Khamis, 18 April 2013

SAMBUNG PELAJARAN #SHORT STORY

BAKAL TAMAT

Insyallah.. bulan Mei 2014 aku bakal menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam jurusan Pendidikan Seni. Setahun lagi bersabar...huhu. Sebetulnya aku tidak terfikir akan berada sejauh ini selepas mengalami kegagalan semasa STPM tahun 2008.



Kawan aku yang ajak aku untuk ambil SPTM sekali lagi semasa 2009. Awalnya aku sangat malu. Perasaan ini merangkumi banyak sudut, keluarga, masyarakat, dan saudara-mara. Tapi aku teruskan juga. dan keputusan yang kedua, teramat memberangsangkan. Alhamdulillah.


UMI DAN ABAH

Yang paling utama, aku sangat bersyukur kerana UMI dan ABAH aku LANGSUNG TIDAK LOKEK untuk membantu aku dalam pelajaran terutamanya dari segi sokongan moral dan sumber kewangan. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana mempunyai umi dan abah yang sangat2 baik..!! 


SAMBUNG PELAJARAN

Sejak awal aku masuk ke universiti, perasaan untuk meneruskan pelajaran pada peringkat Master sudah membunga dalam hati... ( cehh...ayattt...hehe). Kisahnya semalam aku berbual dengan seorang pegawai universiti, dia sangat baik. Dan dia memberi jalan kepada aku bagaimana untuk meneruskan pengajian peringkat Master. 


....bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails