Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Selasa, 27 Januari 2015

AKU KIDAL

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
 
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
 
3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
 
4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.
 
5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.
 
6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).
 
7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
 
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
 
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.
 
10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.
 
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
 
12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
 
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
 
14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
 
15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
 
16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
 
17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Jumaat, 23 Januari 2015

BERURUS NIAGA MENGGUNAKAN QUOTATION, DELIVERY ORDER, INVOICE DAN RECEIPT

Quotation = sebut harga
Delivery order (D.O.) = pesanan penghantaran
Invoice = invois/bil
Receipt = resit

Bagaiamana berurusan dengan 4 dokumen ini?

Pada kebiasaannya anda menjurus untuk menggunakannya jika berurusan dengan syarikat atau organisasi, pesanan produk secara pukal, institusi (pengalaman) atau kerajaan. Mereka biasanya memerlukan dokumen-dokumen ini sebagai rujukan dan simpanan arkib syarikat untuk tujuan audit.

Perlukah daftar syarikat?

YA. Ini adalah kemestian. Pengalaman berurusan beberapa kali dengan institusi, organisasi dan syarikat, majoriti memilih untuk membuat pembayaran melalui cek. Dan cek ini tidak boleh dikeluarkan kepada orang perseorangan tetapi atas nama syarikat (anda).

Berapa lama masa diambil untuk proses jual beli menggunakan ‘delivery order’ (D.O.) ini?

Bergantung kepada kerjasama kedua-dua pihak (pelanggan dan anda). Jika masing-masing pantas menerima dan membalas semula dokumen-dokumen ini, maka prosesnya lebih pantas.

Biasanya proses mengambil masa agak lama pada urusan.

Membekalkan produk (supply product) dan
Proses ‘clear’ kan cek.
Paling lama pernah kami uruskan tidak mengambil masa lebih daripada 1 bulan. Dan boleh sahaja lebih dari itu. Biasanya jika ia melibatkan pembekalan kepada kerajaan etc.

Tetapi tidak perlu risau kerana rata-rata organisasi dan institusi tertakluk kepada Piagam Pelanggan mereka di mana mereka akan memastikan segala urusan tidak akan mengambil masa lebih daripada 14 hari.

Prosedur berurus niaga menggunakan Quotation, Delivery Order, Invoice dan Receipt.

Jadi tanpa buang masa, pastinya anda inginkan perincian pada topik ini bukan? Anda bijak. Berurus niaga menggunakan Delivery Order memang memiliki prosedur yang khusus. Jadi pastikan anda mengikut setiap langkah dan beri perhatian kepada perincian-perincian yang diperlukan pada setiap dokumen.

Penafian: Informasi yang dibekalkan adalah 90% berdasarkan pengalaman kami berurusan menggunakan cara yang sama dan 10% berdasarkan fakta. Ia mungkin berbeza mengikut corak perniagaan anda dan permintaan pelanggan anda.

1. Hantar QUOTATION kepada pelanggan.

Menghantar quotation boleh boleh berlaku dalam beberapa situasi. samada.

Pelanggan meminta anda menghantar sebut harga tentang sesuatu perkara yang diperlukan.
Anda melihat tawaran ‘tender’ pembekalan sesuatu perkara (servis atau produk fizikal).
Dan anda boleh menghantar melalui beberapa cara. Bergantung kepada kaedah yang ditetapkan oleh pelanggan.

Pelanggan datang ke kios perniagaan anda.
Menghantar terus ‘by-hand’ kepada pelanggan.
Anda menghantar senarai sebut harga kepada emel pelanggan (jika dibekalkan).
Oleh kerana anda boleh menghantarnya melalui emel, ini bermakna di dalam quotation.

Tidak memerlukan tandatangan anda.
Tidak memerlukan cop syarikat.
Hanya perlu memiliki butiran lengkap syarikat seperti nama, alamat dan nombor pendaftaran syarikat.
Menyatakan dengan jelas tawaran produk, harga per unit, kuantiti yang dikehendaki pelanggan dan jumlah keseluruhan.

2. Pelanggan menerima QUOTATION anda.

Selain anda, mungkin terdapat 10 atau 20 syarikat lain yang juga memberikan senarai sebut harga (quotation) mereka kepada pelanggan yang sama.

Maka, jika pelanggan menemui anda kembali atau membalas emel atau menghubungi anda bermakna anda dipilih untuk membekalkan produk yang mereka kehendaki. Ini dituruti dengan proses berikut.

3. Pelanggan menghantar DELIVERY ORDER kepad anda.

Pelanggan akan menghantar pesanan penghantaran (delivery order / D.O.) kepada anda. Merujuk DO daripada organisasi, mereka memiliki format dan dokumen penting yang dikepilkan bersama.

Kepala surat syarikat / organisasi dan kenyataan berkenaan pesanan produk/servis yang dibekalkan oleh anda.
Beserta kepilan 2 salinan Deliver Order dalam dua warna berbeza.
Kepilan 1 (warna kuning) adalah asal dan mesti diserahkan semula kepada pelanggan.
Kepilan 2 (warna pink) adalah salinan untuk simpanan anda.
Jadi sekarang anda telah terima Delivery Order bukan? Langkah seterusnya adalah.

