perwatakannya yang sederhana biasa yang pada awalnya ambo sendiri tidak kenal siapa dia sebenarnya.

Ambo mengenalinya semasa menjadi Sekretariat Minggu Suaikenal (SMS) untuk mahasiswa ambilan Disember 2010/2011. Ketika itu ambo berada dalam sekretariat Penerbitan & Informasi dan beliau dalam Sekretariat Latihan dalam Kumpulan (LDK)

Kenapa ambo menulis mengenai diri beliau?
Kerana ambo menganggapnya seseorang yang begitu matang dalam usia yang hijau. Mungkin kerana beliau adalah bakal Cikgu Kaunseling, jadi tidak hairanlah sekiranya, setiap tindakan dan hala tuju yang dirancang begitu tenang dan sempurna.

Siapa beliau?
Berjaket Hitam : beliau ialah Khudree Adha
Pelajar Kaunseling Semester 5
Jabatan Kaunseling di
UPSI

Luang sedikit masa dalam 3 minit sahaja untuk melihat salah satu kelebihan yang mampu menarik minat
para pelajar untuk mendengar dan dalam pada itu pasti ada yang inginkan perubahan.
Juara motivater seluruh IPTA pada semester lepas...

Isnin, 5 September 2011

GET READY,,,!!!


Yes,,!!, Segalanya semakin hampir. Cabaran sememangnya sentiasa menanti tetapi bagaimana kehadirannya kita takkan pernah tahu sehingga kita betul-betul mengalaminya.

Adakalanya aku tidak boleh bekerja dalam tekanan tetapi tekanan itulah yang sentiasa aku hadapi. Bagaimana aku nak jelaskan kan pun aku sendiri tak faham, percaturan yang aku pilih dan lalui kadang-kala betul-betul menjengkelkan, biase la, aku kan manusia, thats why la aku tak sempurna....hahaha

Semalam aku dah settle membuat pendaftaran semester (lambat kena bayar,,huhuu). Jadual pun dah tengok dan sangat tak best kuliah masa hari sabtu masih ada,,,hahaa,,kul 11 pulak tu,,, tengah seronok tido kot,,,,hahaha.

Semester ini subjek yang aku ambil adalah :

1. Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar
2. Pengurusun Kokurikulum
3. Guru Bulan Sabit Merah I
4. Major : Tembikar
5. Major : Catan
6. Major : Kayu Halus
7. Major : Rekabentuk Hiasan Dalaman
8. Major : Seni Islam Perbandingan
9. Major : Kreativiti Dalam Seni Visual

Mahu atur sebaik mungkin,,,hahaha,,, entah jalan entah tidak,,,,

Selasa, 2 Ogos 2011

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN?

Tengah hari esok jam 1  merupakan waktu yang paling aku tunggu,,,,hahaah
sebab ape?
Sebabnya,,, aku and the geng akan membentangkan mengenai [ PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN ].
Untuk pengetahuan : Aku ambil short sem dalam cuti 4 bulan nie iaitu subjek Pengurusan Pembelajaran dan English Communication II

Berbalik kepada isu tadi...
Tajuk ini mengenai persediaan ke alam persekolahan serta kajian kes yang perlu dibuat bagi sesuatu kes.
So, esok aku akan bentangkan mengenai kajian di sekolah, contoh-contoh yang telah dilaksanakan oleh Dr. Seman Salleh dari Jabatan Pengajian Melayu, Mohd Jaflus Bahari dari Maktab Perguruan Islam dan lain-lain.

Entah la esok camna gamaknya, maklumat yang aku dapat pun tak cukup lagi,,,hu3

nie print skirn powerpoint untuk esok,,,hu3 ( Saje-je )


Hope esok berjalan lancar,,,hu3,,



*mood : Nak balik kampung,,,,hu3

Isnin, 25 Julai 2011

PESKO #3 : Dah dapat,,,,,


DAPAT BAJU SEKRETARIAT

ok, cun, ensem, smart,,,huhhu,,
hari nie semua dah dapat baju, 
Tiba-tiba, ala,, besar la,,,
ala,, nampak sgt aku kurus,,,kih3
sabo je la,,,,


Memperkenalkan


Muhaimin (Timbalan Pengarah 1), Azli (Pengarah), Matt ( Timbalan Pengarah 2)


Zaii Ariess 
( Penolong Setiausaha )



Mi Own 
( Penolong Pengarah Penerbitan & Informasi )


-------------------------------------------------------------------

Silap Kau, Silap Aku, atau Silap Kita???

Tak semuanya sempurna, betulllll,,,,!!
Masing-masing saling menuding jari dan yang pasti masalah takkan pernah selesai..betul x?
Dalam kekalutan, semuanya mahukan yang terbaik bagi kumpulan masing-masing dan berusaha untuk menyenangkan diri dan kerja.

Hari ini, Lensa tidak memancar dengan baik. serius,,!! celaru, keliru dan entah la,,, 
sikap mahu membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan kadang-kala mengundang musibah,,,
kalau pada seorang dua boleh la, nie hampir keseluruhan keluarga tercalit, ape nie,,,hadoii,,,hu3

BERTENANG semua,,,
Tak mengapa, kita selesaikannya bersama-sama,,,
susah ker kalau nak cakap macm tu?
Tidak kira sama ada kita nie orang atasan, pencacai mahupun picisan. Semuanya ada fungsi, kalau x, mcm mana semua nk berkerja kalau semua org jadi org atasan dan semua orang jd org bawahan, betul x adik-adik,,,kih3

Tidak mengapa, yang berlaku jadikan iktibar,
yang sekarang kita berpada-pada,
yang akan datang kita fikir, rancang dan laksana dengan rasional.....


SELAMAT MENEMPUH HARI YANG MENCABAR YER 
KELUARGA SEKRETARIAT PESTA KONVO



Related Posts with Thumbnails