8 Cara Jadi Suami Terhebat !
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas
mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya
mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga.
Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya
ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan
para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama.
Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah
tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama.
Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan
keluarga kita.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga,
tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam
memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun
dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan
kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana
sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air
tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga
anak-anak.
5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan
isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin
isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan
kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri.
Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan
mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian
ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan
ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai
minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin
suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih
lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan
menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab
ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis
kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai
pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai
pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi,
politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi
isteri bahkan juga disayangi mertua
copypaste
Tiada ulasan:
Catat Ulasan