4. Menyediakan produk/servis yang dikehendaki pelanggan.

Sekiranya anda membekalkan produk fizikal, inilah masanya untuk anda mendapatkan semua produk daripada pembekal dll. Lengkapkan senarai di dalam Delivery Order daripada pelanggan anda itu.
Manakala jika anda membekalkan servis kepada pelanggan, anda akan mula melakukannya sehingga selesai.
Selesai sahaja mana-mana urusan di atas (yang anda bekalkan), anda boleh melangkah kepada.

5. Membekalkan produk + DELIVERY ORDER (warna kuning) + INVOICE (bil) kepada pelanggan.

Situasi: Anda membekalkan 10 set komputer riba kepada Syarikat Kaya Sdn Bhd.

Bagi situasi di atas, apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah anda akan memandu kenderaan syarikat anda ke Syarikat Kaya Sdn Bhd dengan.

10 set komputer riba di dalam kenderaan anda.
Salinan Delivery Order (warna kuning) di dalam tangan anda.
Invoice (bil) juga dalam tangan anda.

Penting: Delivery Order (warna kuning) iaitu salinan asal mestilah memiliki tanda tangan anda dan cop (stamp) rasmi syarikat anda pada ruangan yang dikehendaki.

Info: Invoice (invois) adalah bil yang anda keluarkan kepada pelanggan bagi menyatakan berapa nilai yang mereka masih belum bayar (jika mereka ada memberikan pendahuluan) dan perlu diselesaikan.

Dan jika anda membekalkan servis kepada pelanggan, anda hantar sahaja dua dokumen di atas – Delivery Order (warna kuning) dan Invoice. Dan seterusnya adalah gerakan dari pelanggan pula.

6. Pelanggan menyemak produk sehingga berpuas hati.

Jangan terkejut jika ada pelanggan yang akan menyemak satu persatu produk yang dibekalkan. Untuk kepentingan pihak pelanggan, ia adalah sesuatu yang perlu jadi anda perlu mengikut prosedur ini. Selepas pelanggan berpuas hati dengan produk atau hasil kerja atau servis yang anda bekalkan, maka mereka akan.

7. Pelanggan menulis cek kepada anda.

Inilah bahagian yang saya nyatakan pada soalan awal tadi – kepentingan memiliki syarikat. Biasanya untuk proses audit, pembayaran oleh organisasi / institusi perlulah dilakukan dengan syarikat dan bukan nama orang perseorangan.

Terus ‘clear’kan cek anda di bank. Jangan bertangguh! Agar anda boleh memastikan cek tersebut tidak bermasalah. Kerana andai berlaku situasi sebegini, ia menjadi kelebihan kepada anda untuk kembali merujuk kepada pelanggan. Jika anda lewat, kami kurang pasti, namun berharap tidak menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

8. Anda menghantar RECEIPT (resit) kepada pelanggan setelah cek ‘clear’.

Setelah menerima pembayaran sepenuhnya di dalam akaun bank syarikat anda, anda bolehlah menghantar resit urus niaga kepada pelanggan.


Selesai!


Rabu, 21 Januari 2015

ILLUSTRATOR VS. PHOTOSHOP VS. INDESIGN: WHAT’S THE DIFFERENCE?

Posted in: Web Design & Development by Sam Chambers on Sep. 9, 2012

ADOBE PHOTOSHOP

Adobe Photoshop is the most popular of the three design software in this Adobe trio, making it the most likely to be misused. Because Photoshop is a pixel-based software, it is best suited to editing projects that will stay at a fixed size. This includes photographs, web graphics, motion graphics, and software/Web/mobile UI Designs.

Photoshop is often used to edit or include text on preexisting images, however, it is best to edit images in Photoshop and then transfer the file to Illustrator for any text design. Text tends to distort itself in Photoshop, since Photoshop is pixel-based whereas Illustrator is vector-based. It is important not to use Photoshop for print projects because of its pixel-based output. If the project in question is heavily text based, like a magazine page or book excerpt, try using Indesign.

ADOBE ILLUSTRATOR

Adobe Illustrator is not as heavily used as Photoshop despite the advantages it presents to people designing graphics. If you are designing a piece that will need to be resized for varying use (such as a logo or type setting), Illustrator is the way to go. Illustrator is also suitable for vector paintings,  illustrations, business cards, and card design.

In Photoshop, people often notice that the lines drawn may seem jagged and pixellated. This is because Photoshop is a pixel-based program whereas Illustrator is vector-based. This means that Illustrator uses mathematical formulas to create lines and images so that, no matter what size, your image will retain its qualities without becoming distorted or pixellated.

Despite its advantages in the logo design realm, Illustrator is not equipped to edit photos and lacks the capability to crop. In this scenario, it is better to use Photoshop. If you are attempting a multi-page layout or text wrapping, try your project in Indesign instead of Illustrator.

