Rabu, 17 April 2013

TIP TEMUDUGA

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.
Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

 

SOALAN BIASA

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

“SAYA BERASAL DARI KAMPUNG SEKIAN, SEKIAN..ADIK BERADIK 11 ORANG, SAYA ANAK YANG SULONG, IBU BAPA SAYA BEKERJA ITU DAN INI”

“SAYA SEKOLAH TADIKA DI…, “

“SAYA SUDAH BERKAHWIN DAH PUNYAI ….ANAK”

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan ‘disadvantages’ buat calon tersebut. Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak, nama datuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

TAHAP SATU

Selapas soalan pertama, panel biasanya akan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.
Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.
Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain”

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda.


copy paste.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails