Khamis, 15 Mac 2012

BILA TERJEBAK, SEMUA BERUBAH HATI...

Mudah bukan untuk manusia terpengaruh dengan sesuatu situasi. Terlalu komited dan yakin dengan cerita yang dibawa sehingga membuatkan kawan-kawan sekeliling tidak senang dalam perubahan itu. Siapa tahu kan, suatu hari nanti, kawan rapat anda, sahabat paling setia anda akan berubah hati... siapa tahu?

Aku tidak nafikan POLITIK adalah satu perkara yang tidak boleh hadir dalam kehidupan kita. Kita perlu sedar yang ianya bukan lagi permainan orang dewasa TETAPI ianya adalah pemikiran orang muda. Situasi ini, sememangnya akan merubah hubungan kita sebagai manusia. DAN kita terpaksa menerimanya.

Jika dulu, kita boleh lepak makan bersama, jalan-jalan bersama dan belajar bersama, TETAPI hari ini ianya bukan lagi satu KEWAJIPAN yang mutlak. Idealogi manusia yang merubah segalanya. Adakalanya ia membuatkan aku takut untuk hadapinya TETAPI hari ini, aku terpaksa menyimpannya dalam akal ciptaan yang Maha Esa..

SAYA SAYANGKAN SAHABAT ITU, MOGA IDEOLOGI YANG TIDAK SAMA INI TIDAK MEMBUATKAN KAMI PUTUS SAHABAT....AMIN

2 ulasan:

Related Posts with Thumbnails