ADOBE INDESIGN

Adobe Indesign is the much-neglected powerhouse in the Adobe trio. Indesign has superior capabilities when it comes to multi-page layouts with lots of written content, such as books, magazines, reports, and PDF documents. If your project consists of a master layout or lots of pages, Indesign is your best option.


While Indesign is great for any large written projects you may have, it is best to stick to either Photoshop or Illustrator when it comes to graphics because these two programs are much more straightforward in that respect. Keep in mind you can always export graphics from Photoshop and Illustrator into Indesign to create a masterful page for your journal, book, or magazine.

Sabtu, 10 Januari 2015

17 TIPS TO SECURE YOUR FREELANCE GRAPHIC DESIGN CAREER

Taking freelance design jobs never started easy for me, where I need to start handling “weird” clients and “weird” designs together. I thought it would be helpful for me to share my thoughts and tips to some of you who are in the mid of wondering or working on freelance graphic design jobs.

1. Know what you can do
Understand what you can do before you step into freelancing. You would have to be good in what you do in order to be successful doing freelance. Working experience would be the base knowledge. Taking up some jobs from non-profit organization would be helpful in gaining experience on handling clients and design requirements.

2. Protect and save your portfolio
Present your visuals with water mark Jpeg. Always keep a copy of final artwork into your design portfolio.

3. Start from Part Time if Possible
As mention above, graphic design experience at your full time company may be your best base of knowledge. Why not start freelancing part time while having a full time job? Its the better choice where you can train your skills and enjoy the taste of some extras. Manage your time wisely.

4. Collect deposits or down payment
Collect deposits before you start the job. You will never know who you are dealing with. Deposit or down payment is the agreement to your terms and conditions. Let your client know the progress and charges incurred for the whole project.

5. Do not under value your work
You will find a lot of competitors out in the field. Of course if you are around the freelancing field you will know better where your value is. Never start your freelance graphic design business with under value pricing. It will be a big pain for you for your future business.

6. Set terms and condition 
Make sure that your client is clear on the terms and conditions, pricing and final delivery.

7. Professional Advise
Give your opinion to your client professionally. You may disagree to your client with a respectful manner and with professional reasons. Never argue.

8. Think on behalf of your clients
We often make the same mistakes whereby we assume what is best to our customers. Put yourself in the client situation and think on behalf of your clients, what and which the best suit is for you.

9. Stick to the timeline
Be punctual on submitting your artwork for client review or final artwork. Estimate the time with some extra before you propose to your client when you can revert the artwork for review.

10. Go specialize
Graphic design is a large field of work. It may contain logos or corporate identity, packaging, flyers and brochures, web graphics and so on. Do consider to go specialize.

11. Learn from criticisms
Critics are the best way to learn. Learn from criticisms and learn how to handle criticisms.

12. Improve your skills
Find ways to improve your design and skills. The best and easiest way is ask Mr. Google.

13. Get inspiration
Inspiration is what makes a designer worthwhile. Good designers finds inspirations easily and it “kicks”. Walk out from your studio or workplace, the best library for designers is shopping complex.

14. Go out and meet some people
People are your connections. Do not just stay in front of computer and wait for chances to come to you.

15. Out source
Hold tight to clients that comes back to look for your service. If you are too busy to take up the job, try to outsource to someone reliable to finish the job.

16. Do not offer too much choice
It is good to provide options on visuals and choices for your clients. It is wiser to provide only the good ones with 2 – 3 options would be good enough.

17. Make clear what your client wants
Make sure you understand and what your client wants. It is best to understand your client’s nature of business and proposed to them what suit them most. Of course, trying to get hint on what’s your client preferable color and design. You may ask you client to provide some samples which they think is good and you might get some hint on their preferable designs.

source : http://www.skipgraphic.com/20-tips-to-secure-your-freelance-graphic-design-career/

Rabu, 17 April 2013

TIP TEMUDUGA

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.
Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Jumaat, 29 April 2011

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN

 PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Artikel ini telah diupdate pada 28/4/2011. Turut disertakan dengan beberapa informasi baru.]


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 

MELAYU - THE LOST TRIBE 

Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
 
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Jepun yang mempunyai ciri-ciri Melayu ini :

Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
 -klik untuk besarkan-

MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.
Wallahualam...

Jumaat, 3 Disember 2010

PROTON PAHLAWAN

Keluaran Tempatan yang semakin elegen. Walaupun ianya adalah "Concept Car", tapi kalau direalitikan di atas jalan raya,,,memang mantap lah,,!! harap rekaan ini mempunyai kualiti yang mantap juga,,,hu3
 (kalau direalisasikan)

PROTON TUAH


PROTON JEBAT

PROTON KASTURI

PROTON LEKIR

PROTON LEKIU


Jadi, apa pandangan anda?


anda juga boleh ke http://myberita.com/gambar-proton-pahlawan-series-lima-bersaudara.html untuk mendapatkan butiran yang lebih lanjut mengenai Proton Pahlawan ini,,,(^_^)
Related Posts with Thumbnails